Friday, September 19, 2008

splitting myself up

*sigh*

kalau aku boleh bahagi-bahagikan diri ini ~ 1 RKM aku hantar ke bangi untuk teman umi senantiasa, 3 RKM lagi dok kat ofis untuk perabiskan keja.

why 3 RKMs at the office and not with umi? i'll tell you why later.

***

aku tersedar pukul 5.42am pagi tadi... like, what, 8 minutes before Subuh??? itupun aku terpisat-pisat... "eh, subuh pukul 5.50 ke... 6.50 eh???".

2 seconds after that, baru it sank in me, terus aku terjerit, "SH****TTT! dah nak subuh!!! arrrrrrrrrrghhhh!!!"

bloody 'ell aku terlupa nak pasang alarm!

aku terus lari ke dapur, tonggok (bukan teguk tau, but TONGGOK, like, tuang banyak-banyak kat tekak) jus apple and air kosong. aku tak kisah sangat lapar [helloooo lemak aku kan banyak, macam unta]. tapi aku kisah being hydrated 'coz it's gonna be a looo-ong day today.

GLUP GLUP GLUP GLUP. tekak aku sakit because of the chilly water from the fridge, but hell i gotta beat that 2 minutes before subuh. nak telan kurma for energy pun dah tak sempat dah.

adehlaa.

'nnateyyy betul.

but so far aku ok, alhamdulillah. malam ni buka dengan sponsor iklan terbesar sokkabar abang di hotel di p.j. akan aku melantak sepuas-puasnya. muaaahahahaha

***

oh, by the way, the day after that donut udang rwanda, si ahy the big bro requested udi for more cucuq. udi pun buat laaaaa untuk his one and only abang, kan.

but this time, dia tak masukkan kunyit. tapi dia still masukkan yeast (kan aku sudah bilang, he swears on using yeast in almost everything yang ada tepung... termasuk tepung bedak talkum, kot). and dia masukkan daun bawang. and jadilah ini....

sedap, kauuuuu. pandai betul adik-adik lelaki aku masak. akak bangga dengan diorang ada, akak malu dengan diorang lagi banyak.

***

ini check list aku tahun ini:

- kerja hakiki of running four active on-going sites at work;

- baru dilantik jadi ajk kecik untuk dinner hari raya persatuan pegawai kanan organisasi this 11th october, dan dimasukkan bahagian registration and penyambut tetamu. pastu dilantik jadi emcee gila-gila untuk malam tu. pastu dilantik jadi entah jadi lead singer ke apa tah untuk nyanyi lagu rapeah buang (ya allah sabbbaaaaaaaaaaaaar je la) among others. i was supposed to be teamed-up with the infamous musly ramlee from the p.ramlee musical tu for the entire night. gila barbie aku excited siut! tapi last-last the entire ajk (and i) decided it's best kalau buka the pairing-up pada orang dalaman aje... sebab depa pun belum tahu lagi musly would say yes or not. so jadinya aku dapat team-up dengan sorang adik lelaki officer yang sesaiz badan dengan aku and soooo lah gereks (best). ajk kata bayar orang sendiri kan lagi baik. aku pastilah setuju dengan pendapat tu, kan? mujur depa 'up' token aku sebanyak 75% lebih dari biasa. apa lagi aku dan adik tu pun terima aje lahhhh. hell nak kena pi carik baju untuk sewa lagi ni. nak fikir nak dandan lagi. forget about losing 30kilos by then la karn.

- also baru officially dilantik jadi ahli ajk kepimpinan and pendidikan untuk persatuan pegawai kanan organisasi. aku kena arange luncheon talks by big shots and big players of almost every field of work (financial, education, developers, security, etc) every two bloody months starting end october/early november till august 2010.

- dan itu belum masuk plan untuk aku nak buat anak lagi tu.

see why i need three RKMs at the office?

tapi elok jugak aku busy. kalau abaaaaaaaang aje yang busy tapi aku tak se-busy... asyik kena layan perasaan aku sendiri aje nanti.

***

by now i think korang dah tau mulut akak ni boleh laser macam mana, kan?

ni nak cerita la kan. ada sorang chief developer depan site akak kat J, kan. let us name him as en.S, ok. dia ni kan... rajin datang melobi kat ofis akak, taw.

dia jumpa bos-bos akak nak melobi dua site akak kat pantai dalam, yang sedang ON BLOODY GOING sekarang. apa dia buat telah sangat-sangat menyusahkan diri akak dan bos-bos akak coz dia telah GATAL pi jumpa sampai ke menteri-menteri segala untuk dapat direct nego projek-projek tu, tau!!! SAKITNYA ATIIIIIIIIIIIII.

pastu, dia sibuk la pulak melobi-lobi kat orang atas nak ambil alih buat JV untuk site akak yang depan site dia kat J tu la kan. some cheek, kan.

jadi, everytime dia masuk ofis akak and lalu depan bilik akak nak ke bilik my 2nd big bos, akak akan tanpa fikir panjang tegur dia, "haa, en.S??? nak ambik projek kami yang mana lagi nih???", dengan nada sinis yang manis aku berkata.

oh, eff why eye (fyi), dia ni also kawan baik 2nd big boss aku kat ofis. depa dua orang penyokong kuat amenok, tu. pi kelantak ke depa la, kan.

lepas-lepas tu kan, kalau dia nak jumpa bos-bos akak, dia dah tak masuk terus ke dalam ofis dah. dia akan tunggu luar. kat waiting area ke. or, if he has to, he would then make a detour through the other side of the office instead of lalu depan bilik akak. haha

satu kali, 2 hari lepas akak sudah terima satu kad raya. Cek men cantik ke design dia. have to say, kad raya paling kagum aku terima tahun ni.

kat depan tulis, "kepada, Yang Berbahagia puan roti kacang merah".

[kat ofis gomen, perkataan 'Yang Berbahagia' only to be used for bosses yang ada pangkat datuk. untuk pencacai angkat najis macam aku memang tak layak ada pre-fix 'Yang Berbahagia'.]

fuh! 'Yang Berbahagia', kawuuuu. terasa macam datin la pulak, kan.

satu kali aku bukak kad, datangnya dari... ya la you guess it la, dari en.S.

hmph. puhleaaaase. tak kuaser akak, taw.

aku nak samung buat keja. pasti apa yang aku citer ni memeningkan korang. aku tak da masa nak karang betul-betul.

f~

6 comments:

D said...

hehehe... you really have a life la babe! always entertained by your selamba-ness!

happy melantak!

Roti Kacang Merah said...

dijji

L A N T A K K K K !!! [ala ala "yamsengggg!", hehe]

mwaks!

Thomas Mok said...

kalau ikut cakap oghang melako, selamat ber"cekik" kot?

tapi takkan lah i nak suh member sama gila pi "cekik" kot, so, anyway, enjoy your food.

lantakkk puas2 !!!!

ahwin66 said...

sis..
jgn bz sangat..
nanti 'terlepas' nak buat anak

hehehe

ahwin66 said...

nasib baik dlm proses men'tonggok' air tu akak tak lemas kan?kan?

Roti Kacang Merah said...

bro tommy
hmm i tak puas melantak lah malam tu... coz i ni jenis tak suka makan tempat yang masak-masak dalam ballroom without proper vents (yup, the hotel converted the ballroom into tempat makan! sabar la!) ~ berasap and bau melekat kat rambut segala!!!!

ahwin- aaa
itu la pasal, biological clock dah ticking wildly dah ni!!! ;-D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin