Monday, February 23, 2009

Sajak Zunar I: Lafaz Cinta Untuk Faz

Faz…
Lihatlah betapa aku terluka
Bila cinta ku kau remehkan
Hati ku kau sayat sayat
Jantungku kau siat siat
Robek…
seperti ditusuk dawai karatan
yang memagari kem tahan Kemunting
yang siap untuk membelenggu para reformis
…sadis

Faz…
Seperti ombak yang setia
menyapa karang walaupun gelombang
makin pudar getarannya
Begitulah
aku akan setia menangis bersama mu
Aku bukan seperti Mokhzani
yang menjual akuiti
ketika indeks komposit BSKL
merudum ke paras 600 mata
Aku bukanlah Daim
yang menghilang ketika
nilai ringgit merosot di pasaran
mata wang antarabangsa
Aku bukan mereka
Aku penjaja cinta di lorong sepi

Faz…
Wajar saja aku mengeluh hampa
bila kehadiranku
tak pernah kau ambil kira
Kadang kadang aku ingin jadi Mahathir
kemudian akan ku fitnah teman lelaki mu itu
dengan tuduhan liar
Kononnya dia memiliki pelancar roket
dan merancang menjatuhkan kerajaan
melalui demonstrasi jalanan
Lalu dengan rakus dia ku tangkap
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri
Biar aku bolot cinta mu
Tapi tak mungkin aku lakukan itu
kerana cinta sarat dengan nilai kemanusiaan
Sedangkan Mahathir tidak

Faz…
Aku sedar melalui isyarat
yang saban waktu kau kirimkan
Bahawa kau bukanlah untuk ku
Justeru
Biar ku layari angan-angan ku
Untuk menghibur kesepian ini

Suatu saat suatu masa
Ketika menyemak suratkhabar pagi
di meja sarapan
Alangkah bangga membaca berita
Mokhzani diseret ke Sungai Buloh
Daim disumbat ke Penjara Kajang
Mahathir dihumban ke Kamunting
Manakala…
Kau dan aku ke jinjang pelamin…


~ Zunar
Maya Server
11 April 2001


[* originally taken from here]

[** also compiled in this book]

15 comments:

Khemy said...

wow! abd zul actually wrote this? jiwang seh but sinikal..tapi best..

kay_leeda said...

RKM,

Woo...I like!!! Nanti privy lagi his poems. Baguih ni...time-time tak larat nak dengaq mana-mana radio, tv station yg news nyer entah kehapa bende...

Roti Kacang Merah said...

khemy
mushy giler ek. macam bukan abgzul aje. haha

kak kay
haaaa, tunggu esok, ada satu lagi sajak! *grins* lepas tu, alin nak buat "25 Dalil Tentang Zunar" pulak, insyaAllah ;-)

nik awin said...

wah..meremang semua bulu-bulu sy..
sape sangka kartunis juga boleh 'karat', kan?

Roti Kacang Merah said...

awin
alaaa, masa tu aje dia karat. tertipu akew. haha

Saya said...

wow Im speechless. Apa pasal lepas itu sajak masih tak layan ka? aiyoooo...kalau ku tahu kau menyeksa begini!!!

hehe god that was a good poem.

are you sure he wrote that? kut kut tersilap? ;P

Saya said...

btw, been reading about Amir. tak komen tak dan. he is so cute. dah legally adopt ke? must be nice kan.

Roti Kacang Merah said...

kak roih
nak taw dak... zul siap tak maw tengok sajak dia kat my blog. dia kata, "...maluuu....". Nyampah tak.

about Amir...we're on open adoption. as long as he's loved by everyone, AND safe.

nik awin said...

sori kak lin sekadar bertanya,
parents amir dah takde ke?

Roti Kacang Merah said...

awin
maknya ada lagi, pi samung belajar kat utara. ayahnya...entah. dia tak payah ambik tau lagi baguih aih...

NJ@goboklama said...

hubby I pun sebelum kawen ada gak bagi sajak2 cinta cenggini,tapi bila dh dpt,hampeh tadak! :(

Roti Kacang Merah said...

qissst
ITU LA!!! apakah kita dah stop jadi sumber inspirasi suami kita, ah??? nyampah taw.

muna said...

hihi nak tergelak jap membaca reformasi + cinta jiwang2 disatukan jadik satu. berbaur2 perasaan baca, kejap serius kejap melt :P

Roti Kacang Merah said...

muna
exactly how i felt masa mula baca dulu. konpius, tak tahu nak cair ka, serious ka, gelak ka... haha

Zetty said...

nak tergelak pun iye, nak cakap awwww pun iye, nak berkerut pun iye...but i couldnt help it la...sangat sweeeettt!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin