Friday, June 06, 2008

Organizing Office Blood Drive

Si budak Intan ni, Setiausaha Badan Kebajikan Unit aku, memang rajin orangnya.

Very very resourceful.

Minggu lepas aku cadangkan kat dia jom kita organize ofis pi derma darah kat Pusat Darah jom. Buleh lah ada laporan sket tiba akhir tahun esok untuk aktiviti ofis.

So tadi masa break panjang solat Jumaat, macam-macam dia tanya aku ~ Kak Lin, apa hukumnya derma darah ni, bagus ke, tak takut ke sebab dia takuuuuut sangat nak derma, apa kelebihannya, apa keburukannya, etc etc.

Sejam lebih gak la aku berkhutbah ke dia tentang derma darah. Teruja gak la dia, walau dalam kegerunan.

(Di samping itu aku berkhutbah ke dia tentang organ donor juga. Baca sini, sini dan sini.)

Lepas tu, dia terus google masuk macam-macam website, cari fatwa cari hukum hakam. Dia kata, dia nak keluarkan borang kajiselidik untuk ofis, nak tengok berapa ramai orang yang berminat. Sekali dengan borang tu, dia nak attach apa-apa yang boleh menggalakkan orang-orang nak join. Bagus betul.

So tadi dengan borang kajiselidik, dia attach sekali ini dan ini. Dia buat 'roadshow' dari meja ke meja. Dia ulang balik kata-kata aku tentang kebaikan menderma, macam mana keadaan kat Pusat Darah, how friendly the staffs are, the free food after the donation. Ceh ceh ceh, dari mula dia takut, terus dia 'jual' idea blood drive aku.

Siap dia pulak kongsi dengan aku, dia kata dia ada terbaca masa dia google tadi yang derma darah juga boleh menolong mengurangkan berat badan. Wah wah wah. Terraa terraa.

Aku doa doa doa doa moga bebudak ni teruja. Aku doa doa doa mana-mana bebudak pompuan yang nak pi nanti, haemoglobin tak rendah masa blood test. Kot la baru lepas datang bulan ke apa.

Eh sesiapa nak join kami, yok la jumpa kat Pusat Darah Jalan Tun Razak nanti, k?

Nanti aku confirm bila tarikh kami pergi beramai-ramai (or, entah-entah satu Pajero 4 orang je, haha). Pastinya aku akan jadi spokesperson nanti di sana.

InsyaAllah, kalau aku ada kekuatan, aku nak cadangkan pada mana-mana badan/persatuan or even to Jabatan Kesihatan di Organisasi aku untuk organize Pusat Darah to mobilise di lobi utama HQ suatu hari nanti. Di samping kakitangan, orang ramai yang bayar bil, bayar cukai or submit drawings pun buleh sama-sama singgah derma darah juga. Dapat sijil and makanan, maa...

Kalau buleh juga, aku nak cadang Pusat Derma Organ & Transplan to buka booth untuk daftar for organ donation. Hmm elok juga tu kan?

InsyaAllah...

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin