Tuesday, June 27, 2006

Takpayah

Kisah benar, malam tadi, tika mamai-mamai di pelukan suami...

A*n nak tahu citer tak?

Tak nak ah...! Acah je. Nak nak nak, nak tahu.

*giggles*

Tadi sebelum ambil A*n di lecture, Abang pi dinner di Bistro. Ada waiter baru. Tanya Abang nak apa. Abang pun kata, nak "Nasi Goreng Pattaya".

Atu?

Nasi pun datang. Tapi nak tahu nasi goreng apa yang dia bawa?

Apa?

"Nasi Goreng Petai-yaaaaa" !

Laa... tipu la Abang ni!

Laaa, beeeetolll. Nah, cuba bau mulut Abang! *haaahhhh - Abang hembus nafas ke muka*

*tutup idung* Laaa, betol lah!

f~

Monday, June 26, 2006

Because Of You

... I wished I could dedicate the song to you.

No, no. Lemme rephrase that.

I wished I could dedicate the song to you, and you would understand it. Understand how much pain you've caused us all throughout the years.

I wished I could make you understand it all, and just to have that glimmer of guilt in your eyes would suffice for us to know that you'd understand, but I know you wouldn't.

I wished all the world's love you've showered on us could conceal the angst you brought to us, but it ain't.

I pray that Allah would finally bestow upon you enough light for you to see our anguish pain and wound.

Thirty-six years out of your fifty-nine is one too many years for you to be You. I pray that soon there would be the New You. One that we hoped and wished and dreamed for all our lives.

I wished you could see the hurtful & tearful me, your allegedly Most Beloved and Treasured. Yes, yes, I've tried not to be bitter, 'coz you're the only one I have in the whole entire universe. Tried my best. But I couldn't. And at times, you make me want to give-up. Everything.

Yes, you've never seen me that weak, to want to give up the world. Coz I never showed you how messed up we all are. Coz there's no point to. Coz you'd never see them the way we want you to see them. Coz you just plainly won't...

Ya Allah, please guide him further into Your blessed light, at least well before his kingdom come. Aaaa-miin.

With much love,
A*n & Z*r

Thursday, June 22, 2006

Nervosa Part II of V


Hari ini. Jam lima suku pagi tadi. Tarikh serta waktu projek awam (public project) pertama aku. Yang ke-2 antara lima buah. Diletakkan di atas tapak oleh kren. Kali ini di hadapan Hotel Shangri-La. Di persimpangan Jalan Sultan Ismail - Jalan P.Ramlee.

Nampak je kecil... tapi, cabaran-cabarannya... waduh. Waduh. Waduh.

Tak sabar untuk yang ke-3 dan ke-4 dan ke-5.

Cepat selesai, cepat habis sakit kepala.

f~

Tuesday, June 20, 2006

Sudoku

Ahad lepas. Suami ada buat kelas untuk Puan Ainon di Taman Permata. 10 pagi sehingga 5 petang. Bengkel Motivasi Berkarya II.

Aku pula, telah dilanda suatu penyakit. Tapi sebenarnya, penyakit tu telah menyerang satu pejabat aku. Dibawa oleh Boss II aku.

Penyakit main Sudoku.

Bermula dari suratkhabar NST, Star, sehingga ke beli majalah Sudoku. Huiiii, ghalik woo. *Ghalik kalau dah tahu teknik-teknik dia lah. Tak boleh berhenti. Asyik nak nak nak. Gian woo. Tapi kalau tak tahu teknik-teknik dia dan main pakai hentam kromo je, memang mudah give-up. Di pejabat tu, tiap-tiap pagi Boss II akan men-xerox Sudoku di belakang NST untuk setiap seorang dari kami mencuba. Berlumba-lumba pula tu. Tiap-tiap pagi! Mana ada Boss macam tu? Tapi, Sudoku NST mudah bagai kunyah kacang. 5 minit dah boleh buat. Sudoku Star agak payah sikit. Tapi kalau nak lebih thrill, beli buku atau majalah Sudoku... ada peringkat-peringkat yang lebih payah dan advance.

Anyway, I digress.

Sebelum ke Bengkel pagi Ahad tu, aku buka balik suratkhabar Star yang lama-lama di stor apartmen dan aku koyak muka-muka di suratkhabar yang ada Sudoku. Aku sumbat dalam handbag, dan di bengkel Suami, aku buat habis sampai berkeping-keping.

Ah... tak puas, tak puas! Mau lagi. Lagi!

Jadi, lepas makan tengahari, aku minta izin suami untuk ke kedai buku di tingkat paling atas di Giant. Aku tengok, buku-buku sekolah je banyak di situ. Mesti tak da buku Sudoku ni, detik aku dalam hati.

"Bang, buku Sudoku ada bang?" Aku.

"Su...? Su apa..?" Abang kaunter kedai buku.

"Hmm, tak pe lah bang... tak de lah tu kalau tak tahu. Heh." Aku.

Tiba-tiba, di rak buku di luar kedai, aku terjumpa buku poket Majalah Sudoku terbitan U.S! Ohhhhh!!!!!

Aku bawa buku masuk dalam ke kaunter dalam, dan dengan girang aku tunjuk ke Abang Kaunter, "Haaa, ni lah dia buku Sudoku!!! Best wooo buku ni!" Abang Kaunter gelak-gelak, tutup kebodohan kerana tak tahu buku tu sebenarnya ADA di kedai dia.

Dan dengan girang aku bawa buku poket tu ke bengkel Suami. Aku duduk di barisan belakang. Sambil-sambil Suami buat lawak dan mengajar ke pelajar-pelajarnya, aku cuba buat Sudoku. Dua belas Sudoku dalam masa hampir 2 jam, non-stop!

Fuh. Ghalik! Mahsyuuuuuuk!

Dalam kereta, aku sambung buat lagi. Di rumah sambil Suami tonton World Cup, aku sambung buat lagi. Memang mahsyuk!

Itu, hari Ahad. Kelmarin.

Pagi tadi, aku bangun tidur, aku terasa otot leher kejang-kejang. Aku adu ke Suami.

"Itu, lah. Tekun sangat terbongkok-bongkok buat Sudoku. Dahsyat sungguh." Suami.

Fuh,
mahsyuuuuuuk!

Nah, cuba buat. Hui, besssssst!

f~

* Ghalik :
Mahsyuk



Friday, June 16, 2006

Buku Baru

Semalam. Suami aku dah dapat funder untuk terbitkan buku baru.

Finally!

Bila terbitannya? Dan tentang apa? Tunggggguuuuuuu!

Aku tak sabar nak get involve in the production of the book. Oh! Oh! Aku ada buat mental note malam tadi untuk surf balik site-site masa Tok and Abg Naga sibuk tengah mencari-cari saiz dan jenis kertas yang terbagus untuk buku kalau nak dipasarkan di kedai-kedai sama. Oh, aku teringat juga yang Ruhayat X ada tulis panjang-panjang berkisar in perkara. Ya, ya, nanti aku surf balik site tu.

Dan aku hampir pasti Tok akan baca entry ni. Hehe perasan, kan. Tapi, ye lah, kotlah, manalah tau, kalau Tok betul ada terbaca ini entry, sudi-sudilah berkongsi ilmu, ya Tok ya? Tenchu Tok! *winks & grins*

f~

Saturday, June 10, 2006

Hitz '91

Ada satu lagu top. Masa tu aku tengah buat Persediaan A-Levels di MRSM Seremban. Pertengahan tahun 1991. Lagu tu tersangatlah topnya. Dan untuk tahun-tahun berikutnya, mana-mana kompilasi CD lagu-lagu cinta mahupun rock ballad pasti akan ada lagu ni.

Siapa tak kenal lagu More Than Words oleh kumpulan Extreme!

Tapi sangkaan ku meleset.

Suatu petang, aku dan suami ke kedai DVD berdekatan rumah. Tuan Kedai buka lagu More Than Words.

Aku, "Aiyoh, nostalgianya!"

"Lagu siapa ni?" Suami.

"OHHHHH My God. Abang tak tahu lagu ni?? Satu dunia tahu woo!! Labu & Labi pun tahu lagu ni tau!" Aku.

"Tipu, lah. Abang tak tahu pun lagu ni, pasti lagu ni tak se famous yang di sangka." Dengus Suami.

"Tak caya? Nanti A*n tanya orang. Tunggu!" Aku.

Aku pergi ke kedai dobi-cum-kedai jahit di sebelah. Auntie pertengahan umur, Tuan Punya Kedai, sedang melayan pelanggan hantar dobi. Suami menjenguk, tapi tak masuk.

"Auntie! You kenal tak lagu kedai sebelah sekarang?" Aku.

Auntie pertengahan umur pasang telinga sekejap.

"Kenal, maah. Famous apa. More Than Words neeeeh..." Auntie.

Aku terus gelak-gelak, ucap terima kasih pada Auntie pertengahan umur dan paling semula untuk keluar dari kedai untuk berjumpa Suami.

"Kan? Kan? Kan dah kata, lagu ni very famous! Makcik tua pun tahu, Ha Ha Ha Ha". Aku.

Suami mendengus lagi.

"Meh A*n dedicate lagu ni ke Abang, otey? Lepas ni, kalau orang tanya, Abang kena jawab, 'Wah, ni lagu very famous woooo!'." Aku.

Suami sengih-sengih.

Maka, videoclip streaming yang aku tampal kat bawah ni, di dedikasi buat Suami tersayang. Tapi kan Bang, rasanya liriksnya lebih ke arah Abang dedicate ke A*n daripada A*n dedicate ke Abang. Heh.

Love!




f~

Friday, June 09, 2006

AF Punya Pasal

Sejak tahun 2003, ada satu pet-shop a.k.a klinik haiwan mini di Bangi yang memang aku dan adik-adik frequent. Depa dah kenal kami dan Adi si kucing. Selalunya aku hantar Adi ke situ untuk boarding tika kami hendak bercuti ke mana-mana. Bayaran pun boleh tahan murah kalau nak dibandingkan dengan hantar ke Hospital Vetrinari biasa.

Hari Khamis lepas, aku call pet-shop di Bangi ni untuk book tiga tempat kucing (untuk Adi, Labu & Labi) in advance, sebab hari Ahad tu kami nak balik Kelantan untuk kenduri kahwin hari Isnin. Macam book hotel jugak lah kan. Kena call in advance.

Maka, pada hari Sabtu sebelum Ahad, pukul 8pm, aku dan suami bawa Labu & Labi untuk boarding ke sebuah pet-shop tu. Rancangannya, selepas hantar Labu & Labi, nak ambil Adi pula di rumah mak untuk diboardingkan sama.

Sampai ke kedai pukul 8.30pm, aku dan suami terkejut. Laaa, kedai tutup??? Tapi, tiap-tiap malam depa tutup pukul 9pm, aku beritahu suami. Aaaa sudah. Karang budak-budak ni nak kencing-kencing karang niii!

Lalu suami turun dan tinjau dia hadapan kedai. Ketuk ketuk ketuk roller-shutter, tapi tak ada jawapan. Suami dail nombor h/p yang tertera, dan suakan ke aku supaya aku bercakap. Uncle yang tolong isteri & anak-anak jaga kedai tu yang jawab panggilan.

Uncle! Assalamualaikum! Ni tuan Adi ni! Kenapa kedai tutup awal Uncle?!

Wa'alaikumussalam! Uncle tak tahu lah. Uncle dah tak jaga langsung kedai tu sekarang!

Habis macam mana ni Uncle, saya dah book tiga tempat dengan anak-anak Uncle, esok pagi saya nak balik Kelantan ni! Aiseh!

Hmm, Uncle tak tahu lah nak tolong macam mana! Tapi kalau terdesak sangat, boleh hantar kucing-kucing ke rumah Uncle di Semenyih! Jauh sikit lah. Nak ke?

Hmm, Uncle tak boleh kasi nombor hp anak-anak Uncle ke? Kot diorang ada kat dalam dan saya call land-line, dorang tak dengar ke...?

Uncle tak tahu lah no hp dorang la Dik!

Pelik, aku fikir.

Agaknya dorang tutup awal sebab nak tengok Akademi Fantasia, kot!

Aiyohhhhh like that also got ka? Tak pe lah Uncle, kami usaha cara lain! Assalamualaikum!

Arghhhhh. Masa tu, aku dan suami rasa macam... macam... macam nak pi bakar Astro tu!
Aku suruh suami berenti di 7-11 berdekatan dan beli suratkhabar untuk tadah si Labi pee-pee dalam bakul dia!

Dan bayangkan kena ambil Adi lagi di Bangi, dan adik lelaki aku yang ada sinus dan allergic dengan bulu kucing tu, juga akan menumpang sama ikut kami balik ke Cheras untuk ke Kelantan esoknya! Kesian ke adik aku... tiga ekor kucing dalam tempat tertutup! Bersin bersin srrruppp srrruppp clearkan kahak di belakang hidung. Mujur dia sabaaaaaar je... kesian dia.

Akademi Fantasia punya pasal. Menyusahkan orang!

Dah. Lepas ni, sebaik-baiknya sahaja kerajaan declare cuti umum bila tiba final Akademi Fantasia nanti. Tak lah menyusahkan orang waktu-waktu terakhir macam gini. Taubat.


f~

Friday, June 02, 2006

Nervosa

Hari ini. Jam lima suku pagi tadi. Tarikh serta waktu projek awam (public project) pertama aku. Satu antara lima buah. Diletakkan di atas tapak oleh kren. Di hadapan McD Bukit Bintang. Di persimpangan Lot 10 - Sungai Wang.



Aku nervous. Sebab
projek awam (public project) pertama aku.

Aku nervous. Menunggu tindakbalas orang ramai.

Aku nervous. Sampai perut memulas-mulas!!!





Nota kaki:

Aku perlu berterimakasih kepada kontraktor, PICO Integrated Exhibits yang sangat profesional dan bertungkus-lumus siang-malam bekerjasama dengan kami; serta suami aku yang sabar dengan panggilan telefon bertubi-tubi pukul 5am tadi dan menjadi supir aku untuk lawatan tapak 6.45am. I know I'm married to a great great man. Love. With much much Love.

f~
Blog Widget by LinkWithin