Monday, February 02, 2009

Memori Zunar: Nostalgia di Sekolah Menengah Pendang (II): Hikayat Cikgu Jamil

"MACAM yang aku cerita sebelum ini, Cikgu Jamil Wahid ni memang garang orangnya. Dengan rambut kerinting, muka penuh jerawat, janggut sejemput dan renungan mata tajam, eii seram aku. Semua budak-budak Sekolah Pendang terutama 4 Sains atau 5 Sains takut dengan dia. Kami punyalah kecut perut sampai kalau dia buat lawak pun tak dak sorang berani gelak!

Kalau dalam kelas dengar tapak kasut Cikgu Jamil sedang datang, sudah cukup untuk 'berdiri mak bulu roma ku', sampai macam tu.

Sepanjang aku ingat sekali saja kami pernah gelak depan Cikgu Jamil. Entah macam mana Roaini tergelak masa Cikgu Jamil bercakap... semua orang dah suspen masa tu, habislah Roaini kali ini, kata aku dalam hati.

Tapi tiba-tiba Cikgu Jamil turut ketawa, lepas tu baru kami ketawa berderai-derai. Itulah satu-satunya kenangan manis bersama Cikgu Jamil selama dua tahun dia jadi guru tingkatan kami.

Hobi Cikgu Jamil ni hari-hari pulas perut, pulas telinga dan tarik side-burn budak2 sampai ternaik atas kerusi. Kadang-kadang punya nak tunjuk kahaq (samseng dalam bahasa utara) dia pernah tanya soalan kepada murid lain, tapi pulas telinga murid lain! Tu dia. Aku pun apa lagi selalu cari jalan duduk disebelah budak-budak yang terror-terror macam Nadri dan Munah.

Yang aku tak tahan tu dalam matematik tambahan dan fizik ni bukan apa. Kalau 20 dibahagi dua tu aku boleh buat atau 26,077 dibahagi 266.24 sekali pun aku boleh selesaikan. Ini X campur Y dibahagi dua ni yang aku tak tahan, macam mana nak bahagi huruf? Malas nak pikir aku. Mungkin tu salah satu sebab aku tambah benci dengan Cikgu Jamil yang ajar matematik tambahan dan fizik. Sampai aku pernah fikir dia sengaja reka huruf Y dan X ni nak dera kami.

Nak dijadikan cerita, aku ni suka simpan janggut 3 helai dan khabarnya Cikgu Jamil ni tak suka orang berjanggut, takut melebihi dia kot. Nak tambah perencah lagi, aku pulak satu ketika tu pergi cukur kepala dan simpan janggut. Apa lagi kena rotan kat tangan. Padan muka aku suka sangat provok emosi Cikgu Jamil.

Tapi disebalik garang tu, Cikgu Jamil ni orangnya yang rajin berkerja. Kalau dia mengajar sebelah petang, sebelah pagi dia, ada masa akan mengerat padi di belakang sekolah yang kebetulan tak jauh dari rumah dia juga di seberang sana.

Pernah sekali tu dia datang sekolah dengan jari luka kerana terkena pisau pengerat padi. Sorang tak berani tanya atau komen.

Sebagai ketua tingkatan aku pulak dalam banyak-banyak cikgu, pergi gaduh dengan Cikgu Jamil dan tak masuk kelas dia selama enam bulan.

Macam lah tak ada cikgu lain nak gaduh.

Masa aku habis sekolah Pendang dan masuk UTM (masuk saja, jangan tanya bila aku keluar), aku dengar Cikgu Jamil pergi sambung belajar tabligh kat Kelantan. Lepas tu, macam aku cakap dulu, aku jumpa dia dua tiga tahun lepas di Pondok Hampar dan di masjid Pendang jadi AJK masjid.

Kini aku semakin tua berpotensi manjadi bangka sedikit masa lagi. Sekarang, selepas banyak mengenal persoalan hidup baru aku sedar dan menghargai jasa Cikgu Jamil.

Macam juga kasih ibu bapa, jasa2 Cikgu Jamil dan cikgu-cikgu lain yang memberi pelajaran tak dapat aku balas walau dengan segunung intan. Terima kasih sekali lagi Cikgu Jamil mohon maaf kalau cerita saya ini menyinggung persaan cikgu.

Sampai jumpa lagi dengan cikgu yang lain pula,

Zunar~"

4 comments:

NJ@goboklama said...

Sejibik peghangai arwah cikgu kesayanganku masa skolah rendah dulu. Dia lagi hebat,pulas kat tet* (lelaki je),kalu pompuan pulas telinga laaa,hihi...

Roti Kacang Merah said...

qissst
tah kat mana la cikgu awak tu sekarang ek... pi pulas tet* dia pulak! haha

Saya said...

tua berpotensi menjadi bangka? what kind of talk is that? hehe.

anyway, teruskan menulis. Sebab dulu pun dengar cerita sikit sikit, memang nostalgia zaman budak budak.

wonder cikgu Jamil have heard of you or not...tak kan dia tak baca surat kabar?

Roti Kacang Merah said...

kak saya
'tua berpotensi menjadi bangka'... you know lah your brader ittew, hehe. kena dengaq dia cakap sendiri, baru kelakar gila gila!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin