Wednesday, October 15, 2008

1st Day of Eid 2008M

I promised to write about my Eid, right? Unfortunately I only have the mood to post about my 1st day of Eid in Bangi. Hari-hari sebelumnya tu tidak segereks tahun sebelumnya.

We were supposed to be celebrating Raya as a 'complete' unit this year -- Udi pun dah balik dari Bath for good. Unfortunately, Celi had to be away for some courses, so, still jugak la celebrate Raya tak complete.

This Raya, punya la banyak kuih. Yang terhidang kat atas tu, baru sikit aje tu. Kami keluarkan ikut mana muat bekas kuih kristal aje.

Akak yang buat kuih??? Memang, buat "tunjuk" aje, pastu bayar. Hahaha.

Tak klapaq akew aih nak membuatnya. Malas giler tahun ni. Akak beli la dikit-dikit. I only made the compulsory jam tart. Itu pun, for the first time, tukar 'pattern' -- guna acuan tart yang lain, ala bulan PKR, kan. heh heh [see last photo above, on the bottom left]

Oh ya, the green cake tu was personally delivered by my marketing consultant. Home-made fruit-cake, you. Akak tak la berapa suka fruit-cake, tapi Ayah akak sukanya Ya Rabbi. Tiap kali lepas makan, dia pi potong sendiri kek tu, dibuatnya pencuci mulut. Biasa makan buah, tapi sejak ada fruit cake tu dia makan fruit cake aje. Ada buah jugak dalamnya, apa.

Lauk Raya, as usual -- rendang daging, rendang ayam, rendang kerang, nasi impit, lontong, lemang rebus.

This is the 2nd year Umi buat rendang kerang (yummmyyyyyyyyyyy gilerrr!) and also masak nasi impit rebus Ad@bi instead of buat sendiri the nasi impit where the kampit nasi impit will diimpit dengan batu penggiling cili, sebab lengan Umi tengah tak sihat untuk impit-impit nasi impit dalam kampit before kami angkat the penggiling untuk himpit atas kampit. Banyaknya pit pit pit. Haha.

Tahun ni pun tah naper mak tak sempat nak jahit-jahit beads ke apa nak Raya ala MakDatinz. So, this Raya baju mak blandz je. Alah, macam laaaar baju-baju Raya mak tetahun lepas glamz, kan. Suma jadi baju ofis aje in the end.

But this Raya, Udi The Photograph Enthusiast ada. He brought back his camera + tripod + remote. So, bebudak nakal tu (Ahy and Udi) dok gatai tangan guna remote control -- snap snap snap snap. Macam gambar kat bawah ni.

Sila click for larger viewing, and follow the arrow.

Kalau tukar the slide satu-satu guna Picture Viewer lagi best sebenarnya -- Umi, Ayah dengan Abang aje yang constantly looking at the camera. Yang bebudak gonjeng tiga ekor yang lain tu, macam ulat taik, tak reti duduk diam. Tapi memang fun giler.

Wished Celi was around as well masa tu... baru lah complete, kan?

Tak lupa si kartunis suruh ambil gambar dia yang macenggini for some unknown reason. That's that part of him very seldom people see lah kan... very playful like that. I call it Posing Kawwwtunis Kapit Telur. Tengok la tangan dia, macam nak nyanyi nasyid. Tengok la also kaki dia, dok sopan rapat macam tengah protect 'something', hahahahaha

Petang tu jugak dia guna the pic kat Profile Picture FB dia, boleh. Habis hilang macho, heh heh.

Ni pulak some of the guests who made to our house through out the day. I think I've mentioned this in this entry before.

Gambar atas kiri: Family Cik Wan, my mom's 1st younger sister (mom's the 2nd child among 8). Anak lelaki dia aka my younger cousin Shahnaz (yang berdiri paling kiri) will be getting married the coming 11th October, which was only 10 days away. Tu yang diorang tak balik Kelantan for Raya. Some more, Kak Eeda the elder sister tengah sarat for 3rd baby, menunggu hari.

Gambar atas kanan: Family Cik Su, my mom's youngest sibling. Not too sure why diorang tak balik Kelantan for Raya, but their eldest just got back for Raya hols from Surabaya (or was it Bandung??? Tah la akak). She's studying medic kat sana.

Second row is Umi and her very very very loyal best friend, Aunty Wan. Aku pun tak sure kenapa Aunty Wan tak balik Raya ke T'ganu this year.

Last pic is family adik Ayah, my uncle Pak Mail & Induk Midah... and also Ayah's cousin, Uncle Ramly & Mak Uda.

And this below, is of course, photo with YB Tian. This is Tian's 2nd year gracing our humble abode for Raya. Thanks for your time, Tian and Chin!!!

(dari kiri: Kawwtunis, Pak Mail, YB Tian, Ayah, Uncle Wan, Uncle Ramly, Mak Uda and Induk Midah)

By the way, Umi cek men berkenan ke dengan Tian pakai baju Melayu segala, complete dengan sampin lagi! Umi siap tanya aku, Tian dah kawin ke belum?

Naper? Aku tanya Umi.

Umi berkenan betul dengan Tian. Karang Umi kawinkan dia dengan Celi baru ya, hahahaha... Umi kata. Heh heh

Ini pulak our pathetic sampul for Raya angpow.

Orang keja last-last minit, gini la dia. Semua bank yang kami pi kehabisan angpow!!! Punya la teruk tahun ni. Kot dulu pi shopping ke Sogo ke JJ ke, ada gak dapat angpow, kan? Tahun ni tak de, kau. Last-last Abang pi kedai stationary and beli sampul surat putih ni haa.

Dua malam before Raya, before Abang beli sampul-sampul tu, Abang sms anak-anak buah dia: Anak-anak Pak Ngah, nak duit tak bersampul ka, atau sampul tak berduit???

Dah pasti le bebudak tu balas nak duit yang tak bersampul, kan.

Korang tau aje lah bebudak zaman sekarang ni kalau menjawab memang pandai. Heh heh.

Ok, sempena bulan Syawal ni, Akak dan Abang Zul nak minta maaf banyak-banyak, ya? Especially Akak ni haa, mulut kadang macam tak de insuran. Maaf, yaaa... especially ke kawan-kawan Akak yang ada sokong puak-puak Amenok tu, sokong Pak Det, sokong KuJil, sokong NajibTuya, sokong Sialfool, sokong PakLala... minta ampun minta maaf dari kami, dari ujung rambut saaaaaampai hujung kuku kaki.

Sebelum cuti Raya aritu, akak kasi team akak duit Raya sikit.

Dorang kata, terima kasih Kak Lin.

Aku kata, tu sebagai upah untuk maafkan salah silap Kak Lin kat korang setahun ni, bukan sebab Kak Lin nak bebaik hati ke apa. Lepas Raya, don't you bet on it that I won't be doing the same bossing around as previously.

Hahaha.

So, nah, duit Raya untuk korang pulak.

Dah, pi. Pi men jauh-jauh, k.

f~

23 comments:

Thomas Mok said...

best giler ye raya ramai2.

last weekend, i can jadi host rumah terbuka beraya, my staff bawak makanan, semua berkumpul kat my house.

i pun siap pakai baju melayu lagi, my first time, kakaka. tapi tak der lah sampai bersampin bersongkok bagai. that one also i bought the baju melayu one day before the open house, kakaka.

rm 100 tu, tak cop "sample" ke, kang kena sound kat bank negara kang, baru hang tau...

that's your pix with abg? ish ish ish - muda sangat (bak kata indon, muda banget) ler you, ke awet muda, totally different persona from your blogself.....

rendang kerang!!! ohh tidak, my favourite!!! next year fax peta, sampai aku subuh2 kang nak merasainya. siap songkok ngan samping lagi, ala2 beli hati umi...

cakapaje said...

Salam Alin,

Wah! Meriahnya keluarga dia beraya...jeles den :)

Anyway, that part tayang kueh and kena bayar, you don't know how far from the truth it actually is! Nanti I buat an entry about a childhood Raya experience in Melaka about kek raya and kena bayar.

Amy said...

Kalau duit ittew betul kan besh eeheh

.::c!kzUrA::. said...

slamat ari raye kak lin...
wah br muncul story psl raye yea..
happening jerk.. :D

p/s: f@mesahy tu...bestttt!!hehe...mak n famili pon puji sdap... =D

nik awin said...

salam..

ape saja berkaitan kerang..memang awin suker sgt..
kerang rebus,kerang sambal..
(tu bole buat sendiri)

rendang kerang..x lulus lagi..sebab x reti masak rendang..

~kantoiii

Roti Kacang Merah said...

abe tommy
dah baca dah about your open house... where lah the gambars, weh... sila jangan malas upload gambar, eh. baru boleh percaya sket, kalau tak, omongan kosong saja tu!!! hehehehe

ish kalau print rm100 tu pun tak laku eh... tak de hologram dia segala!

aiseh my blogself sounds VERY old, kaa? tapi i memang tua, pun... half-past 30 dah la...

yes yes in fact if my Umi buat lagi rendang kerang this raya Haji, you just wait for my sms, otey???

Roti Kacang Merah said...

bro shah
eii cepat cerita, tak sesabor ni nak membacanya!!! :-D

amy
kalau duit itew boleh digunakan, dah beratus-ratus keping kak lin print kaler sejak Isnin lepas, yewww... desperate for next gaji, ni!

d!kzura
tak le happening benor...biasa-biasa, je...tak melawat ke rumah orang, pun.

kukis sedap ke... atau sebab yang deliver tu comelz?? hehehehe. next year beli lagi, eh??? mwaks!

awin
kak lin yang umur 35 tahun ni pun, masak rendang APA pun tak pass lagi, sebab Umi kak lin masih ada untuk membuatnya! teruk kan akewww!

nik awin said...

patut ah...masa adik g amik kukis ari tuh..dia ckp bole TAHAN cute mamat delivery tu,..

cet...rambang mata punya budak

~udy kan yg jadi delivery boy,tu kan?kan?

Roti Kacang Merah said...

awin
adik-adik lelaki kak lin tu memang ramai peminats, especially si Udi tu sebab dia easy-going dengan sesiapa aje!

.::c!kzUrA::. said...

zura pon tak leh p braye memane thun ni..org bdoyon2 tibe..

hahaha yg dlivery aritu abg udi n umi, rite?erm zura ingtkan abg ahy..keh keh..tringin nk jmpe ngn tn punye kukis..hehehe :p comei gak en udi tu.. =D

wlau ape pon, kukis tu mmg gempak!!

atiza said...

lenkali kalau nak sampul duwit raya, calling2 akak...aku bagik sebundle lagik..tapi..anak2 akak yang 4 orang tuh kem salam duwit rayaaaa....

Shabar said...

Aler Faszt! Apsal la kau tak bgtau aku...kitorang punya banyak la sampul raya...2 tahun lepas punya pon still ada lagi. Lain kali kasitau la. Selalunya aku memang ada banyak lebih (sebab rajin simpan n mintak kat mana2 tempat shopping).

Jumper said...

My sms raya...it's better late than never, kan? I think we should make a trend giving duit raya without the sampul. It's more earth-friendly. No hassle to look for them. Less work to insert the money in and sometimes due to the manufacturing defect we absent-mindedly spare our precious saliva to lick at the supposedly self-adhesive seams. And finally, less waste in our bin after all the raya havoc. And out of our houses, it'd be a relief to those working at the municipality landfill.

rudy bluehikari said...

bekas kuih kristal tu, tak menyebabkan kuih lemau masuk angin ke?

Saya said...

alin kue kek kaler ijo tu ada lagi tak? bungkus sikit, teringin tengok.

Ummi365 said...

alin,

celi luar negara ke? tolong cakap kat any dia boleh datang rumah dah sekarang sebab weekend kami tak merayap lagi. ari tu merayap sebab cik abang arab tu balik raya kan.

cakap kat ahy kalau customer wangsa mahu call angkat2 lah call tu ya, tak pun balaslah sms ya. ni tak senyap je. nanti customer larik kang.. anyway my house dah tak ada nak dicantikkan dah.. dah tepu hehehe..oh lupa bilik air lum cat lagi... maybe ahy ada idea kut.

D said...

i never really take a fancy to kek buah tapi baca how your dad loved that green cake, i pun tetiba teringin!!! and also for some of those 'tart PKR'! wakakaka...

Roti Kacang Merah said...

d!kzura
dua dua comey, sebenarnya! tapi yang penting, curi hati Umi kak lin dulu! hehehe

kak aie & shabar
lerrrrrrrrr. ok ok tlg simpankan untuk next year, eh???

jumper durian
but without the sampul, cannot hide the colour of the duit raya!!! hehe

Roti Kacang Merah said...

rudy hikaribiru
alamak! alamak! blogger celeb drop-by! alamak!!!

*sembunyi bawah meja!*

so far bekas kristal tu tak melemaukan kukis ~ mungkin sebab penutup dia berat dan udara tak berapa masuk, atau biskut (kami)habis(kan) sebelum sempat lemau!!! *grins*

kak saya
sure can!!! tapi nanti by the time kita jumpa, ada tompok-tompok ijo sama. tak pe ke?

Roti Kacang Merah said...

ummi
mak aii panjangnya msg untuk dia, nanti i kopipes letak kat FB dia, nah! itu la your bag is still wif him, tau! *grrrr* susah-susah sgt Ummi call aje my Umi: Aunty Fauzan 0193556220, so that my mom could put you through to him! biasa dia tu! tarik tinger baru tau!

dijji
that PKR tart kurang topping, lah! potong stim giler! next year i nak letak the jam topping melimpah ruah, baru besssst!

.::c!kzUrA::. said...

hehe....camne nk mencuri hati umi nieh?

*jeng3!!!* :D

Zetty said...

so soalan saya ialah...YB Tian tu single lagik ke?

Roti Kacang Merah said...

etty
errrm, errrm, errrm... nanti kaklin try tanya abgzul, naa? hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin