Monday, June 30, 2008

Jom Kita Ringan-Ringan

Asyik bergelumang dalam cerita berat aje sehari dua ni, jom kita beringan sekejap jom...

1. Pejabat Baru Abang

Ni la ofis Suara Keadilan yang baru di Brickfields, Jalan Sultan Abdul Samad (?) betul-betul infront of the RM2/entry car parking area.

The entire of Tingkat 1 is the Editorial Level. Yang tiga pasang tingkap tu is their huge meeting room, the entire length.

The entire of Tingkat 2 is the admin level, and "the new wing" editorial level yang masih kosong tapi nak tunggu orang masuk aje sebab meja kosi komputer pantry suma dah siap.

Syukuuuuuuuur Alhamdulillah.

Tak sia-sia aku bermuncung mulut kalau Abang terlalu busy untuk aku. Ini lah ganjarannya. Sejuk banyak hati aku.

Aku bukan nak menunjuk-nunjuk cakap besar. Tapi pada sesiapa yang masih lagi dok pandang rendah ke Tian, Abang, Jasmin and the team for running SK... Alhamdulillah, if you don't have personal ulterior motives and kerja seikhlas mungkin tanpa fikirkan much ganjaran, nah, bukti yang Allah itu Maha Adil & Maha Pemurah. Alhamdulillah...

See there at the bottom are two of the adik-adik (also ada abang-abang and kakak-kakak) in the SK team - Hafizz Mokhtar the Assistant Editor (right) and Ebrahim from the Media Section.

Tahniah berjuta-juta tahniah kepada team...!

2. Abang, hampir 10 tahun dahulu

Ni, ni. Mana perut dia, tah?

Masa ni aku tak kenal dia lagi.

3. Smug Labi

I mean, you gotta admit, he is a dahhhlink, kan?

Comey je duk bertenggek atas scanner Abg Zul. Mawai cangat dia tuh...

f~

5 comments:

gedek! said...

Talking about your abang dulu-dulu.... You sure tak tau yang dia BENCI orang lelaki yang tak pakai tali pinggang! Hahaha! Alasan dia "tak lengkap"!

Roti Kacang Merah said...

abg gedek
i just called him... dia gelak, dia kata dia sendiri pung tak ingat!

maknanya sekarang dia dah tak kisah la kot kalau orang lelaki yang tak pakai tali pinggang! heh heh kelakar la plak, banyak masa dia dulu nak tengok org pakai tali pinggang ke dak heh heh.

cuma dia memang very particular about his belts ~ BOTH belt seluar AND car seat-belts!

fudzail said...

Pertama kali jumpa Zunar apabila saya jadi penulis sambilan (editorial) di GG untuk ruangan SERKOP, Cerita-Ceriti di pejabat lama, jalan pantai baharu.
Rasanya masa itu Zunar pun baru masuk, diperkenalkan oleh Adi Al Hadi, nampak muka 20 sen, sama-sama tumpang meja, Zunar pemalu tetapi dia memang rajin kerja.
Saya masih menganggur masa itu (sebab tidak mau join gomen) dalam krisis ekonomi 1987/88, pagi mengajar mengaji di flet Kerinci (setinggan ruang tetamu dengan Zul Noordin, paling murah bayar, RM20 sebulan), pagi di NST/Berita menenggek jadi penulis upahan hehe he, petang ke GG untuk melepak cari idea mengutuk gomen (secara humor), malam jadi cikgu kelas malam ajar ramai anak-anak Melayu yang mahu berbahasa Inggeris di Chow Kit....tetapi selalu di GG berbual dengan Zunar (sebab kartunis lain seperti ujang jauh glamour)....tidak sangka bertahun kemudian dia masih ingat sewaktu reformasi....sebab masa itu zunar sedang meletup namanya!
Kalau ada masa minggu depan mahu ajak Zunar makan kuay-teow goreng dengan Zul & rosaini di kafeteria Semua House...kalau enti mahu join....

gedek! said...

Hapa?!!!
Dia tak hingat? Aku ni start pakai tali pinggang sebab DIA la! Dia kutuk secara mental! Ajak kawan-kawan lagi kutuk. Macam konspirasi peringkat tertinggi! Lepas tu aku terus pakai tali pinggang sampai sekarang. (macam kena 'turnover' la tuuu)

-g!

Roti Kacang Merah said...

bro fudzail
mak ai kerja kerasnya abg fudzail dulu... and look where you are now, eh? Alhamdulillah.

InsyaAllah kalau Alin tak berasa segan, Alin akan join kalian bertiga next week!

abg gedek gregorio
hahahaha ni zunar yang beritahu jenama seluar jeans abg gedek dulu...heh2

***

by the way, zunar tersenyum manjang when i read him your comments. ramai betul kawan yang sayang ke dia :-D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin