Thursday, April 19, 2007

First Architect in Malaysia

Semasa penggubal soalan PTK Senibina berkumpul dengan Timbalan Pengarah Bhgn Penilaian Kompetensi En.M tempohari untuk 'memurnikan' soalan peperiksaan, En.M banyak tanya soalan mengenai senibina kepada kami. A very well-rounded and knowledgeable person he's become. Hal Ukurtanah dia tahu, hal kesihatan dia tahu, hal engineering, hal senibina, hal tumbuhan... maklumlah, dia dah 'murnikan' beribu-ribu soalan daripada berpuluh-puluh jabatan.

And then En.M tanya,

"So, agak-agak you all, siapa agaknya Arkitek pertama di Malaysia ni ya?"

Our TP Bhgn Rekabentuk En.J jawab dia tak pasti.

Tapi Abang Dinzja, the same Abang yang buat lawak in my entry Lolling Tongue dulu, cuba buat lawak lagi by answering, quite seriously:

"First Arkitek in Malaysia, tak sure lah siapa. Tapi, first Ar. (prefix for qualified Architect), saya rasa saya boleh agak sapa."

Semua yang ada kat meja pandang dia.

"Siapa?" aku tanya. Tapi dalam hati aku macam dapat rasa yang Abang Dinzja nak buat lawak ni. Macam biasa dia la.

Dengan selamba juga Abang Dinzja jawab, "First Ar. in Malaysia dah pastinya A.R.Tompel."

And everyone burst out laughing. Chaisss, terkena lagi dengan dia. Orang semua tengah damn serious memurnikan soalan terus tak da mood nak jadi serious dah.

f~

note to Mak Mah and Adlin Aman Ramlie:
Maaf Mak and Abg Adi, guna nama arwah buat lawak, heh heh.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin