Wednesday, January 28, 2009

Memori Zunar: Nostalgia di Sekolah Menengah Pendang (I)


"DALAM kesempatan balik ke Kedah, saya dan isteri singgah sebaik melewati Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. Saya ada sekelumit memori ketika belajar di sini dalam tingkatan 4 dan 5 kira-kira 30 tahun lalu (dulu dikenali Sekolah Menengah Pendang).

Saya lihat struktur bangunannya masih tak banyak berubah, padang bola masih di tempatnya, bangunan sains dan sastera era saya dulu juga kekal, cuma mungkin sudah bernama lain. Cuma Dewan Marbawi tu yang baru.

Banyak sekali nostalgia di sini, walau tak semuanya diingati. Paling awal terlintas dalam ingatan ialah seorang insan bernama Cikgu Jamil Wahid, cikgu tingkatan kami, yang juga mengajar kimia. Cikgu Jamil ini sangat garang dan bengis, sehingga semua murid takut dan benci. Saya malah pernah berhasrat untuk membalas dendam kepada Cikgu Jamil bila dewasa kelak lantaran dia memukul tangan saya dengan rotan kerana di dagu saya disimpan 3 helai janggut! Tak patut betul.

Dua tiga tahun lepas, saya terjumpa Cikgu Jamil yang kini telah bersara. Setelah perkenal diri, saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Jamil dan mengakui dengan ikhlas, tanpa dendam, bahawa kerana kegarangannyalah saya dapat jadi seperti hari ini. Terima kasih sekali lagi cikgu.

Selain itu nama dan wajah kawan-kawan dari 4 Sains dan 5 Sains juga mula terbayang.

Yang asal dari Sungai Tiang seperti Maimunah Said (kawan rapat ni tapi sekarang entah di mana), Md Isa Ramli (dengar khabar dah jadi Guru Besar di Padang Durian), Subri Ghazali, Sukimi Saman (Chan), Nadri (dah arwah, Al-fatihah) dan Adnan Saidin (last dengan masuk askar), dll.

Dari Pendang pula, Mariah Mohamad (diva masa kat sekolah ni), Roaini, Jamil Hashim (dari Paya Kerchut), Shukree Jali (dah jadi Sheikh haji besar khabarnya), Jamil Razif (sejak keluar sekolah terus dipenjara sehingga ke hari ini---maksudnya berkerja di penjara), Zulkifli Kadir (jadi dresser khabarnya), Fauzi yang duduk dekat pejabat pos dan lain-lain yang tak sempat nak rewind buat masa ini.

Entah di mana lah kebayakan mereka sekarang. Kalau terbaca artikel ni, Munah Said, hubungilah kita kat zunar49@gmail.com.

Habis sekolah selalu makan ais kacang di dekat stesen bas lama (berdekatan kedai kain borong sekarang ini). Kedai ini amat istimewa, kami gelar 'Kedai Hamid Pernah Menabur Jasa'. Sebenarnya tuan kedai ni nama Hamid, entah macam mana ada satu keratan surat khabar mengenai cerita orang lain yang bertajuk Hamid Pernah Menabur Jasa.

Mamat ni kerat dan tampal keratan surat khabar tu kat dinding kedai dia, sebab tu lah kami gelar 'Kedai Hamid Pernah Menabur Jasa'. Ha, ha, ha. Tapi dia memang berjasa juga kerana menjual ais kacang ketika kami dahaga dan panas terik.

Jumpa lagi,
Zunar~"

8 comments:

Saya said...

hehehehe....oh my god, those were the days?

I dont have that many memories since we were in Sg Petani...but other memories still remain.

gosh that was good write.

Roti Kacang Merah said...

kak saya
tungguuuuuuuu! zun ada a couple more up in his sleeves!

Anonymous said...

errr, get your own blog la. Dont tumpang tumpang

Roti Kacang Merah said...

anon
i should delete you for commenting as an Anon, but since your message is acceptable, i will convey that to him! hehe

i told him EXACTLY the same thing. his reason [read: excuse]? dia malas nak maintain the blog.

i said, ok, let ME maintain the blog then.

but he said he doesn't want to feel pressured by fans, friends and the rest of the people who may be following his blog as THE Zunar blog.

okaylah whatever. i said.

Sanity said...

hahaha rupa2nya dia BEKERJA di penjara...igt kot apa tadi hahahaha

Saya said...

That was a joke Qia. A joke.

you dont need to laugh out loud, everyone gets that it was a joke. :P

Sanity said...

hahaha when someone tells a joke and if the joke is funny [that'd mean jokes that werent like yours Miss Saya] people's natural reaction would be to laugh, it isnt that strange...well okay maybe for you it is cause people rarely laugh at your jokes but...you know...ah well anyway...lol love you

Roti Kacang Merah said...

oi oi oi kalau nak gaduh, pi buat kat blog sendiri haaaa.

hehehehehe

*lariiii*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin