Wednesday, January 31, 2007

Ngiangiang

Sedari pagi tadi di pejabat, tak semena-mena telinga dan otak aku terngiang-ngiangkan satu lagu...

Waktu semalam, bung
Aku bermimpi
Bertemu ular, bung
Besar sekali

Ular menggigit, bung
Jari kaki ku
Setelah menggigit, bung
Ular berlalu

Ku picit-picit, bung
Darah keluar
Aku menjerit, “Aduh!”
Hingga tersedar

Apakah itu, bung
Erti maksudnya
Impian semalam, bung
Amat seramnya...


Aku call Umi. Aku nyanyikan ke Umi. Umi nyanyi sama-sama separuh jalan, antara ingat dan tidak. Umi kata, tajuk dia "Mimpi". Tapi tak ingat penyanyi asal siapa.

Aku call pula Abang. Aku nyanyikan ke Abang. Abang pun nyanyi sama-sama, hampir sampai habis, walaupun liriks berterabur. Abang kata, tajuk dia "Mimpi Digigit Ular" (dalam hati aku kata, ish, macam tajuk karangan lah pulak, kan). Abang pun tak ingat penyanyi asalnya siapa. Tapi di M'sia, it was made popular by Uji Rashid. Bezanya, instead of "Bung", Uji guna "'Bu", seolah-olah nyanyi pada Mak dia.

Aku google "Uji Rashid Lyrics", and tu diaaaa.... ada lagu tajuk "Impian Semalam".

Tapi, aku tetap tak puas hati. Siapa lah penyanyi perempuan asal lagu ni. Eiii.

Ngiang ngiang ngiang... la la la la la

** Jom jenjalan tengok...
Mathilda's complete weird and fun photo albums



Kalau Mamat ni boleh buat, mengapa tidak kamu???
la la la la la

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin