Monday, May 21, 2007

Uban Punya Cerita

Malam tadi, sambil-sambil kelebet uban Abang, I asked him whether he’s always been the most grey-haired in the family (Oh he loves calling himself the George Clooney Kg. Kilang Kecil among his nieces and nephews. Perrrrrrasan, heh).

He’s not sure. But he remembered in his kampung dulu ada orang nama Mat Uban.

Sebab dia banyak uban, I presume?

Maybe. Or mungkin sebab dulu masa muda-muda dia suka sangat pi pekan Pendang.

Wha..??? Apa kaitan???

Ye lah, suka pi pekan, orang pun panggil la Mat Urban, terus lekat jadi Mat Uban.

Kwangggg kwang kwang.

Dua-dua: *giggle giggle giggle*

Ada lagi satu kawan Abang, namanya Man Gula. Cuba teka kenapa.

Mmm, sebab dia suka air atau makanan dia manis-manis? Or, sebab mulut dia manis, suka gula-gula ayat?

Taaaak, dua-dua salah.

Abis, naper?

Sebab masa dulu, setiap kali ada lawan bola kat kampung-kampung atau pekan, dia MESTI ada. Jadi, orang panggil la dia Man Regular. Terus melekat jadi Man Gula! Hahahahaha!

Tipu la Abang ni!!!

Laaaaa, betullll!!! Dia ada lagi hidup kat kampung!

Dua-dua: *giggle giggle giggle*

Habis, Abang dulu, orang gelar apa?

Hmm, orang-orang Siam kat kampung Abang panggil Abang sebagai "Soon", sebab depa tak reti sebut huruf "z" dalam "Zun".

Iyaaa ka???

Iyyyaaaaa. Sebab itu, dalam hp Abang, Abang save nama Kak Tun as "Seton". Depa bukan pandai sebut "Zaitun". Depa sebut "Seton".

Dua-dua: *giggle giggle giggle*

Alin ingat tak Bukit Raya yang kita kena lalu kalau nak balik rumah Mak? Sebenarnya, nama tempat tu ialah "Bukit Raja". Tapi sebab org Siam sebut "j" jadi "y"(and vice versa), terus jadi Bukit Raya.

Oooo...

Jadi, bayangkan kalau Penyimpan Mohor Besar Raja-raja tu orang Siam, mesti dia kata, "Saya, selaku Penyimpan Mohor Besar Raya-raya, setelah meneliti haribulan Islam mengikut rukjah, kini mengisytiharkan esok yatuh Hari Raja Aidilfitri..."

Dua-dua: *giggle giggle giggle giggle giggle giggle*

Atau, kalau Alin sendiri orang Siam, boleh la kata, "Saya kerya kerayaan. Hari-hari gojang kaki. Huyung bulan, gayi masuk, terus pegi yoli..."

Abang neiiiiiiiiiiiiiiii melampau la tuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Dua-dua: *gelak besar gelak besar gelak besar*

... and all these started from uban...

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin