Monday, September 15, 2008

The Tale of Doughnut Udang Rwanda

My youngest bro Udi, who just came back from Bath for good sometime a month or so ago, just loves experimenting with his cooking. Umi kata dalam laptop dia penuh dengan resipi! Malu akak.

And listening to his cooking faux pas in the U.K really makes me want to pujuk dia to compile the stories in his FB at least. Gila kelakar!

My three most favourite faux pas of his would be the Nasi Bubur Goreng, Mi Su'oon Goreng (as opposed to Mi Hun Goreng!) and Cekodok Gemuk Berlubang.

Now, talking about the Cekodok Gemuk Berlubang (tu nanti biar dia sendiri la cerita mkay), I think Udi swears his life on the use of yeasts in almost all kuih cucur that he makes. Sabar je la. Ada ke orang buat cekodok pisang or cucur tepung guna yis??? Gila ke.

Well anyway, yesterday Udi told me that he's been wanting to have cucur udang for iftar, "...tapi Umi tak nak buat sebab dia kata leceh."

Leceh??? I said. Yang Umi dok buat kuih-kuih talam, kuih badak berendam, buah melaka, yang balut-balut and ikat-ikat dengan tali halus and stim and parut kelapa and masak gula melaka tu (i.e kuih Jennifer Lopez), bukan lagi leceh ke???

Udi went silent for a while.

"Betul gak ek...," and giggled.

Ok apa kata kita google cucur udang and do it this evening, yok??? I suggested to Udi.

Kalau korang nak tahu, kat rumah di Cheras aku tak pernah lagi experiment masak apa-apa eventhough kat U.K dulu seronok buat, 'coz Abang's not that experimentative enough to try.

So this time aku seronok sebab ada kaki nak experiment sama, kan.

Dah la Udi nak masukkan juga yis in the equation, "for utter crispiness yet bubblicios..." says the man. Lantak la kawuuu.

And so we found a couple of recipes.

Tiba waktu nak buat kuih, Udi pun put all things together as the recipe... and included as well a wee dash of yeast.

Ceh ceh ceh, dia pun gaul la kan.

"Bila dah masuk yis, kena gaul satu arah aje, so that enough air will be trapped," Udi beritahu Ayah yang berlakon sebagai food interviewer sebelah dia.

"Lepas tu, buat apa Encik?" Ayah tanya, sua tangan ala microphone.

"Lepas ni nak gigit tangan Ayah dulu, and then put away the mix for 15-20 minutes so that the yeast bertindakbalas," Udi replied.

"Oooo.." Ayah balas. Macam la Ayah faham, kan. Hahaha

20 minutes later, the moment arrived. Aku pulak rasa gelabah masa tu, kot tak menjadi kan. Mau buang aje kuih tu nanti.

Tapi Udi cool aje. Cool, cool pun, sambil tersengih-sengih la gak...

... 'coz he could sense something terribly wrong is going to happen to the cucur udang...

...and lo and behold... hahahahahaha! Gelembung and gelap gila! Tergolek-golek aku dengan Udi gelak! hahaha

... tapi bila potong, not too bad la... Ada rupa cucur, cuma kaler macam kena taint dengan blood kapa... hahahaha

Udi terus rasa lemah semangat. "Hmm tak da mood rasa nak makan cucur ni," Udi kata. Aku replied back, Heyyyy entah-entah sedap! Don't judge the cucur by its colour, ok??? hahahaha

Don't think Udi finds that amusing at that mo, though, hahahaha

Bila dah siap and potong-potong, Ayah cuba nak pujuk Udi by acting out yang dia tak sabar-sabar nak jamah cucur kami nanti...

And then Umi peered in... "Naper cucur ni kaler Afrika, 'Di???". Hahahaha

Maka dengan sebab itulah aku namakan cucur udang ni, Doughnut Udang Rwanda ... 'coz cucur ni menggelembung macam donut, pastu colour like Africa!

Tiba masa 'buka, the cucur was the 1st I tasted... omak aiiiiii sodap ehhhhh!!! Tak tipu ni!!! Rasa dia cukup-cukup! Ahy actually took segenggam and cicah dengan sos, Ayah pula bertambah-tambah lepas satu, satu!

And twenty minutes from the previous photo, the cucur tinggal banyak ni aje...

Okay la tu kan??? Heh heh.

And all we wanted was cucur udang like these...!!!


[Click on the photos for their pages]

Hehehehehe.

f~

15 comments:

elisataufik said...

ahahahahah!! I pun gelak sakan!!
(Udy, I am not laughing *at* you, I am laughing *with* you).
EH I rasa ada lah resepi cucur jawa yang pakai yis.. tak pun yang pakai nasik semalam or something.
Anyways, the cucur nampak crunchy giler.
You know I pun tak reti camner nak buat cucur mcm dalam gambar tu. Tak kuasa mak nak letak udang sekor2.. campak aje semua dalam adunan, godek2, pastu sudu. Siapa yang dapat cucur yang tak ada udang tu nasib lah.

Thomas Mok said...

thomas mok's resipi :- kalau nak senang, just mince the udang plus a bit of ikan bilis (deboned) and gaulkan, then deep fried, but the batter must not be too watery, else you won't get the crispy part. then, kalau nak, dalam batter tu add in also taugeh and daun bawang and some bawang too, gerenti best. don't forget pepper and salt though. nak oomph lagi, tumbuk sikit daun kari dan gaulkan lagi - jadilah dia cucur udang muhibbah ala thomas mok, kakaka - i just made this up as i go along but i imagined it in my head, it should taste yummy.

Roti Kacang Merah said...

elisa
dah soh udi cari resepi cucur jawa supaya dia leh guna yis dia as much as he'd want to! hak-ah, quite crunchy cucur rwanda ni, memang best (as opposed to those soggy ones you get in pasar ramadhan!). my mom and you have the same sentiment -- campak aje udang in the mix, sapa tak dapat udang tu nasib arr. heh heh

Roti Kacang Merah said...

abg tommy
GILA terror! alin dah suruh Udi tengok your comment, kasi dia experiment for today's iftar!!! tenchew!

ahwin66 said...

salam kak..pasal kukis tu...xde lak ahy contact ke nak bg no account..tunggu gaks..
ke dia luper?

Shabar said...

Hahaha!!! Seronotnya kalau ada kaki experiment nih. I had my share of cooking experiment..masa kat UK dulu la. Bulan puasa jugak. I wanted to make pizza topping out of bolognese. Tu la konon experimentnya. Nak jadikan cerita, after dah masuk mince meat n everything, gatal tangan aku ni masukkan cube perasa daging. Then 10 mins before buka, aku pun dah bakar la pizza bertoppingkan bolognese tu...siap ngan extra cheese...ishk! meleleh air liur aku...

Anyway, the first bite took me aback. Pelik pulak apsal bolognese tu rasa masam...after detailed investigation, I found out the cause. Instead of meat cube, aku gi letak tomyam cube!! Haa kauu!!! What to do...makan aje la. And this was waaayyyyyy before Shakey's marketed their tomyam pizza here. Ntah2 orang yang invent ni pernah dengar citer aku..kekekeke...

Roti Kacang Merah said...

ahwin66
dah sms you!!! ;-) your kukis slated for next week... tungguuuu!

shabar
mujur makan sendiri!!! kot macam Udi -- nak masak nasik goreng to serve kengkawan Palestin dia, tapi terjadi Bubur Nasi Goreng!!! hahahaha tak ke malu, tu!

Thomas Mok said...

mmg best giler kalau ada kaki experiment.

so, jadi tak cucur udang muhibbah thomas tu? kakaka. boleh tambah yis, tapi jangan banyak sangat, kang jadi macam kucing bunting 7 bulan plak

Roti Kacang Merah said...

abg tommy hahahahaha kucing bunting 7 bulan!! Ada ke kucing bunting 7 bulan??? hahahaha

Anonymous said...

hahahaha..ape la abg udy ni..smue bende nk letak yeast...hahahaha...

Roti Kacang Merah said...

anony 9/16/2008 09:40:00 PM
where's your nama la deyyy ;-)

itu kalau yeast buleh dipakai kat ketiak kak lin yakin abg udi akan guna yeast jadi deodorant sama. haha

Thomas Mok said...

macam yg i baca in an article sometime back, org jepun yg muda gila mayonaisse, habis semua makanan nya ada mayonaisse, sampaikan ke aiskrim, tah ye tah tidak.

Roti Kacang Merah said...

abg tommy
mayo on ice-cream??? iyyeeewwww!!!

ahy (udi's big bro) masa kecik-kecik dulu, swears on Nut3lla (the choc spread) -- on bread, on crackers, WITH RICE, with ice-cream... gila budak tu!

Zetty said...

hahahahaha!!!
*gelak golek golek*

Roti Kacang Merah said...

zetts
nanti 1 day Udi gorengkan donut ni untuk zetty, k? haha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin