Wednesday, February 14, 2007

Yang Mahsyuk

Ada sorang minah ni, kawan rapat kepada kerani bawahan di pejabat, tapi dari jabatan lain. Selalu lepak kat ofis aku, tapi tak pernah nak ringan mulut menegur sapa atau bermanis muka dengan kami penghuninya. Aku yang rajin menegur sapa dan rajin bermanis muka dengan orang pun, dia tak pernah nak balas balik. Sehinggakan berbulan-bulan dia suka lepak sini, aku dan kebanyakan anak-anak buah yang lain di pejabat aku masih tak tahu apa nama dia. Sungguh kurang manis aku rasa.

Tadi, sedang orang di keliling sibuk uruskan pentadbiran ofis, dia main YM. Hari-hari lain sebelum ni pun orang tak pernah menegur yang dia salah kalau ber-YM di tempat kerani aku tu, takkan tiba-tiba hari ni dia tak boleh main YM pula kan?

Malangnya, hari ni hari panas hati aku, sebab kerani-kerani aku cuai apabila memfailkan surat-surat. Maka, certainly its’ a wrong timing baby to skive at our office at 3pm right underneath my big huge nose, YM-ing away your bloody time.

Aku sedang sibuk men-xerox surat di belakang dia. Namun dengan nada manis, aku menegur,

“Komputer you kat office tak de YM eh?”

“Hah???” (mungkin orang tak ajar dia bahawa adalah lebih manis kalau menyahut “Ya??” terutama sekali kepada kakak yang jauh lebih tua, apatah lagi kepada seorang pegawai pula tu.)

“Komputer you, kat ofis you, tak de YM ke?” aku ulang, mesra, maintain.

“Ada!” Tanpa berpaling barang sesaat pun.

“Ooo ye ke. Mmm, memang suka YM kat ofis orang, ya?” Aku memancing, lembut tapi harapannya pedas.

“Apa dia?” Tanya dia lagi, unperturbed.

“You memang suka YM kat ofis orang ke?” Sedikit tinggi dan keras kali ni. Rimas. Sebab mata kepala hati telinga dia adalah YM semata-mata pada ketika itu. Derianya buta, tuli dan bebal sudah.

“Tak ah. Rosak.” Jawab dia, selamba.

“Ooo. Ingatkan you suka YM kat ofis orang.” Sindir aku, tak pasti dia sudah mula terasa ke tidak.

Ada sorang minah ni, dari jabatan lain, selalu lepak kat ofis aku, tapi tak pernah nak rajin menegur sapa atau bermanis muka dengan kami penghuninya. Sungguh kurang manis aku rasa.

Dan sedikit pun aku tak kesal kalau aku tak popular.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin