Tuesday, January 29, 2008

Benan IX: Adlan Benan Dalam Kenangan

(from Suara Keadilan #126, out tomorrow 30.01.08)

BEKAS Setiausaha Pemuda KeADILan (sekarang Angkatan Muda), Adlan Benan Omar, 35, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang di rumah beliau di Putra Height, Subang Jaya, Selangor 24 Januari lepas.

Ibunya, Kamshiah, bapanya Omar dan adik beliau Siti Ardjuni berada di sisi Adlan ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 petang. Jenazah beliau dikebumi di tanah perkuburan Islam Paroi, Ampangan, Seremban jam 11.45 pagi sehari selepas itu. Lebih 100 orang sahabat handai dan saudara mara hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Menurut Ardjuni, sebelum itu Adlan telah setahun setengah dirawat kerana kencing manis, tetapi ketika itu keadaannya stabil. "Tetapi keadaan kesihatan Adlan mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan sejak Ogos tahun lepas. Keadaan beliau menjadi kritikal ketika dirawat dua minggu di Pusat Perubatan Sunway awal Januari lepas," kata Ardjuni.

Beliau kemudian dipindah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 14 Januari sebelum dibawa pulang oleh keluarga apabila tidak menunjukkan sebarang respon positif terhadap rawatannya. Adlan menyertai Pemuda KeADILan pada tahun 2001, ketika jawatan Ketua Pemuda dipangku oleh Saifuddin Nasution Ismail memandangkan Ezam Mohd Noor ketika itu ditahan di Kamunting.

Allahyarham dilahirkan di Seremban pada tahun 1973 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Alam Shah, Petaling Jaya sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar sesi 1989-90.

Adlan kemudian mengambil ijazah berganda dalam bidang Undang-Undang dan Sejarah di Universiti Cambridge sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1997. Beliau kemudiannya melibatkan diri dalam bidang perbankan dan sering bertugas keluar negara seperti di Singapura dan Jerman.

"Dia seorang yang berkarisma, berperwatakan lembut, penyayang dan seorang yang sangat mengambil berat. Bagi dia, keluarga melebihi segala-galanya, malah melebihi kepentingan dirinya sendiri," kata Ardjuni apabila ditanya mengenai perwatakan Adlan.

Allahyarham dikenali sebagai seorang yang bijak, pintar dan tak kurang yang menganggap beliau genius. Di kalangan teman-teman rapat dia diberi jolokan "walking encyclopaedia (ensaiklopedia berjalan)" kerana kemampuan mengingati fakta-fakta dalam negeri dan luar negara secara lengkap tanpa merujuk buku.

Semoga rohnya ditempatan bersama orang-orang yang saleh.

~end

7 comments:

Anonymous said...

semoga beliau ditempat dikalangan org2 yg berjaya disana.

saya rasa dia dah f5 masa 1990. so, dia melanjutkan pelajaran ke mckk, awal dari itu.

Roti Kacang Merah said...

anonymous
i pun rasa macam tu. tapi tak berani nak betulkan sebab all these was from and interview with Juny.

thanks for highlighting!

Anonymous said...

it makes sense since he went to MCKK in Form Four... and not in Form One..

Anonymous said...

I think he join mckk since form1? can somebody verify it?

Anonymous said...

http://educationmalaysia.blogspot.com/2007/02/national-schools-and-national-unity.html

Nik Nazmi said...

And just to provide more perspective, Adlan Benan Omar was from SRK Kampung Tunku in Primary, and then stayed on BBBS until form three. He only joined MCKK in form 4.
2/08/2007 07:19:00 AM

That tallies with the story given by Ben's sis.

Anonymous said...

Asalamualaikum!

I hope it is not too late for me to say something about Ben.

I had been his personal lawyer handling his court case. At that time I was close to his father and was introduced to him by his father.

Although most of the time we discussed only about his legal case, I have to admit he had the charisma and charm when we occasionally discussed some other matters besides his legal case.

During that time he worked with a bank in Germany and some later in Singapore.

Even one of the opposing side lawyers knew him personally when she was in UK studying there.

He was more than qualified to be the future Prime Minister of Malaysia.

I wish I could have spent more time with him discussing more about serious subjects like politics, history and philosophy.

Roti Kacang Merah said...

anony 2/18/2008 03:00:00 PM
at least you had the opportunity to know pretty close AND work for him.

Some of us, like me, didn't. :-(

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin