Wednesday, November 28, 2007

Happy Birthday, Celi!!!
















Hari ni birthday my baby sis Celi yang ke-17... ekhem, tu after diskaun semua cuti, tu! Hehe

Kak Lin tak tau nak beli hadiah apa, lah... Jahit manik atas baju kurung ijau tu je, leh tak? Hehehehe cheapskate, gitew...!

All my prayers for your health, wisdom, success, happiness and strength. Jangan tunduk pada tekanan atau kesilapan lampau, and achieve all that you can be. Doa dan minta banyak-banyak pada Allah s.w.t, ingat pada Umi&Ayah, sayang pada Kak Lin and adik-adik... hehehehe.

Kita pi matan-matan Sabtu malam ni, otey???

Mwa-mwah, si gigi putih paling berseri!!! :-D And hope the remainder of Your Day will be a great one!!

LOVE!!

Nakal V: Lingam Park Rap

Thanks Tian, for sharing this!!!!

HAHAHAHAHAHA!!!!



Hey could someone please tell Mr.Lingam... HE DA BOMB, MAN! Entertainer of The Year! Thanks for the grrrrreat entertainment, Sir!!!!

HAHAHAHAHAHA!!!!

Adeh... adeh... sakit kepala aku... hahahahahahahaha!!!!

Download the rap in *.mp3, here!

f~

Blood Donation, Malaysian Style

Sabtu ni, 1 Disember, ada Blood Donor drive di kawasan kondo aku.

But for the life of me, dah 8 tahun aku balik Malaysia tapi info of blood donors di Malaysia masih tak dicomputerizedkan lagi. Maybe it has, but kenapa still give out buku merah tu? Sejak balik, aku dah ada 3 buku. And everytime aku nak guna mesti I discovered I've misplaced the book!

Kita hantar angkasawan harga berbilion ringgit, beli Soyuz lagi... Apa MAMPU masih tak mampu ka nak coordinate with the Blood Bank to computerize data of donors and then issue creditcard-size ID cards instead???

Macam at the picture kat atas tu - the kind of ID card one would get bila donate in U.K (ni masa late 90s la. Sekarang ni tak pasti mcm mana. Udi, k.Yeen, k.Ilush...care to comment??).

You walk into their Blood Bank center, tell them you nak donate blood, beri your Blood Donor card, then they zap the card kat reader, and semua data you akan keluar, including, of course, the last time you donated and what kind of donation that you did - normal blood donation ke, apheresis ke - and on top of that you can easily carry the card in your wallet whereby in the event of accident ke apa, the medical personnel dengan mudah boleh tahu your blood type and would also be aware whether or not you are eligible for special medical attention, which is an automatic privilege for blood donors.

There you go. Ni, tidak ... Setiap kali dapat buku baru, your entire history of past donations pun dah tak dapat nak dikesan. Or maybe boleh dikesan tapi kena masuk Bilik Arkib depa la kot.

A shame, really, innit?? So much shouting about progress and development, tapi benda macam ni pun tak properly managed lagi.

Ah well.

f※

Tuesday, November 27, 2007

Saya PANTANG Dicabar!

... so says our beloved 'father' on the rallies.

From that, Abang's colleague came up with this for the latest edition of SK...

HAHAHAHAHAHA!!!! Gila kelakar, kartun ni!!!

f~

Monday, November 26, 2007

The Hindraf Rally

Oh we so have put Malaysia on the map, this one whole November, haven't we??? Forget the multi-million Visit Malaysia 2007 gimmicks, the rallies were it!!!

Izinkan saya mendedikasikan lagu "November Rain" oleh GunsNRoses kepada rakyat-rakyat Malaysia yang sangat berdedikasi berjuang untuk membaik-pulihkan lagi sistem pentadbiran negara kita untuk kebaikan anak cucu kita! Syabas!!!!

(Make that "November 'Chemical' Rain", shall we??? HAHAHAHA so spot on! Hmmm, this just gives me idea of slides of The November Rallies with the song as the background... what say you???)

Altogether now! Correct! Correct! Correct!

Hehehe, just have to put that in, don't I? *grins*



Way to go, people!!!

***

I like the way Abang throw back things at one wedding guest yesterday who thought that he, not realising who Abang actually is, was just trying to be friendly and peramah to Abang, who at the time was resting under a tree still recovering from his viral infection.

Guest:
Kerajaan patut bergarang sikit dengan orang-orang merusuh macam ni (referring to the Hindraf rally that morning). Kalau kat obersea tu, polis dorang dah pukul kaw-kaw punya orang-orang macam ni.

(Hellllllooooo.... in the first place, betul ke kau dah tengok sendiri kat overseas tu kerajaan dorang treat peaceful rally macam mana??? Dah pasti-pastinya kau ni jenis tonton TV tak berbayar serta baca surat khabar meloya)

Abang:
*stunned*

Abang:
Mula-mula sekali, you tahu ke sebab-musabab diorang turun pagi ni???

Guest:
Tak.

Abang:
Habis tu, mana you tahu diorang merusuh???

Guest:
*diam*

Abang:
Nah, you orang bijak pandai... seharusnya you dapat fikir dulu, tak akan ada orang yang sihat akal akan suka-suka turun berdemo di pagi-pagi buta hari Ahad, kena rempuh dengan polis, tahan diri kena gas pemedih mata dan air kimia kalau tak ada sebab-musabab yang kuat untuk diorang nak buat macam tu. You ingat diorang semua suka-suka tak da kerja ke nak turun cari pasal macam ni???

Guest:
*terdiam terus*

Abang:
Zaman internet ni, you tak boleh bergantung harap info you datang dari bacaan suratkhabar biasa-biasa ni ataupun tengok berita dari TV tak berbayar. You pun tahu kan, tak wujudnya "press freedom and fair reporting" di Malaysia. So, you kena selidik dulu, dan ask questions - Kenapa, Kenapa, Kenapa. Bila you dah tahu semua tapi you masih tak agree, then barulah you throw judgment! Kalau you tak tahu cerita sebenar, tak eloklah you nak jatuhkan hukuman tak semena-mena!

Guest:
*terus masuk lubang cacing*

***

Aku tanya Abang, kenapa tak explain je to the Guest what the Sunday rally was actually about. Abang kata, kebetulan right after that, wife dia datang ke dia and diorang minta diri nak balik. Lagipun, kata Abang, kalau that guest betul-betul nak tahu, dia sendiri akan tanya Abang. Tugas Abang pada ketika itu adalah untuk buat dia berfikir sejenak, to make him stop acting like a smart fool he thought he was. Harapan Abang is that bila the Guest balik rumah, dia akan buat homework and for once will start using his head before passing any judgemental remarks.

Moral of the story: Di awal-awal nak buat kawan, don't talk about religion, race and politics. 'Else jadi foot in mouth situation... macam Guest ni lah. hehehehe

***

I am writing this with all intention to mendidik adik-adik Kak Lin, and also my relatives, friends and other silent readers who would read this.

I may not agree with the original objectives of Hindraf (Hindu Rights Action Force) due to conflicts with my own faith, but, if I may, allow me to quote Mr. Malik Imtiaz that explains rightly about how I personally feel about the whole thing ~ and that I 200% recognize and respect the personal dignity of Hindraf supporters. Although oppressions and marginalisation happen in all layers of the societies, but let's face the cold hard truth that the Indians have been hit the worst.

It has to start somewhere, this fight for equal justice and rights.

Truth be told, it would be far easier for me and my belief if it wasn't HINDRAF per se, but perhaps just plain INDRAF (Indian Rights Action Force), which definitely transcends beyond religion, which would then cover even equally marginalized Indian Muslims, Indian Christians and any other Indians of any faiths.

I may be shallow ~ Hindraf may be embraced as the whole new thinking by Indians of all beliefs, but INDRAF would definitely start-off and received better among the majority Muslims population, you know. Kindly correct me if I'm wrong here, ya? Thanks.

I may not be walking there with you and comrades - Dear Mr. (Uthaya)Kumar, Mr.Siva, Mr. Gobala, Pushpa, et al - but my hearts are with you lot.

In the meantime, please rajin-rajinkan diri untuk membaca tujuan rally Hindraf semalam, here at Tian's blog, baca entry-entry Nat sebagai eyewitness, Tian's own experience dan juga Jeff Ooi's reports 1,2 & 3, tonton sendiri laporan dari Al-Jazeera dan M'siakini, pastu bandingkan dengan berita-berita di tv tak berbayar serta Utusan Meloya, Enestee dan konco-konconya... and be the smart-ass to understand the ketidakbetulan-nya sistem kita di sini.

If I could stay up and sit infront of the 'Net and news from evening until late last night just to catch up and make myself really understand and digest all these, then you, adik-adik Kak Lin especiallynya, could too.

I'd prolly write more on this, 'coz I feel strongly about this equal rights to all Malaysian eversince I was small, and the time has now finally arrived for me to actually sit down, put my thoughts together and share my own personal views on my own personal blog. Hopefully, my future kids and grandkids will learn a lot from this.

Allahu a'lam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

f~

Sunday, November 25, 2007

My Cousin's Wedding

























Channntik my baby cousin, 'Kakak', dengan suami dia. Aku sukkkkaaa sangat dengan colour baju dia - darker shade of earthy tone. Jealous gitew!

Masa Kakak kecik-kecik dulu, orang selalu kata muka kami serupa. So, I can safely assume that if without my 30 or so kilos, I may look like her, heh2.

Anyway, dengar cerita from my aunt Induk Midah, masa akad petang semalam, Kakak's husband kena attack. Kena attack darah gemuruh, ha4.

Masa practice, kena repeat 2 kali. Masa real pun kena repeat 2 kali! Mana taknya, maskahwin RM200 disebutnya RM2, ha4!

Alah, kenangan, kan Kakak??? ;-)

Aku bolehla gelak-gelakkan sekarang, kan. 'Coz dah lepas, he4.

Anyway, Abang, Celi, Ahy and I reached Nilai close to 12pm. UmiAyah sampai awal sikit. Dorang jadi penyambut tetamu dengan Pak Teh and Mak Teh, standard ah tu, dah otai bukannaa.


















Lepas isi perut sampai-sampai tu, I made myself useful di dapur dengan aunty2 and cousin2 perempuan, Ahy kat bahagian penanggah with Uncle2 and cousin2 lelaki, Celi jaga duit hadiah dari tetamu untuk Mak Teh, and Abang pula jadi burung, berehat bawah pokok 'coz masih tak sihat.

Seronok betul bila dapat beramai2 macam tu, you can so forget everything else bogging your mind and be... someone else happier! :-D

We headed back at 3pm, as promised to Abang and Celi. Abang nak rest before tonite's meeting with his graphics team, Celi nak kena balik S.Alam.

Ni on the way back to Cheras lepas anta Celi and Ahy balik. Hidung pula dah sama sebu. Hopefully tak jangkit dari Abang, 'coz slomo (Nogori for selsema... Baru belajar tadi dari Mak Long) aku akan mudah-mudah je melarat jadi asthma, matiey akewwww.

Dah la Abang kata sorang staff Abang pun dah kena viral dah ni.

Take care semua naa. Cheq dah sampai Cheras ni.

Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU KAKAAAAAK!!!

f※

Nakal IV: MMS-cut Ringtone

Many thanks to Tian's friend, Ong, who forwarded this shortened version of the ringtone for massive viral send-outs via mms! haha grrreat idea!



C'mon people, with this new shortened version, you can now spread the ringtone further like wildfire!!! Show 'em that they can never fool and hide from the rakyat!!!

f~

Saturday, November 24, 2007

Baju Umi
















FINALLY! Baju Umi done!!

Adddoiii.

Never, EVER again, beading works on this type of kain!

f※

Nakal III

He he ya ya aku sangat bangga.

Posted on Saturday, November 24 @ 12:48:06 MYT by SongkokPutih

Bagi mengembalikan kehangatan perbincangan dan ingatan rakyat terhadap runtuhnya sistem kehakiman di Malaysia, Sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan akan melancarkan Ringtone : "Correct! Correct! Correct!" yang menunjukkan perbualan telefon VK Linggam dalam "mencaturkan" kedudukan hakim-hakim. Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Dr Badrul Amin (Ahli MPT Keadilan) pada 30hb November 2007 di Seremban, Negeri Sembilan.

Melalui download ringtone ini, diharap dapat memberikan tekanan secara berterusan agar kerajaan Malaysia segera mereformasikan sistem kehakiman yang korup dan bobrok.

Selain itu bagi "control mood" perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November, pihak sekretariat juga akan memperkenalkan beberapa ringtone untuk didownload dalam pelancaran itu.

"Polis kata jangan..." oleh Dollah Badawi
"Kita akan buat macam beruk-beruk di jalan raya" oleh Khairy
"Saya pantang dicabar..." oleh Dollah Badawi
"Kerajaan kita gila kuasa" oleh Dollah Badawi
"Kita bodoh, kita bodoh..." oleh Dollah Badawi
"Lawan Tetap Lawan!" oleh Anwar Ibrahim
"Ubah Sebelum Parah, Ubah Demi Maruah" oleh Anwar Ibrahim
"Dollah kata beliau pantang dicabar, rakyat kata hak mereka jangan dicabar!" oleh Anwar Ibrahim
"Reformasi! Reformasi! Reformasi!" oleh Anwar Ibrahim

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi : Azizi 012 3696474, Asri 019 6529645,
Manja 012 3535698, Suhaimi 016 2155226, Rozmal 012 2267406."

Izinkan saya mendedikasikan jutaan terima kasih saya kepada Abg Din Nasution, and of course, my own beloved Abang, for the inspiration!

Ha ha!!!

p.s:
Ringtone downloaded 5,648 times as at 14:12, Saturday 24th Nov!

f~

Viral Attack

Labu Labi meneman AbgZul berehat.

***

The only thing that we did yesterday was ambil ubat kahak Abang and then we headed back home. He needed to draw the cartoon he's due for Malaysiakini.

All the drawing, scanning, rendering and emailing ended at 5pm. By then, he became quiter and quiter 'coz he wanted to avoid coughing. All that muntah kahak the night before sudah buat muscle perut and diaphragm dia all sore when he coughed.

Right after diner, he sat with me infront of the TV while I sew, and then he went to rest early.

Pagi ni, we thought we wanted to go to the vet for the Bucings' immunization and also to Giant before I shoot off to Nilai dengan komuter. But his condition not improving. A visit to the doc today says that he may have some viral infection in the lung, so the young doc (doing a locum, I presume) gave him antibiotics.

Tak berapa puas hati jumpa the doc actually, 'coz mcm tak tau apa-apa. So, balik tu, I called Umi for Dr.Husni's no. in Serdang, and my doc-aunt's, Aunty Nasriah, in Ampang. If Abang's not getting any better by today, esok nak bawa Abang jumpa Aunty Yah at least.

Nampak gayanya, there goes my trip to help my cousin petang ni.

Kalau tak kerana mak dia yg tolong kenduri aku dulu, aku pun malas nak keluar berjalan jauh-jauh on weekends tanpa Abang, sebenarnya. Kakak2 and abang2 to my cousin tu yg seramai 5 org pun tak datang wedding aku dulu... dia and adik bongsu dia je yg datang.

Aku bukan nak berdendam, tapi at least aku ada reason to be a wee bit selfish for the sake of Abang's health.

Tapi insyaAllah besar, aku akan pi tolong2 esok. Air kalau dicincang tak mungkin boleh putus...melainkan betul-betul dah keras jadi ais, je. Heh2.

And so far, for Mak Teh and my cousin's sake, hati aku masih dalam bentuk air lagi, bukan ais.

Have a great weekend, y'all!

f※

Baju Celi

FINALLY, the simple beading works I been working on Celi's baju kurung Kedah, siap semalam.


Now back on baju Umi pula, yang SANGAT complicated 'coz the material is SO lembut! I've to actually draw on plastics or paper, double-sided taped it on the baju, jahit jelujur all round the plastics/paper so that tak accidently lari-lari masa menjahit, THEN only jahit the maniks on.

Aduhla. Dah la aku ni still peringkat amatur. Merangkak macam Pak Lah kekura.

Kalau tak kerana sangat sayangkan Umi and bangga if Umi dapat pakai my 'works' (plus, kain tu AKU yg belikan utk dia, ha4 padanmukaAkewww), tobat berulang pun aku takkan continue jahit the beads on!

f※

Friday, November 23, 2007

Panas Perut

Budak budak ni kaaaan. Dalam almari pun nak tenggek...


***

Aku cuti hari ni, sebab abang pun cuti. Banyak nak settle hari ni - ambil GL utk umi & abg di klinik, hantar bucing2 (budak2 kucing) for their annual immune, pi Giant utk stock-up makanan, and perabiskan beading baju umi & celi utk diorang pakai di kenduri rumah Mak Teh, kakak ayah, di Nilai esok.

Oh ya, nak ambil ubat cair kahak di klinik. Kahak Abang tersangkut2 dalam tekak and lungs. Malam tadi dia dah sesak dada, pagi tadi muntah2.

Lama2 aku ni jadi part-time nurse... jaga orang sakit memanjang. Heh2.

Maknanya, di ofis harini, all 3 project managers' rooms gelap gulita - Ubai tunggu wife bersalin; Rain pula still in hospital recovering from lung infection.

Esok, aku balik Bangi to join umiayah ke Nilai utk menolong rumah Mak Teh. Malam ada akad nikah my cousin, anak Mak Teh. Ahadnya pula bersanding. Abang will join the Sunday, kena kerah buat kerja, ha4.

Hm, best pula update dari hp. Tak yah tunggu ada depan computer.

***

Dah dua hari aku tak makan nasi. Makan lauk je. Nak jadi macam Ahy - 2 tahun dah tak makan nasi, turun 20kilo, kot.

Tapi perut aku jadi asyik panas je. Kena minum banyak sangat air nak sejukkan perut. Normal ke tu, perut panas awal2 ni sebab makan lauk je???

f※

Thursday, November 22, 2007

Arysh II

Arysh taking his afternoon nap in UncleIsa's arms. Isa is Ubai's assistant. Gerak sikit je, Arysh nangis, so Isa had to baring sama-sama on the carpet and slowly buka jacket dia and leave Arysh in his jacket.

Sweet je!

Isa's still single, in mid-20s. Takers, anyone?? ;-)

Arysh (pr: 'Arash)





















16mth-old Arysh (pr: 'Arash), Ubai's 2nd boy, bertenggek atas meja.

Ayah dia bawa dia and abang dia, Amarul, to the office while his mom resting in hospital, due for a c-section t'mrrow mrning.

Adorable gila budak neiii. Cik Lin rasa nak makan je dia...aummmm.

Wednesday, November 21, 2007

Nakal II

Yesterday at 9am, the Lingam Correct3 Ringtone inspired by AbgDin Nasution was downloaded only for 86 times.

By night time, at 9.30pm, it climbed until 652 downloads.

20 minutes later at 9.50pm, it hit 762.

At 10.10pm, it was 892 downloads... and 10 minutes later, it was 949!

Fuh, macam exponential graph, gitu.

Thanks to Susan, Che'guBard and the rest of Abang's jinggeng, we all had a great laugh yesterday! Hehehe. Boleh bikin bisnis gini, ya nggak?

Dalam gurauan, Che'guBard kata "kerja tak senonoh dan paling mengarut tahun ni"... hahaha (akak tahu dia gurau je tu, correct ka Che'guBard? heh heh).

But, like I said to him, my hope is that this "kerja tak senonoh dan paling mengarut" will spread like wildfire, like an epidemic, like a plague... just like our system, plagued with so much equally if not more "kerja tak senonoh dan paling mengarut"! Also as a plain reminder to those people running the country that you lot don't try to be funny with the rakyat, 'coz we equally can so damn well make fun of you!

Correct or not correct?

*altogether now... "Correct, correct, correct..!"*

Hehehehehehehehe

f~

Tuesday, November 20, 2007

10-Eleven: A Great Reply!

Seronok betul baca response/reply by Nat's sweetie, Polytikus, to the so-called angry morons who wrote to the hammmpeh local papers and disagreed about the BERSIH rally, here, especially here ~ someone who's actually bothered about the high-cost of living but unfortunately missed the Chicago Musical show due to the rally (ohhhh, how our hearts break for you, boo hoo.)

Now, if the administrators need to prove how fair and unbiased as they claimed themselves to be, jom kita see who is the real tikus here and cabar dorang to actually release this responses by Ms.Polytikus in the media!

f~

Sang Setia II

Bila nak bangun ni... Labu lapar la, Abg Zul...

Sang Setia

Labu Labi yang setia tunggu di kaki AbgZul every morning. AbgZul pula demam dari malam tadi. Aku kena bawa dia ke klinik & urus makanminum dia hari ni. Will be working from home.

Monday, November 19, 2007

Nakal

Heheheheeeeee sementara nak tunggu abang ambil aku dari ofis, aku baru je habis cut and convert Lingam tape tu jadi mp3 ringtone... "Correct correct correct correct... aaa... aaa... aaa... correct correct correct...", a total of 40 seconds!

Gila banyak dia cakap "correct correct correct" dengan "aaa... aaa... aaa..."! Tapi, kelakar gila, kauuuu!!!!

Nak jual lah ringtone ni. Heheheheheeee

*rubbing hands, evil grins*



ps:
Okay lah okaaaaaaay, Abang suruh share, b'coz, sharing kan caring ;-). Lagipun, I have Abg Saifuddin(Nasution) to thank for for the idea! *grins*

Go to url here for more embeds, or download this directly from here!

Have a good laugh, y'all! ;-D

f~

10-Eleven: A Short Bletiaq

Nih, nak habaq sket.

When a laporan SB ("Special Branch", for the uninitiated) says there were as many as 138,000 demonstrators participating on the roads of KL last 10-Eleven (itu tak termasuk yang kena tahan berbas-bas dan berkereta-kereta dari seluruh Semenanjung lagi tu), do you really think that these 138,000 people have got nothing else better to do on a cool Saturday than to walk miles under the rain to the Palace, in sheer desperation to seek the attention of the kind Ruler to step-in and do/say something about the dirt in the national elections???

Hah, kalau hangpa kenai sapa-sapa yang masih dok nak bising lagi pasai 10-Eleven punya massive traffic jam or how konon-kononnya the rally has marred Malaysia di mata dunia (hellloooo, acu hangpa pi tengok vid-clip Z@M diinterview on Al-Jazeera kat YouTube nu, pi??? Kalau nak tau apa erti memalukan Malaysia di mata dunia yang sebenarnya la kan), hangpa pi bitau depa ni semua about the 138,000 people having the same "favourite weekend past-time", okeh!

Fuh, ibarat seluruh Bandar Baru Bangi keluaq ke KL serentak, noo??? Hebat!

Power to the People!

p.s:
Jalan-jalan lagi di Tian's own storyboard during the BERSIH Rally.

f~

Sunday, November 18, 2007

Benan
















With Abang, Abg(saifud)Din & Ezam, visiting Benan in Sunway Hospital.

Saturday, November 17, 2007

Labi Yang Wangi

Lepas mandi, MEYMANG sedap tido.

Blissful Saturday

LIVE: Ahh...blissful Saturday evening. Abang's at work, the boys' are all bathed and smell fruity-sweet. Labi just climbed over and continued his napping on my sewing-pillow on my lap while I try finishing off the 'jalinan kasih' beading.

Friday, November 16, 2007

Fw: kakak and adek

An MMS from Birthday Boy.

He said:
"these two girls are recent additions to my family. found them at the terminal in cyberjaya while having breakfast tuesday last week."

Alaaaah comel betul. Kalau Labu Labi tak spayed, buleh kita kahwinkan dorang, kan.

Semoga hidup akan lebih terisi dengan kehadiran the girls. Wonder what their names would be? Kot... "Lana & Lani"? heh.

Anyway, "Happy Birthday!!!", ucapan yang ke-17 diucapkan! Semoga lebih ucapan dapat diucapkan di masa akan datang, InsyaAllah...!

f~

Testing the technology

Testing the technology

Thursday, November 15, 2007

Letting-off Steam

Now I know.

I sing wayyy better when nak release tension.

Especially lagu Darah Muda by Wann. The last I sang/performed that song was back in 1990. 17 years ago, when I was... *kira kira kira kira* ... thirty kilos lighter than I am now.

Funting hell!!! TIGA PULUH KILO????!!!!

Annnnnywayyyyy, I made the whole jinggeng of 12 of us in that karaoke room this noon to joget twist and have fun to that song. And they kept telling me afterwards, "Best giler Kak Lin nyanyi lagu Darah Muda tadi!!! Best best best!".

Now I know. Lepas ni kalau aku kena paksa jadi Adibah Noor (MC-ing and perform), aku akan nyanyi lagu Darah Muda. Mesti pegawai-pegawai otai happy gila.

Damn I was good.

*siapa lagi nak puji diri aku, kan. Heh heh*

Oh, by the way. One of my officemates tadi siap pilih and bawa lagu dzikir "I'tiraf" by Raihan and Yassin tu... "Tuhan ku, Aku tidak layak untuk syurgamu..." tu. Siap ada bahasa Arab dia lagi. Aku memang suka lagu tu. Kalau dengar sorang-sorang, mahu tangkap leleh (nangis), woo.

So, tadi, I was like... ish, macam tak sesssssswai gitu, kan. Nyanyi lagu camni dalam karaoke room. Rasa macam maluuuuuu sangat dengan Allah... especially part "...dari itu kurniakanlah, bagiku taubat...".

Napeeeeerlah depa letak lagu dzikir tu dalam list karaoke. Kurang hormat, aku rasa. Terus potong stim nak melalak lagi.

f~

Cermin Diri Mogok Kerja

1.
"Ala saya sekadar nak ikut sunnah Rasul ~ boleh kawin 4, apa. Itupun kalau nak ikutkan, isteri baginda ramai lagi."

Nih, meh akak nak habaq mai sket.

Tak payah lah akak nak quote ayat Quran or Hadis on the keadilan kalau nak berkahwin lebih dari satu, ok. Let thy experts do that for you. Or, paling-paling tidak, you be smarter than your teloq and Google yourself on whatever is relevant to your situation.

Tapi, nih, akak nak bitau sket la kan.

Kalau akak hidup zaman Rasul-Allah (s.a.w) dulu, biarpun baginda dah ada 51 bini pun, akak rela lepaskan anak akak pada baginda! He's a "Rasul-Allah (s.a.w)", for God's sake! Sapa yang tak moh ada cucu berdarah dagingkan seorang Rasul-Allah??? Sapa yang tak moh bermenantukan seorang Rasul-Allah,directly getting all the ilmu-ilmu dan syafa'at Allah daripadanya??? Sapa yang tak moh join perjuangannya, yang dijanjikan Jannah belaka???

Nah, pi ambil cermin tu, dan cermin diri kau.

Kalau perjuangan untuk menegakkan hak kau dan anak-anak kau sebagai rakyat pun kau tak boleh nak lakukan.... tak usahlah mimpi nak "ikut sunnah Rasulullah"!

2.
Aku rasa macam nak mogok kerja hari ni dan esok.

The "30 November" thing yang aku dan team aku (yang terdiri daripada SELURUH ofis aku, dua-belas++ jabatan lain dan dua konsultan arkitek) peluh-peluhkan dan yang telah membuatkan kami semua letih mentally and physically the past 3 weeks... ditangguhkan sebab, it all started yesterday late afternoon when it was discovered that the "Officiator" and orang-orang atasan terlepas baca post-cab minutes dated pertengahan bulan 10 hari tu, and then the Setiausaha Sulit tengking-tengking marah Pegawai Tadbir aku sebab tak tahu about the plan hence did not book that date for his Boss (even though one of our colleagues saw his Boss personally wrote in his diary about the perasmian himself), and then tah hapa-hapa alasan lain yang keluar.

Aku suspect akan ada kes other interest i.e. Wahyu Tahap Dewa masuk campur pentadbiran projek aku. Like, whot else is new, 'roite???

Laa la laaa la laa la laa.

Apa-apa pun, kami satu ofis memang nak mogok kerja sket hari ni. Big Boss II, who has been leading the office team for the preparation of the function dengan begitu baik sekali, dah pun book bilik karaoke kat Red Box Soogoo untuk tengahari ni once semua diberitahu tentang penangguhan function pagi tadi. Dia kata, "Jom kita release tension! Aku belanja!"

Oh aku sangat begitu setuju sekali.

Jaga kau-kau semua hari ni ~ Personal e-mail (yang 2 minggu lebih aku tak check), FB, dan kerja-kerja design rumah cousin aku yang aku tak mula-mula lagi. Akan ku belai setiap dari kamu dengan penuh kasih sayang, hari ni dan esok.

f~

Tuesday, November 13, 2007

10-Eleven: A Long Bletiaq

Nih, akak nak bletiaq emo yang paaaaaaaaanjang sket kali ni.

1.
Abang kata, dalam sejarah post-Anwar, ada 5 demo terbesar. Known as "Demo 20 Sept 98" (penyingkiran Anwar), "Demo 14 April", "Demo Arsenik", "Demo Kesas a.k.a 100,000 Rakyat"... and the fifth biggest, was last Saturday, "Demo BERSIH", which was a coalition to call for clean and fair elections with a memorandum to be handed over to the DYMM Yang DiPertuan Agong.

And Abang, like his other activist comrades, was in all those huge rallies.

In demo BERSIH, Abang was one of the committee members, coordinating between gathering points.

I decided that it was best for me not to join Abang eventhough I was equally excited about expressing my rights as a voter. But since Abang was one of the committee members, Abang ada peluang akan kena tangkap. So, I decided that it's best to stand-by cara selamat dan sokong dari jauh. Aku tak nak nanti dah la Abang kena tangkap, aku pula nanti tah ke mana, buatkan family aku risau je.

Secondly, I didn't want Abang to get distracted in his work. Mana nak coordinate gatherings lagi, mana nak jaga aku lagi. In the event that he might need to run as fast as he could, I want him to be able to do that rather than being bogged down to ensure I'm equally safe.

Tapi hati isteri mana tak risau. Aku doa doa dan doa so that not only perjuangan ni diredhaiNya, tapi untuk Abang selamat pulang dan dengan perasaan yang puas sebab dapat sama-sama berjuang untuk hak rakyat.

Aku bangga dengan perjuangan Abang dan rakan-rakan Abang. Amat-amat bangga. Way beyond words. Sebab perjuangan ni bukan sahaja untuk seluruh rakyat, tapi untuk generasi akan datang. Untuk our future kids, my adik-adik's kids, your kids.

The night before, Abang dah pesan through mass-sms supaya attendees tak pakai baju kuning before reaching KL or even the gathering points. This was after receiving reports of blockades at all points leading to KL.

Even those yang guna baju hujan warna kuning pun kena tahan polis, disuruh buka baju hujan, dan patah balik!

Desperate tak desperate dan bodoh tak bodohnya pemerintah kita sekarang ni, kan.

That D-day, Abang bawa beg galas and packed his yellow tee, small towel and sebotol air, and asked me to send him to the bus-stand at the badminton stadium after getting infos about a lot of blockades done by the police either on the roads or even on the Star LRT and commuter.

Aku pula dah berjanji dengan Ahy nak pi beraya ke rumah Pak Chah&Induk Ros di Serdang and Cik Wan&Ayah Ki di Keramat since Raya pun dah nak habis.

After a while at about close to 12pm, Abang sms-ed, informing that he managed to get onto a bus that stopped at Masjid Jamek, which was supposed to be his meeting point. Alhamdulillah.

Abang cerita, dalam perjalanan nak masuk KL, jalan dah mula jam. Ada la dua makcik near the bus-driver dok keluh kesah sebab jam.

"Dengar-dengar ada demo haram, sebab tu jem ni...", one of the Makciks commented.

Tiba-tiba, bus-driver kat depan Makcik tu mencelah, "Diorang dah minta permit, tapi polis yang tak kasi... bukannya tak minta permit!" Terus dua makcik tu terdiam. Abang senyum je, bangga for the bus-driver's silent support.

At the stop near Masjid Jamek, Abang turun. Abang nampak orang raaaaaamai sangat, tapi tak de pun yang pakai baju kuning.

But when he came out of the mosque after changing into his yellow tee, tiba-tiba keliling Abang penuh dengan orang berbaju kuning! Terus terasa gelombang semangat perjuangan yang berkobar-kobar sebab happy sangat yang ramai orang turun, coz it means that orang ramai faham hak diorang sebagai rakyat... perlukan pilihanraya adil dan bersih!

Aku di kejauhan di rumah Pak Chah di Serdang masa tu, risau je. Dah la mendung semacam. Pak Chah yang suatu ketika dulunya memang kaki demo, macam gatal-gatal nak join tapi terasa macam kurang kudrat. Asyik la dia ber-sms dengan kawan-kawan dia yang berkumpul kat Plaza DBKL.

Dari rumah Pak Chah, aku and Ahy tuju rumah AyahKi&CikWan di Keramat at around 1.30pm.

On the way out of UPM Serdang, we had to go through one police checkpoint and saw the highway which was parallel to us jammed up to a standstill! Dari tol Sg.Besi jam till tol Kajang! I'd say that that's almost 5 kms of jam! Gila.

Di MRR, jam macam biasa je. So we reached Keramat uneventful. But AyahKi told us that he also almost joined his friends for the gathering, tapi bila dapat tahu yang aku and Ahy nak datang beraya, terpaksa lah dia batalkan.

By then Abang kata dia dah di Masjid Negara sebab crowd di Masjid Jamek dah ada orang lead and pantau, and when he went to check the crowd di CM pun dah ada orang lead and pantau. So dia terus join berkumpul berteduh di Masjid Negara since hujan turun dengan sangat lebatnya.

Hence, Abang wasn't where he was supposed to be, that was at the Masjid Jamek area, where the water-cannon and tear-gas fiasco happened, Alhamdulillah!

Abang sms lagi, "...orang ramai sangat, ada 40000 orang atas jalanraya menuju ke Istana Negara!"

Aku baca sms tu 2,3 kali nak pastikan '0' tu ada berapa... ada 3 ka, atau 4 ka. When I realised it was FORTY-THOUSAND, I was like, wow, Alhamdulillah! Pak Chah pula sms-ed that his friend from near the bangunan DBKL said there were prolly 50k people on the roads.

Oh Z@M, pastinya egomu berada di tapak kakimu masa tu for passing a remark ~ "Do you believe thousands of people will be coming for the rally? Don't be so silly as to be taken in by them. Even the Umno annual meeting could not gather such a number of people," prior to the gathering. Ha ha!

Boleh tak, dia nak samakan non-political gathering dengan political gathering macam perhimpunan UMNO tu??? hahahaha. Macam mana la orang bodoh macam ni Pak Lah boleh letak as Minister. In fact, sebenarnya ada so many minister bodoh lain at the helm of our administration. Yang bagus-bagus suma tak lama ada kat atas. Tak pun, tak jauh pergi. Takat-takat jadi Datuk Bandar untuk 2 tahun, atau jadi KSU je lah.

Alhamdulillah, by 5.30pm Abang called and asked me to pick him up at the Old Train Station. Aku happy sangat tengok Abang happy. Bersemangat Abang ceritakan keadaan masa demo.

Abang said, there were so ramai orang on the road towards the Istana Negara that no police, SB nor the FRU berani nak buat kacau. In fact, the water-spraying and tear-gas at the Masjid Jamek was a blessing in disguise. Ada juga kelebihannya anjing-anjing merah tu bodoh-bodoh belaka. Their stupidity had made the Masjid Jamek fiasco as a decoy and distraction to all other remaining groups that the huge 40k or so crowd that marched towards the Palace tak de kena kacau apa pun.

And subsequently the stupidity of the instruction that road blockades to be done all around the perimeter of KL, which had caused massive jam sampai ke Serdang nu, was also indeed a blessing in disguise. FRU back-ups couldn't reach the Palace on time. By the time the back-ups sampai, crowd dah pun dispersed, Abang kata sambil gelak-gelak.

Aku pula, tak putus-putus bersyukur Abang dan rakan-rakan semua selamat, Alhamdulillah.

2.
Malam lepas demo tu, Abang terus balik Cheras dan tidur awal while I joined Ahy, Celi, Umi and Ayah to beraya rumah kawan Ahy to meet up with the folks we've never met.

Oh, that was another story about ignorance, that mom to Ahy's friend. For someone who was doing very very well, educated and cultured (or so it seemed on the surface), I was a lil bit disturbed that she was pretty much... ignorant, and bodoh, of all the happenings in the current administration. Kesian.

When we reached their house and Aunty found out that Abang could not make it coz dah tidur awal sebab penat keluar demo waktu siangnya, imagine our surprise (Umi, Ayah, and especially Moi) when she smirked at me and said, "Ya Allah... kenapaaaaa la buat benda yang tak berfaedah macam tu? Pergi susah-payahkan diri berdemo, buat apa??" And then she turned to Umi Ayah as if tak percaya yang Umi Ayah actually allowed the menantu to keluar "buat benda tak berfaedah".

When I said, "Itu passion dia, Aunty. Itu perjuangan dia. Lagipun, dia part of the AJK Demo, sebab tu lah letih sket,", makin menjadi-jadi smirk dia with "ish ish, tak faham kenapa susahkan diri macam tu, hehehehehe". Umi Ayah diam je, malas nak cucuh api lagi. Timing tak perfect lagi for them to defend me, I guess.

Then, masa kat meja makan, Aunty terlepas cerita how Uncle has this one cousin yang "suka lawan-lawan cakap kita. Suka sangat caci maki kerajaan, padahal makan duit kerajaan tu!" while looking at me seolah terlupa yang laki aku ni pejuang reformasi. Aku terus gelak-gelak and touched her hand and announced to the world, "Aunty, Aunty don't need to tell me all these ok, coz my husband sendiri pun cacimaki Parti Pemerintah, and I am on his side!" and she terus tutup mulut dengan tangan and said sorry sambil gelak-gelak.

Nah, then the 'education' started! Almost the entire night, she was educated by us all, including by her own husband, of the wrongdoings and complacencies of the Parti Pemerintah! Hahahaha. I suppose, having left work for more than 2 decades now, she had believed the medias entirely more than she should have been. Oh how she was blinded by it all. Like as if she was trapped in a time-warp or something! Kesian.

I hope my parents and I had made her think deep and hard after that dinner.

3.
Aku datang kerja hari ni and overheard ada yang complained about the traffic standstill on Saturday, that they have wasted some huge amount of time on the road.

I want to presume that my officemates were complaining about the blockades, and not the gathering, that resulted the massive traffic jam city-wide.

I want to presume that my officemates (and you readers) realise and at full knowledge that, say, if our pemerintah tak takut of the gathering, they would not instruct the police to hold the blockades and checkpoints eversince two days prior to the gathering.

They would not instruct to allow only one tollgate to open at each toll-points, just to vet every vehicle coming into KL.

They would just let those buses from Johor, Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu in.

They would allow the Star LRT to stop at Masjid Jamek and Bandaraya.

They would not direct the commuter trains to not stop anywhere before Kepong.

In short, the police and high administrators could just let us go on with our everyday lives that day without disrupting anything, and provide us with the security protection that what you tax-payers are paying them for... instead of turning their backs against you.

Betul?

On that day, Depan Palace aje dah ada 40,000plus people. Yang kena sembur di Masjid Jamek prolly ada close to 10,000.

Yang atas bas-bas & kereta-kereta & motor-motor yang ditahan atau yang terkandas, tah berapa ribu lagi.

Aku rasa, kalau tak ada blockades hari tu, boleh tercapai sasaran Perhimpunan Aman 100,000 Rakyat.

In fact, since it's Perhimpunan Rakyat, adalah sepatutnya para MP encourage their constituencies to join the rally for a fair and just elections. Ini tidak. Takut. Macamlah rezki tu terletak dalam tangan pemerintah dan bukan di tangan Tuhan. Jawablah masing-masing dalam kubur esok.

And I hope those yang terasa macam telah menghabiskan masa muda, stuck dalam traffic on that Saturday tak akan berfikir yang those thousands of demonstrators macam ada banyak sangat masa seolah-olah macam tak ada anak bini, tak da kerja, tak de sedara-mara or rakan-taulan yang buat kenduri-kendara or open house hari tu, tak sama-sama bayar cukai, tak da bisness juta-juta dan tak da hidup worth living.

Coz those tens of thousands of demonstrators were actually fighting for you and your kids and family, with their time at their own dispense.

4.
Ingat tak lagi perhimpunan bantahan kunjungan US Secretary kat KLCC dulu, done by Ameno, led by K(e)J(i)? I remembered how that perhimpunan was so kurang ajar and provocative, as he would've always been. Aku tengok dalam TV pun aku malu nak ngaku aku ni rakyat M'sia. Tapi, mahu pula polis luluskan permit untuk orang-orang keji macam tu.

Kat sini, aku ni memberi buah fikiran bukan atas kapasiti sebagai seorang isteri pejuang reformasi, tapi sebagai seorang rakyat yang sama-sama membina negara, sama-sama memilih untuk diperintah secara berwibawa & saksama, sama-sama bayar cukai in hopes that you could reap the benefits that can equally benefit other people.

Aku tahu keupayaan aku untuk cha-alip-bot and lari dari negara ni and kerja overseas like how my other mates are doing now. Besides, Abang could've make more money being a political cartoonist overseas.

Tapi bak kata Abang dulu bila aku pernah ajak Abang ikut jejak kawan-kawan kami yang kerja di luar negara: Macam mana Abang nak physically berjuang untuk negara kalau duduk jauh sangat.

Kalau hangpa semua ada akai boleh pikiaq, fikir lah mana logiknya benda-benda ni semua. Dan kalau hangpa semua duk diam peluk tubuh rasa selamat ... samalah hangpa semua duk bersubahat dengan pemerintah yang kejam, sebenarnya. Tak pa lah kalau tak buleh nak support secara dekat dan secara fizikal pun. Support cara jauh pun dah memadai. Doa pun dah cukup mustajab dari segalanya. Supaya negara kita would be a better place for our next generation, tak kira bangsa, tak kira agama.

Also, bila aku tengok gambar ni dari entry di blog Haris Ibrahim (who aptly coined the term "10-Eleven" for the rally! Coolness!), aku jadi malu sebab dia yang tolong juangkan untuk hak aku. Korang pun sikit sebanyak patut rasa malu juga.

Terima kasih, Amri dari Shah Alam! You certainly are the epitome of Perjuangan!

5.
Baca sendiri lah macam mana the authorities bekerja keras untuk confusekan demonstrators, here at Tian's blog. Menarik gila. Shows how desperate the Parti Pemerintah was.

And really good reading on the BERSIH rally from Jeff Ooi, here and here. And of course from Tian himself as the commander of the whole batallion, here. And this, Nat's clever photo-entry..."these pics speak well more than 4,000 words.", since it was reported on the local medias that there were only 4,000 demonstrators, Hehe.

Tapi, LAGI BEST if you baca sendiri pengalaman (+ really good snaps of the rally) from a couple of photojournalist bebas who were out in the field just to exercise their talent and passion, Amir, Jinggo and SueAnn.

And of course, it goes without saying... harus singgah di Pak Anwar's and see his side of story. Here and here, video perhimpunan bersih oleh BBC & CNN dan oleh Malaysiakini, and interview by Al-Jazeera that was aired the same day of the rally until the wee hours of the morning.

Rasa bangga that the perhimpunan rakyat ni has brought everyone together... tak mengira bangsa, agama, kedudukan dan pangkat. I managed to read too how the Unit Amal PAS (in maroon t-shirts that you see a lot in the rally photos) who acted as marshalls and bekerja penuh disiplin dan berdedikasi to protect and discipline the demonstators, and how the lawyers from the Badan Peguam semua stand-by to help those yang ditangkap by the authorities.

6.
Lagi satu.

Actuallynya, antara kawan-kawan dan relatives aku, aku dah lama pendam benda ni:

Please, PLEASE do not pass racist remarks about other races infront of me and especially Abang.

Please do not forward us emails about what other races think about the Malays, because anger and bitterness would not arise from them out of nothing. Kita ni sendiri kena cermin diri kita kenapa orang lain dok marah sangat ke kita.

Please, PLEASE do not pass labels such as keli*g or n*gro infront of me for immediately I would look at you with lesser respect.

Not only it's so un-Islamic to be doing so to other races, it doesn't portray you as a citizen yang nak hidup aman damai bawah satu bumbung.

Walaupun aku sangat-sangat bangga jadi orang Melayu dengan segala adat-resam, culture dan tatasusila Melayu, but, what is so superior about being just us living in the country???

Kalau the whites being racists to the blacks in the U.S, kita dan satu dunia akan cacimaki. Tapi kita sendiri???

7.
Maka, dengan itu, sekian sahaja leteran dari akak.

Yang buruk itu datang dari akak. Yang memberi hidayah dan petunjuk, hanya Allah s.w.t semata-mata. Allahu a'lam.

f~

Friday, November 09, 2007

Dunia Ego-testikal

I seriously think that the world would have been a better place to live in, dari zaman Nabi Adam a.s hinggalah zaman persidangan UMNO sekarang ni, if 'ego' does not exist whatsoever.

Especially so when you're a woman working (and living) in a man's world, and you're good at what you're doing, and they bloody know that too.

Letih lah. Dari segala-galanya. Mental dan fizikal. Di pejabat, di rumah, dan di mana-mana jua. Especially di pejabat lah kan, 'goes without saying.

Except when I'm with Labu & Labi. 'Coz they don't seem to possess any ego. Or if they do, I wonder what it's called in cat's language.

"Mmmm-eiiiiigooouuuuwww..." ???

f~

Wednesday, November 07, 2007

Sniffing Labu and Ba

1.
Have to help a cousin for her engagement Do this Sunday, hence have to decline the offer by the Officer's Club for a stint as Adibah Noor wannabe -- M.C cum performer.

*looks into the mirror to see if nose's getting longer*

2.
Do you know that animals like sniffing each other's lubangjuboq prior to making friends?

Well, they do.

Tapi tak sangka pula Labu sampai sniff lubangjuboq Adi, no, not physically kat badan Adi, but kat gambar x-ray usus(+taik umur 6 hari) Adi, just to be sure if Adi's a friend or a foe.
Comel je.

Will story about that x-ray stuff later later alligator.

Kesian Adi, I tell you.

3.
Ni untuk adik-adik ku serta saudara-mara ku yang jauh di perantauan... Ba telah selamat menjalani operation angio semalam di IJN. Spoken to Ba & Ma late yesterday evening on the phone when UmiAyah a.k.a Cik Zan&Ayah Li went over for a visit. Ba so the very very cheery one, Alhamdulillah. Rasanya Ba dah discharged this morning.

Gambar ni masa kami lawat Ba di IJN last Sunday maghrib. Cik Wan bawa Ma, Chomey and Ila from Cik Su's, and Abg Az the bakal doktor was there to temankan Ba di hospital. Cucu mithali, Abg Az kita tu, tak macam akak engkauorang niiii... hehe.

Long day today. 3rd meeting in half an hour. Later later alligator.

f~

Tuesday, November 06, 2007

Kucing Bengkek Bengkak

1.
When I received an empty email but with this cartoon attachment from Abang recently, barulah aku faham kenapa dia paling tak suka tonton wayang sedih-sedih (macam I Am Sam, The Colour of Paradise, Children of Heaven, Osama, etc) or yang kejam-kejam (macam Apocalypto, all the New York gangster movies... even Blood Diamond) or yang romantic touchy-touchy.

Water-baby juga rupanya Abang ni, ya. Heh heh.


He loves comedies and romantic comedies. But up till now I just do not heart his appetite for cerita-cerita lawak Indon or magikal Indon kat Astro tu. Itu aku sungguh tak faham kenapa.

2.
Kalau otak aku ni sama 'effect'nya dengan kaki aku (dua-dua 'berjalan', kan?), mungkin otak aku dah sebengkak kaki aku kerana banyak sangat berkejar berlari ke sana ke mari di ofis instead of berjalan lenggang (arwah)mak enon.

f~

Friday, November 02, 2007

AntiSlip Lose Needed Menet*k Cilisos

Feel like biatching away my evening.

1.
Kenapa eh, STAR LRT tak letak anti-slip material di kerusi stainless-steel dorang tu?

Sungguh tak friendly untuk orang-orang "rendang" (as in, "pohon yang rendang", bukan "rendang ayam") dan katik macam aku ni.

Letih tau jari-jari kaki ni, nak jadi penahan untuk my larger than life bom-boms from gelungsur menghimpit kelemasan orang-orang di sebelah aku.

2.
I need fool-proof tips on how to lose 10 kilos in, errr, NINE DAYS, pleaaase!

The Officers' Club jemput aku jadi emcee AND singer for the Makan-makan Raya.

Aku kata, aik, tamaknya saya? And mana sempat saya nak keringkan badan saya jadi kecik sikit, Puan F???

Puan F, yang also one of those on the helm of the club kata, eh, boleh jadi macam Adibah Noor, whaaaat.

*Aaaack!*

Die standing la aku.

3.
Kata arwah R dulu just before we both decided to date each other, apart from love, it's also very very important to feel needed in a relationship.

"So, do you need me or not...?", he asked.

"Yes I do. What about you? You need me or not...?"

"Very...!".

Although it was wayyyyy more romantic than that, but dipendekkan cerita, we dated soon after... though shortlived due to his demise.

Sometimes I do miss that... being needed.

4.
Tengahari tadi Lina picked Khemy, Pah & I from our offices to hang-out with our other aReSPee girl-colleagues. Out of lapan semeja di Stroodels KL Sentral tu (Khemy, June, Lina, Pah, Ina, aku, Nuwul, Kak Ida), half dah keluar aReSPee, including moi.

Sedap betul bergossip di hari Jumaat bulan Syawal, mengekek tak ingat dunia. Ohhhh how I missed them all.

One of the girls, Pah, makin selim-melim. In fact, makin kurus sebenarnya!

Khemy kata sebab Pah masih menet*kkan baby dia.

Aku tanya dorang, kalau aku menet*kkan Labu Labi, mahu tak aku slim agaknya ya?

Aaaaaannnyway.

Satu di Stroodels aku tak berapa berkenaan, botol cili sos (they have, prolly, less than 3 in total, kot) kena kongsi dengan meja-meja lain. Ni mesti dorang cut the chilli sauce budget just to get that sofa-sette right at the end of their cafe inside yang orang segan nak duduk situ, seolah menayang diri macam lawa sangat.

Aaaaaannnyway.

Caiyaaaaaaaaaaaaaang kat Lina for organizing such get-together! Thanks, love! Last kita buat, tah, back in 2005 dak??? All my prayers for her new venture in I.D Design&Build company that she and her mates are setting-up. She's only 27. Berani betul. Muahs!

Khemy, Nuwul, RKM, Pah, Lina... and Ina si tukang ambil gambar

f~

Al-Fatihah...: III

Dijji's own update, and more poignant and heart-renching poem by Abg Idham.

Dan dari hari Selasa, cuaca di K.L sesuram cuaca di blogosphere...

f~
Blog Widget by LinkWithin