Tuesday, June 05, 2007

Mimpi Nyata

Malam tadi, seperti biasa, aku bermimpi yang bermacam-macam. Tapi dah tah ingat tentang apa.

Cuma yang aku paling ingat, ada satu ketika dalam suatu situasi dalam mimpi malam tadi, aku bermimpi yang aku berharap sangat-sangat Abang dapat datang selamatkan aku dan tarik aku keluar dari situasi tu.

Tiba-tiba, aku terasa badan aku ditarik dari belakang, terus aku terjaga.

Rupanya, Abang yang tarik, nak peluk.

Biasanya kalau Abang tersedar dan tarik nak peluk aku, mesti dah nak masuk waktu kena bangun tidur.. antara 5 dan 6 pagi.

“Aiyoh, dah nak pagi dah…?”

Aku pun gagah capai jam… Huh? Baru pukul 3.06 pagi? Lega…!

Inilah baru betul dikatakan “Mimpi Menjadi Kenyataan” ~ aku bermimpi supaya Abang dapat tarik aku keluar dari suatu situasi; dan roh & jasad Abang “mendengar”.

Embrace
Paul Klee
f~

8 comments:

cheguBard said...

erm dah berjangkit dah perang faisal dan zunar ke blog chegubard plak...

iksh iksh

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=16498766&postID=7756252291108246884&isPopup=true

Amy said...

Kak, thanks for dropping by and leave a comment - it was sweet of you. I still felt horrible, takde mood nak update, but nak bloghopping gak, hiburkan diri :). And of course pegi ke blog kak lin, sbb tahu sure ada citer lawak. Tell abg Zul that minit bin saat story tu gila hilarious..:D.
And you know what, Amy mimpi hari2, jarang miss. Ada je la bende nak mimpi. Yg kelakar kalau mimpi my Abang Zul ada pompuan lain, sure pagi tu bila amy sedar dia nak gi keje, Amy tutup pipi amy dgn tangan sbb takmo kasik dia cium (sbb marah kat dia dlm mimpi). Gila kan Amy? :D

Roti Kacang Merah said...

Bard,

Thanks for info. Tapi malas nak baca/layan benda-benda yang memfitnah. It's all political, and it's none of my business. But thanks anyway, ya!

amy,
Hahahahaha!!!! Kelakar tu!!!! Maybe I should just do that (tutup pipi dgn tgn) instead of tarik muncung panjang and give him the silent treatment sebab mimpi dia ngurat orang lain, heh heh.

Hey amy, hope you're feeling way better now, ya??? *hugs*

goboklama said...

auuwwww.. romantiknya... Tapi kan kenapa ek lelaki suka tarik bini at wee hour of the morning,ngacau org.nak tido jek. Pas tu kalau dah dipeluk,kita pulak trtidor smpai tk ingat dunia,terus trlajak bas lmbat pi kerje,hiisssshhhh!!

goboklama said...

baru baca pasal adi,patutla resah dlm.mimpi,syian kat u. So now camner adi? sabar ye roti ;)

Roti Kacang Merah said...

qisst
yes sangat sangat betul kenapa la suka tarik waktu dah nak pagi buat orang terlajak tidur je! heh

and thank you for the wish... Adi dah pun balik rumah since 2 nights ago. still always nervous ni coz it's always recurring... kesian ke Adi.

rotidua said...

hihihihih suka tau kena tarik cenggitu.

Tapi sampai satu kaki atas badan mau lemas berat daaa

Roti Kacang Merah said...

rotiroti

ya ya ya saya pung sangat sukaaaaa hehehe.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin