Monday, July 31, 2006

She's Baaaaack!

Dulu, kan. Selain daripada blog Tok Rimau sebagai sarapan aku tiap-tiap hari, mahupun lunch atau minum petang. Aku juga turut menyantap cerita-cerita dan penulisan dari seorang penulis wanita Melayu ni. Itu pun aku terjumpa blog dia sebab blog dia dapat award The Best Malaysian Blog ke, kalau tak silap aku. Dan juga masa aku sekolah menengah dulu, aku jaaaarang tak baca article dia dalam NST (ya, dulu dia columnist dalam NST). Aku suka cara dia tulis. Suka banget.

Seronoooooook baca blog dia! Gelak gelak gelak aku kalau dia tulis benda-benda kelakar. Kalau dia tulis benda-benda sedih, mesti satu hari aku akan teringat-ingat apa-apa sedih yang dia tulis. Tapi selalunya, kalau benda-benda sedih pun dia akan tulis macam seolah-olah bendanya kelakar. Kindalike, c'est la vie - joie de vivre kind of attitude.

Tetapi, awal tahun 2005 (tak silap aku), ada orang telah sakitkan hati dia di dalam blog dia. Bertambah pula dia pun sedang cuba nak menyusur kehidupan baru setelah dilukai in quite a big way. Lalu dia tutup blog dia. Waduh. Macam satu kehilangan! Pagi-pagi dan tengahari, aku menggapai kebosanan. Rupa-rupanya, beratus-ratus lagi peminat setia dia berpendirian sama. Kami sedih, wo...

Ditakdirkan, rakan baik suami aku (tika itu masih boyfriend aku), Kak A, adalah rakan sekerja Blogger ni. Wahlauuuu, aku jerit-jerit kesukaan! Aku minta Kak A tolong sampaikan salam mesra dan rindu aku pada dia dan penulisan dia. Aku gesa Kak A minta Kakak ni sambung blogging. Ish... betapa aku minat ke dia tahap gaban (selain dari Kak Dib Noor, 'fcourse). Blogger ni pula macam tak percaya yang she has acquired hardcore fans out there yang tahap gaban macam aku ni. Ish, macam mana lagi la aku nak buat dia blogging semula, sebab, siapa lah aku ni pada dia, kan?

Suatu hari sebulan dua lepas, Kak A reminded me that the Lady Blogger dah buka balik blog dia... aku so ecstatic! Aku gesa semula suami aku supaya interview dia untuk satu ruangan dalam suratkhabar. Malangnya kan, baru hari ni aku teringat semula yang Kak A beritahu that the lady dah buka semula blog dia.

Lantas, today, being my first day at work after being away for three weeks, I googled her and found her new space!

That's right.... DINA ZAMAN and her GONGKAPASTIMES IS BAAAAACK!!!

Ahhh.... Kakak, you, complete my mornings!!! Dah, dah, lepas ni, jangan pi menghilang lagi, okay??? Promise???

f~

Saturday, July 29, 2006

Aiyoh

Aiyoh.

My blog tempate is all screwed up! Aiyoh! Kena mula dari mula balik. Eiiiiih.

Hence... all my vid clip my flickr page my links my what nots suma dah tak da...! Kena tunggu hari Isnin untuk di revive and restore balik mmmkayyy.

Ni kat cc, dah nak masuk 4 jam aku kat sini. Naik kebas boom-boom aku. Dah, dah, aku nak balik sidai baju. Kemas rumah. Cuci bilik air. Main ngan tucing-tucing. Karang adik nak datang. Esok nak balik rumah Mak.

Eiiiiih.

f~

I'm Back!

Rabu malam Khamis. Aku tidur 2 jam aje. Menelaah beribu-ribu buku dan hand-outs. Untuk peperiksaan induksi pada hari Khamis. Yang memerlukan aku untuk lulus. Agar jawatan tetap aku dapat diperakukan. Dan pada malam itu, aku. Ditemani oleh Labi yang beralih-alih tidur di atas buku aku tangan aku perut aku belakang aku.

Fuh. Bahasa Malaysia baku giler, entry kat atas nu. Maklum, 3 minggu belajar Perintah Am la Pekeliling Perkhidmatan la Sejarah la Pentadbiran Malaysia la. Adui.

Yang best tu, satu kelas duk menghafal "akibat-akibat dari peristiwa 13 Mei 69", "butir-butir Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948", "Dasar Persyarikatan dan Dasar Penswastaan", "Cabaran Wawasan 2020" dengan "Tonggak Dua Belas". SATU pun tak keluar! hahahahahaha padan muka semua.

Alah, boleh la... cemerlang, tidak. Tapi lulus? InsyaAllah. Yang penting, LULUS. Kalau cemerlang pun, bukannya dapat hadiah ke apa.

***

Macam-macam berita kematian berlaku dalam masa 3 minggu tu, kan? Pemergian seorang blogger pada 13 Julai. Pemergian seorang kerabat diRaja di tangan anakandanya sendiri. Pemergian mengejut Hani Mohsin.

Bak kata rakan aku atas semua pemergian-pemergian ini... "Ahhh, the impermenance of life..." .

Hati kecil aku sangat ketakutan. Hati besar aku degil tak bertaubat...


f~

Saturday, July 15, 2006

Not At My Desk

Dari 7 Julai 2006 (Jumaat) sehingga 27 Julai 2006 (Khamis), aku akan berada di salah satu Hotel No-Star di Ibu Kota kerana menjalani kursus wajib... induksi jawatan tetap. 45 orang kami. Dari pelbagai jabatan. Dari pelbagai umur. Jawatan Kelas A dan B.

Seronok? Pasti! Dapat kenalan-kenalan baru. Mudah-mudahan dapat mempermudahkan lagi tugasan aku selepas ini kalau ada 'cable' di jabatan-jabatan lain.

Macam-macam kami belajar dalam kursus tu! Bagi pendapat aku, sepatutnya Induksi I perlu dilakukan serta-merta apabila penjawat mulakan tugas di Organisasi, dan kemudian barulah Induksi II dilakukan apabila mendapat jawatan tetap atau naik pangkat... bukan macam sekarang (ini induksi pertama aku setelah 2 tahun di Organisasi. Sesetengah tu, induksi pertama setelah 7 tahun berkhidmat pun ada!). Barulah penjawat-penjawat baru tak bengong bila mula masuk bertugas, lebih-lebih lagi macam di Unit aku ni, di mana hampir semua staf yang masuk adalah penjawat baru untuk jawatan-jawatan yang aku atau ketua-ketua aku tak berapa peduli untuk memperduli sebelum ini! Sekarang ni lah baru nak berterabur cari skop kerja dan Arahan Kerja!


Alhamdulillah, di kursus, aku dah lepas tugasan sebagai Day-M.C (yang diafdhalkan) dan Pengucapan Awam (yang diwajibkan). Dan aku pasti aku lulus agak cemerlang dalam arena-arena bercakap tu. Ha ha syiok sendiri, tapi apa nak buat, itulah kenyataannya, ha ha! Lepas ni ada 7 esei yang perlu disiapkan sebelum 25hb, dan peperiksaan wajib induksi pada 27hb. Siapa ingat kursus ni berholiday, wehhh...

Dan ya, ya... kursus-kursus begini memang semua makanan ditanggung. Sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang... tak lupa gula-gula di setiap meja, setiap masa. Bak kata, makan tanggung, be*ak duduk. Mujur di Hotel No-Star... maka makanan pun No-Star juga. Dan dengan makan No-Star tu pun, kain aku dah ketat, dah. Kalau dibuatnya di Hotel Ada-Star dan makanan pun Ada-Star, mau aku kena ganti seluruh wardrobe aku.

Baiklah. Aku nak sambung buat kerja pejabat, lepas tu esei-esei aku.

Jumpa lagi jumpa lagi jumpa lagiiiiii.

~f

Thursday, July 06, 2006

Nervosa Part III and IV of V

Hari Selasa lepas. 4 Julai 2006. Jam lima pagi. Tarikh serta waktu projek awam (public project) pertama aku. Yang ke-3 antara lima buah. Diletakkan di atas tapak oleh kren. Kali ini di hadapan Restoran KFC. Di tepi Central Market (C.M). Di Jalan Hang Kasturi.

Central Market

Dan pada hari Jumaat ini. 7 Julai 2006. Jam lima pagi. Tarikh serta waktu projek awam (public project) pertama aku. Yang ke-4 antara lima buah. Yang akan diletakkan di atas tapak oleh kren. Kali ini di seberang jalan di hadapan Hong Leong Bank. Di tepi Jalan Tun Sambanthan.

Jalan Tun Sambanthan

Tuesday, July 04, 2006

Ooo.

Malam tadi, tika mamai-mamai di dalam pelukan masing-masing...

Abang dapat berita, KJ jatuh kuda.

Bila?

Dua hari lepas.

Mati ke?

Belum lagi.

Ooo.

Note:-
Further reading of the day.


f~

Monday, July 03, 2006

Freedom I: It's So Hard To Make A Stand

Alhamdulillah, suami dan rakan-rakan telah dilepas dan dibebaskan dari Demonstrasi Arsenik Sept 11 '99 (1).

Empat tahun, kau, turun naik mahkamah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Sekarang tinggal lagi satu perbicaraan. Demo Harakah Feb 2000 (2). Please pray for us all...

f~

Nota:-
(1) Demonstrasi membantah kemasukan arsenik oleh 'mereka-mereka yang tertentu' ke dalam makanan DSAI
(2) Demonstrasi membantah penyekatan permit akhbar Harakah




Eight Freed Of Unlawful Assembly Charge

KUALA LUMPUR: Two Parti Keadilan Rakyat (PKR) leaders and six other men were freed of a charge of taking part in an unlawful assembly in 1999.

Magistrate Azniza Mohd Ali acquitted PKR vice-president Mohamed Azmin Ali, its Youth chief Mohamad Ezam Mohd Nor and the rest without calling for their defence.

Ezam
ACQUITTED: Azmin, Ezam and six other men were freed without their defence being called.
“The court finds that the prosecution has failed to prove a prima facie case against the accused persons,” she said.

The magistrate had earlier ordered that written submissions be made after all the prosecution witnesses had testified.

However, she noted that the defence had not tendered their written submission on time and because the case had dragged on for so long the verdict yesterday was made without referring to any submissions at all.

Azmin, 41, and Ezam, 38, and the six men were charged in 1999 with committing the offence at Jalan Tun Tan Cheng Lock here at around 3.30pm on Sept 11 that year.

The six others are activist Hishammuddin Rais, 54, Harakah cartoonist Zulkiflee S.M. Anuarul Haque, 43, Tan Soi Kow, 51, Anuar Zalik, 53, Zaharuddin Ayob, 38, and Abdul Ghani Haron, 40.

A total of 16 witnesses testified in the trial that began in November 2002.

The eight were represented by lawyers Amer Hamzah Arshad, Hasnal Rezua Merican, C.V. Prabhakaran, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, Latifah Koya and Edmund Bon.

Deputy Public Prosecutor Yusaini Amer Abdul Karim prosecuted.

Blog Widget by LinkWithin