Wednesday, October 29, 2008

Sunyi Sepi

*updated Thursday 14:23: with photos and links*

Sejak-menjak ni, Labu became so very manja with me.

Out of nowhere, he would sidle-up to me just so his body would touch mine.

[err, bunyi macam lucah la pulak,kan]

FYI, Labu would do the sidling-up only to his Abg Zul, not to me. He so the very manja with his Abg Zul, ok.

So, I'm just guessing that these days Labu is feeling rather lonely. Sepi. Disconnected from his beloved Abg Zul.

Hence I'm not entirely wrong when I been feeling the same, too. No?

2.
Talk about Sepi, I watched it 3 times over the weekend.

My first time during my m.c day last Friday. 2nd and 3rd on both weekend nites.

I cried buckets on all three occasions.

I personally think the editting and interweaving between the 3 storyline was the best thus far, and there were no lines yang 'menjelejeh' -- you know, lines yang membazir-bazir berleter tahapahapa, or buat sesuatu yang terlalu panjang kekdahnya.

The lines in Sepi were short, sharp, direct, sweet, simple... and the feelings brought forth by the actors run deep. This film easily takes the cake in that section.

I tell you, daripada beri Datuk kat Shah Rukh Khan, baik la kasi anugerah ke the director Kabir Bhatia (and KB was born in 1982?? Betul ke?? So young, meh??) and the scriptwriter Mira Mustaffa, both of whom also worked together for the film Cinta. To me, even Kak Min pun boleh kalah sikit la. Skrip Kak Min tend to digress 'jela-'jela sikit at times. Can get quite frustrating. But Mira's script was spot-on and direct, though can be quite cheesy and corny, like it's been translated from an English play or something.

Ce-ce-ceh, jadi pengkritik la pulak, kan. Haha.

I just LOVE Sepi. Afdlin, Nasha Aziz, Tony Eusoff and Eja were simply MARRRRVELOUS up to a t. Oh, and Syed Husin, too!

While I know Afdlin is the most sempoi-est and versatile actor (you just RAWK, Chief Kodok!!), I was deeply surprised with Tony's acting! Langsung tak kayu! Well, to me la kan.

It was Tony and Eja's part yang buat akak menangis berbakul-bakul, dek non oiii.

Sapa tak tengok lagi Sepi, sila la tonton. Beli la dvd. Berbaloi beli yang ori.

Tak pun, beli je la akak punya yang lanuns copy, ni. Akak nak beli yang ori nanti.

Kenapa akak nangis berbondong-bondong? Well, skripnya, aktingnya, soundtracknya (ohhhh!! contoh, sini dan sini)... and everything in it just struck a familliar chord in me.

Lu tengok sendiri, baru lu boleh fikir sendiri.

3.
Alamak akak baru teringat akak ada hutang Abg Shah Talk Only a tag!! Aiseh. Will see to that very soon, insya-Allah!

4.
My beautiful newborn niece (dob: 9-oct-2008) was named 'Eva Alina'.


She's being called 'Eva' apparently. Only her Cik Lin (akak la tu) calls her 'Alin'.

My Ma (maternal nenek) said sebab tak mo Eva badan besar macam Cik Lin dia yang orang panggil Alin, sebab tu tak panggil 'Alin'.

Terasa? Mustahil tidak. Betapa buruknya akak rasa, kan, walau itu hanya suatu gurauan dari nenek akak dan onyang 'Eva'.

Ma and her cicit.

Tapi Cik Lin akan tetap panggil dia 'Alin'. Kot besar nanti dia pandai emcee ka, melukis ka, menyanyi ka, dan juga mencarut dalam blog ka. Haha.

Baby Alin's qeqah cupcake that her mother made for the guests.

Baby Alin's Abang Long yang encem.

5.
Udi sekarang in induction course in Perm@t@ Bangi.

Weekends pun ada lectures/latihan dari pagi sampai malam. Kesian ke dia. Bila Udi rindu sangat ke Umi, he would sneak out in the middle of the night, drive back to UmiAyah's place (which is only 7-mins drive away), tidur bawah ketiak Umi that nite(yes, he's turning 24 this xmas) and drive back to Perm@t@ right after Subuh the next day.

Kesian dia.

But last Sunday, as UmiAyah and I were about to get ready for a relative's wedding in Paroi, Udi came a-knockin by.

Aik, Adik?? Boleh balik ke siang-siang buta gini? Umi tanya.

"Boleh. Tengahari ni tak da kelas, malam karang sambung balik. Udi nak potong rambut, tapi kedai yang Ayah selalu pergi tu, tutup."

Aku belek-belek kepala dia dari jauh. Idak le panjang sangat rambut dia. Still can do la.

Kenapa, dorang suruh Udi potong rambut, ke? Tak la panjang sangat pun. Aku kata.

"Taaak, dorang sibuk kata muka Udi macam muka K.J bila rambut cenggini. Udi rimas la dengar!"

Tergelak besar akak.

Rupanya, ada juga manusia yang take it as an insult bila rupa macam menantu Pak leLah. And I thought hanya orang-orang macam aku ni yang jadi benchmark for people not to have their kids turn into.

Haha.

Naik balik self-esteem akak... with gazillion thanks to KuJil! Hehe.

Ok, dah letih. Da.

17 comments:

d'Frog Prince said...

Ok nanti nak cari cerita Sepi.

Aiks, jeles ke adik masih berkepit ngan mama-nya? you got your abg already, let your adik have more share of you mom lah, kakaka. joke only.

well, nice to see an update finally, dah rindu dah baca roti mencarut, kakakaka.

Jumper said...

I think I'll stay away from Sepi. You know what they say, life imitates art. Nanti kesepian menjadi-jadian......

PTBRKM said...

Uuuu.. mesti Udi handsome nih. Tapi sebab sifatnya tak macam KuJil, so, quadraple the handsome. Miahaha.

nik awin said...

memang sepi kalo kak lin x update blog..

~tgh type sambil makan kukis :P~

d'Frog Prince said...

tuan rumah, lupa plak nak tanya, awat tak pasang shout! box? jadi senang sikit nak mengumpat ke, bergossip ke atau your favourite past time menc@rut ke? hahaha.

blackpurple @ jowopinter said...

Sepi itu indah. Kadang-kadanglah. Selalunya membosankan.

Nak cadangkan Catherine Zeta-Jones dan Sean Connery diberi Datuk juga, boleh? Kan 2 orang itu kenalkan Malaysia dalam filem The Entrapment dulu. He he he!

Roti Kacang Merah said...

abe tommy
ish tak jeles lah my adik kepit dgn my mom...memang dia dari kecik very very close with my mom, being the youngest!!!

bahaya la pasang Shout!, bang...distraction for me!!!

jumper durian
ya... only watch it bila rasa nak 'layan', or if you think you feel like watching a good malay movie apart from the P.Ramlee's.

Roti Kacang Merah said...

ptbrkm
eh 'ptb' tu maksud apa, daa???

awin
eii kecur airliur i, you! tak sabar nak balik rumah ni, nak pekena kukis sama!

Roti Kacang Merah said...

bro djowo
indahnya kalau kadang-kadang la kan. cuba kalau dapat selalu-selalu. mahu pilu rasanya.

bukan takat zeta-jones and connery aje patut dapat title... tapi, jackie chan also, jessica alba also, those team from Anna&The King also...

atiza said...

slimut yang dalam gambar tu macam kenallllll aje....macane dia boleh kuar dari perut katerbang eh?

:)

Sephonic said...

PTB = pembaca tegar blog.
Dulu saya pernah bagi 1 komen dah kalau tak silap. Saya baca blog ni dengan alimnya (religiously). Kalau takdak entri baru, saya pulak yang rasa sepi. :)

Roti Kacang Merah said...

kak aie
lerrr, tu kan cimut gentel faaaaszt *maluuu*

ptbrkm a.k.a sephonic
terima kasih banyak-banyak sebab sudi jadi pembaca tegar akak, dik... semoga semakin alim kerana menjadi 'ptb' blog akak... hehe *devilish grin*

Iron Butterfly said...

OMG!
OMG!
OMG!
OMG!

I've been reading your blog I think for about 2 years and after seeing Eva's picture only I realised you're Kak Sheeda's sister! Eh wait. I'm not sure about that. You're Aidil's or Kak Sheeda's sister ni?

*confuse kejap

Anyhow, I went to Shanaz' wedding the other day and met little Eva. Small world huh.

Iron Butterfly said...

ok Aidil just told me you're Kak Sheeda's cousin. hehe.

Btw, ayat-ayat cinta part Noura hantar surat cinta saying "Aku ingin menjadi yang halal buatmu" tu memang tak tahan.... hehe.

shrrn said...

iskkkk Maa....lazerrrrr!

Roti Kacang Merah said...

kupu-kupu besi
larrr takkan tak nampak kak lin jadi penyambut tetamu??? ish ish ish...

haven't found the time to watch Ayat2 Cinta lagi, lah. Sekarang tengah musim "hujan". takut bah nanti. heh heh

kak yeen
eh, awak tak pernah kena ke? dari kecik lagi kak lin dah biasa kena... sampai dah boleh expect kalau jumpa sedara-mara apa yang diorang akan kata ~ kalau tak pasal tudung, pasal jodoh. kalau tak pasal jodoh, pasal berat badan. bila dah kahwin, either pasal anak or pasal berat badan. ada aje benda2 buruk kak lin yang diorang nampak.

letih akew.

Iron Butterfly said...

nampak ramai penyambut2 tetamu.. tapi Aidil yang menyambut i. kekekekek..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin