Tuesday, April 17, 2007

Ijok Yang Mengujakan

Belum sempat aku sampai ke pintu pejabat aku pagi tadi, ada sorang very respected senior officer stopped me on my tracks, tanya pasal calon PKR di Ijok malam ni (maklumlah, laki aku kan aktivis PKR. Kot lah aku ada dengar cerita apa-apa, kan). Apparently, dia suka sangat kalau Tan Sri dicalonkan. Dia kata dia dah tanya sendiri orang-orang kat Ijok. The feedback that he got was that Tan Sri ada peluang menang besar. Melainkan kalau BN main taktik kotor macam biasa tu kan ~ hantar pengundi hantu segala.

Aku terus teruja.

Aku sms Abang, aku nak cuba sekali experience berada di penamaan calon kat Ijok malam ni, boleh? Macam aku pernah experience bercampur dengan orang-orang berdemo (tapi aku tak pernah berdemo sama. Tak berani, sebab kalau Abang kena tangkap, aku kena stand-by. Aku cuma dok perati ambil-ambil gambar and borak-borak dengan kawan-kawan Abang yang berdemo aje).

Abang balas, nanti dia check jadual perjalanan dengan Datuk Yeop and Abg Zul Noordin. Tan Sri's a very close friend to them both. Abang pun nak pergi, nak beri sokongan dan nak cover untuk berita.

Aku sangat teruja.

Aku siap sms UmiAyah di Makkah supaya doakan kemenangan besar... bermulanya suatu letusan perjuangan yang besar. Aaaaamiiin.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin