Monday, January 22, 2007

Parked Van

Abang kata, nama Korea “Park” tu maknanya “Abdul”.

“Iyyyeaaaaa ke???” aku tanya, mockingly.

“Iyyyyeaaaa,” Abang jawab, convincingly.

“Tengok tu ~ Park Ju-Bong, Park Ji-Sung, Park Chung-Hee… tu semua Abdul Ju-Bong, Abdul Ji-Sung, Abdul Chung-Hee lah tu…”, Abang olah, penuh yakin.

“Addddaaaa ka gitu??? Kalau macam tu, tah-tah, nama Belanda “van” tu maknanya “bin” tak?” aku tanya.

“Mungkin jugak. Ruud van Nistelrooy, van Houten, Robin van Perise…” Abang jawab.

“Wah, kalau macam tu, Abang pun boleh guna “van” jugak… Zul van Anwar. Rosley van Abdullah. Anwar van Ibrahim. Jadi orang Belanda gitu…”.

Giggle giggle.

“Alah, tak heran. Kat Pendang pun, Abang ada kenal orang Belanda gak,” Abang mused.

“Ehh??? Ada meh orang Belanda nak datang Pendang???” I mocked again.

“Addddaaa…. Nama dia, Pemandu van Kilang,” Abang jawab selamba.

Gelak gelak gelak besar kat Restoran al-Malik tu, sambil makan malam.

Boleh?

More readings on Korean “Park” and Dutch “van”.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin