Thursday, April 03, 2008

Punggok dan Guitar

Gila lama aku tak blog.

***

Yang pepatah "Bagai punggok rindukan bulan" tu... apa jadi pada punggok tu kalau dia tak jumpa bulan, sebenarnya? And kalau dia jumpa bulan, apa pulak jadinya?

Bukannya apa. Rasanya dah 2,3 bulan tak nampak bulan penuh. Asyik menduuuung je bila malam. So, I been wondering what would become to the punggok kalau dah lama tak jumpa bulan penuh, kan.

***

Aku baru beli 'pick' guitar tadi. Dua jenis - sederhana lembut & sederhana keras.

Selama ni aku duk main guitar guna kertas keras lipat dua as the 'pick'... sampai naik lunyai, la.

Sakit jari main guitar makin kurang, thank you for asking. And aku dah bleh master la the 5 major chords. Tapi yet to belajar tang kena guna empat-empat jari (ya Rabbi susah gila) or 1 jari tutup lebih dari 1 string at a time.

Ni nak try practise strumming plak. Nanti dah boleh segala serbi sket esok, leh aku pi berguru further dengan member-member kat Jbtn Muzik kat wing sebelah.

To Zetty, k.lin dah siap download lagu Bubbly to practise the chords. Nanti dah pandai sikiiiit, k.lin videokan, k?

Maklum, dah umur 35 tahun baru dapat belajar main guitar. 5 tahun lepas aku belajar tafsiran al-Quran dari Dr. Fatimah Az-Zahrah... so, kira balance la tu, kan? Haha

***

Kat ofis agak sibuk sekarang. Punya la banyak report bagai kena buat - laporan bulanan projek, laporan untuk keseluruhan tahun lepas, laporan ke Ketua Pengarah, forecast budgetting, jawab media-media... tak menang tangan and otak jugak la.

Tapi bila balik rumah, guitar tetap ada masa nak ku layan.. Heh heh.

Pastu rezeki Allah nak beri, aku dapat 3 emceeing offers in a span of a week - Isnin baru-baru ni dengan Isnin sebelumnya. Buleh lah duit emcee tu nanti aku guna as duit belanja untuk Celi bawa ke U.K masa lawat Udi for Udi's graduation in June. Alhamdulillah.

Cuma nak pi for my own getaway tak tercapai-capai lagi. Mujur bulan 5 ada family day office, bulan 6 family day belah Ayah kat Morib.

Tengok ar, kot ada ruang bulan 8 aku boleh ke pulau-pulau pantai timur, aku nak pi. Even without Abang. Letih tunggu bila dia nak free when nak hantar cuci kereta pun dia tak da masa.

Cheerios.

f*

6 comments:

david santos said...

I loved this blog! Terima Kashi.



NURIN JAZLIN
MURDERED. 9 YEARS OLD. WHY? ARE WE HUMAN?
.
Please
TO AVOID SUCH A TRAGEDY HAPPENING AGAIN, AND FOR THE SALVATION OF OUR CHILDREN, WE ARE DOING A WORLDWIDE CAMPAIGN, DISPLAYING THE IMAGE OF NURIN JAZLIN JAZIMIN IN BLOGS ALL OVER THE WORLD ON 25TH APRIL 2008. LET'S NOT FORGET NURIN JAZLIN.

Amy said...

Akak! I miss you! Am a bit busy la nowadays, balik keje pun sambung keje kat rumah :)..amboi main guitar nampak! Nak lau ANnuar Zain satu! :P

Roti Kacang Merah said...

aku nak reply ke tak first comment tu. macam dodgy lak ~ profile dari portugal, tapi cerita pasal nurin...

Roti Kacang Merah said...

amy
kita pung windu kat amy, tau.... duk tingat kat amy tapi tak sempat-sempat baca blog sesapa pun!

dah la kak lin ada utang amy buat tag, kan??? hehehehehehe

ok ok nanti bila dah terror satu grade lagi, k.lin cuba main lagu anuar zain untuk amy, k!

Zetty said...

wooohoo...tak sabar nak tunggu nih.

Roti Kacang Merah said...

zetts
kak lin apatah lagi. tak sabar gitew!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin