Wednesday, May 23, 2007

Awangs & Dins

Petang semalam, di kala di dalam kereta mengharung jam dalam perjalanan pulang dari kerja….

Abang dah baca Uban Punya Cerita kat blog Alin?

Dah. *sengih*

… and? OK ke tak?

OK! Cuma Abang ada tertinggal nama, la ~ “Awang Didik”. Cuba teka kenapa nick dia “Awang Didik”.

Ummm… sebab dia cikgu yang bagus?

*Abang geleng* Tak.

Dia yang pertama buka taska kat kampung?

*Abang geleng lagi* Tak juga.

Atu?

Sebab dia rajin bela ayam didik yang katek tu, terus orang panggil dia “Awang Didik”!

*guffaw guffaw guffaw guffaw sambil aku ketuk-ketuk dashboard kereta*

“Awang” lagi satu is “Awang Saja”.

Yang tu kenapa pulak?

Seingat Abang, sebab dia suka mai rumah orang bila part-part makan free aja… saja-saja suka datang. Tapi kami suma buat lawak, agaknya nama gelaran untuk “Awang” dah habis, jadi bila orang tanya “Awang hat mana satu???”, orang pun jawab “alaaaah, hat Awang saja tu laaaa!”. Jadi terus melekat nama, “Awang Saja”!

Abang neiiii, tipu, lah!!!

*guffaw guffaw guffaw guffaw sambil aku ketuk-ketuk dashboard kereta*

Laaaa, beeeetuuuulllll…. Baru 2,3 tahun lepas dia dah arwah. Dok dekat rumah Moamat hat tepi jalan dekat dengan rumah mak nu!!!

*senyap seketika… and soon we passed Jalan Chan Sow Lin*

Haa, masa Abang keja kat kilang besi Li@nYeet ni dulu, Abang ada kongsi rumah dengan budak-budak lain kat Jln Chan Sow Lin 3. Ada sorang kawan Abang ni, orang gelar dia “Din Empat Inci”!!! Hahahahaha!!!

Haahhhh???? Hahahahahaha naper??? Sebab anunya panjang Empat Inci ke???

Entah, Abang pun tak pasti. Tapi dia memang small-sized lah. Tapi, tu duluuuuuu. Sekarang Abang pasti gelaran dia dah lain.

Naper? Apa gelaran dia sekarang?

Ye lar, la ni kan dah tukaq sistem metrik…mesti orang panggil dia “Din Sepuluh Sentimeter” pulak!!! Hahahahaha!!!

*guffaw guffaw guffaw guffaw sambil aku ketuk-ketuk dashboard kereta*

Rossssssak.

++ Nama-nama di atas bukan rekaan semata-mata, dan ada kaitan antara yang hidup dan yang mati. Tapi nama-nama tersebut hanya sebagai punca bercerita dan bergurau-senda di antara sepasang suami isteri kala mengharung jam, ya…bukan bertujuan untuk menghina sesiapa! *grins* ++

f~

7 comments:

Amy said...

Lawak la.. tergelak amy depan laptop ni. Kalau kat my kampung Perlis, mmg ada nama2 gelaran ni coz mama said sometimes there were more than 1 people with the same name and therefore, wujud la gelaran kat belakang nama tu.. some names that I could not even imagine, mmg gelak kalau mama cerita :D

Sikenit Comel-AminBakish said...

perbualan yg menarik dan menghiburkan... hehe :D

Roti Kacang Merah said...

amy, agaknya kat utagha (& pantai timur) memang gitu, kot! Maybe you should equally collect and record stories like this from your Mama... generasi muda tak berapa tahu dah pasal ni, kan? :D

Auntie to Aminbakish, it's my aim dah sekarang ni ~ nak record apa-apa cerita yang AbgZul suka kongsi, untuk tatapan anakcucu esok-esok hehehe

goboklama said...

done! silalah menjengah ke blog beta sekarang! :)

Roti Kacang Merah said...

qisst, hehehehe tak sabar tak sabar!

Roti Bakar said...

Seorang lagi kawan masa kat sekolah rendah. Nama dia Baharuddin T***.

Kat sekolah cikgu, budak-budak pangill dia Awang Bodo. Nak tahu kenapa?

Pasal dia tak pandai!

Roti Kacang Merah said...

Abang, hahahahaha boddddddddddo laaaaaa hahahahahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin