Friday, April 20, 2007

Tandas, Merdeka dan Botol

Aku SUKA entry Tok Rimau tentang Kongsi Tandas dan Jalanraya. Baca baca baca.

Kalau kau Cikgu, Cikgu Besar, Wakil Rakyat, Wakil Negara, Duta, Menteri, Pemimpin Organisasi, Pemimpin Negara, Manager, Machai, Tok Imam, Tok Mudim, Pakar Jantung, Pakar Gigi juga rakyat jelata biasa sila baca baca baca entry Tok tu, pi.

***

Ingat tak aku pernah cerita dulu pasal kawan aku Fairuz yang dapat Ar. tu?

La ni, Fairuz, suami (Shidin) and daughter dah bekerja di U.K. Depa berdua adalah antara professional-professional yang sangat-sangat bagus dalam pekerjaan mereka tetapi tidak dibayar setimpal dengan bebanan kerja serta layanan kerenah di tanah air sendiri.

Fairuz dan anak tinggal di Dorset sebab Fairuz dapat kerja di Dorset. Shidin the graphic designer pula dapat kerja di London so berulang weekend ke Dorset.

Korang bayangkan, employer Shidin beri keizinan untuk Shidin kerja 4 days a week for him to spend 3 days with the wifey and girl. It's like, I guess for Shidin's employer, kebahagiaan keluarga dan rumahtangga akan lebih membahagiakan the employees dan membuatkan employees bekerja lebih focused and efficient.

And yet, baru-baru ni Si Bibir Merah suruh the civil servants kalau boleh kerja 10 jam 6 kali seminggu supaya dapat meningkatkan produktiviti negara.

Untuk orang bergaji besar macam kau, boleh lah nak abaikan bini dan anak. Sua je duit ke anak bini bcoz Daddy too busy to layan you all lah, mulut terus diam. Tak kisahlah kalau anak bini terumbang ambing ke mana-mana kan, asalkan produktiviti negara meningkat. Cuba engkau jadi orang bawahan (yang betul-betul orang bawahan, even bawah dari aku), diminta kerja 10 jam tiap hari tapi gaji macam orang kerja 4 jam sehari pastu anak bini tah ke mana... kau ndak?

Hah. Salam Merdeka 50, beb.

Tapi sebenarnya, aku digress ni, heh heh.

I actually wanted to promote Shidin's global Merdeka50 pics&wishes / essays project ni. Aku dah pun contribute. Begitu juga Tok Rimau serta beberapa rakan lain. Anda pula, bila lagi??? *grins*

***

Korang pernah tak nampak (atau dengar) masa demo-demo jalanan dulu, ada sorang dua mamat yang berkobar-kobar provoke kerajaan, jerit-jerit Reformasi! Reformasi! Reformasi! dengan begitu marah yang tak dak ampun punya mengalahkan orang lain di sekeliling, and then siap baling kata-kata nista serta barang-barang ke FRU, tiba-tiba terkantol orang tu ada pistol terselit kat belakang seluar? Rupa-rupanya dia SB (Special Branch) yang disuruh jadi mole among the demonstrators!

Apa lagi, habis kena belasah la mamat tu dengan the demonstrators. Heh heh rasakan kaawuuuuu.

Ni cerita benar, ok. Bukan urban-myth punya. Sebab Abang sendiri yang menyaksikan semua ni first-hand.

Maka, begitulah juga dengan halnya on the alleged PKR supporters in Ijok yang baling-baling botol dan kayu semalam. Aku memang tak seronok nak telan cerita tu bulat-bulat. Sebab aku tahu yang aku masih bijak nak berfikir yang, pertamanya, media-media ni memang bias dan kaki ampoo. Dan keduanya, di dalam sejarah sebarang pencalonan bercampur, yang selalu guna taktik kotor dah sentiasa diketahui sebagai si Dacing... pengundi hantu, membayar provocateurs, menukar nambah IC, etc.

Cuma yang aku sedihkan, kebanyakan dari rakyat kat luar nu terutama-tama sekali di semi-pedalaman macam Ijok tu dah ditutup dan dikawal pemikiran & exposure mereka by the shallowness of the media, maka pasti akan percaya dengan apa yang dihidangkan depan mata.

What You See is not at all What You Get over here, baby. And just why they still cannot see that is so beyond me.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin