Friday, April 28, 2006

G u b r a

"Gubra" is intended to examine one common phenomenon: The simple everyday fact that when we experience betrayal, it is more often than not committed unto us by people who love us; not people who hate us.

I guess in the end, "Gubra" will be about love (because, as John Cassavetes once said, "nothing else interests me"), it will be about betrayal, and in the end, the difficult but inevitable question of whether or not to forgive the people who betray us.


http://yasminthestoryteller.blogspot.com/2005/02/g-u-b-r_09.html


I watched Gubra last Sunday at Midvalley. Though it wasn’t my partner’s cuppa tea, it certainly was mine. This time, unlike Sepet, it was in lesser virtue of intellectual ramblings. Gubra was more emotional, more natural, and I could even put my money on the film being funnier than Sepet. Yup, definitely, funnier… AND sweeter!


The relationships potrayed in Gubra were highly inspiring… between Orked and the husband Arif; between the Pak Bilal & the wife Kak Maz; between the prostitute Temah and her son Shahrin; between Orked’s parents Mak Inom & Pak Atan… and oh yes, my favourite diva Kak Dib as Kak Yam was there too, and as sensational as she always is! And oh, oh, there's also my fav Adlin Ramlie aka Abg Adi as Arif. Best ah dia... BEST!


Hmm, rasa macam naaaaaak sangat tengok lagi sekali, but I doubt Dear Husband would want to do it the second time!


Tak pa, I’ll resort to VCD. Hopefully, DVD pun nanti ada!!


Anyway, I digressed.


Gubra conjured up that certain feelings I’ve long kept guardedly inside the closet. The sense of being betrayed; of losing someone you love to God’s hands; of the hurt and pain; of confusion; pining the things you don’t get to have; and at times, questioning the work of God.


That night after the movie, I cried in my husband’s arms. Of a hell lot of other things that swelled deep inside me and had resurfaced.


Gubra, in some ways, made me missed my old past that I treasure. But in a lot of ways, thankful that I’ve succeeded in treading my past and of becoming who I’ve become.


There, the power of Gubra to me.


Go watch the movie, people! Go! Don’t wait for it’s screening on the tube coz it ain’t the same. The crowd’s not the same. I promise, you won’t regret it. Unless you’re a Yusof Haslam or Rashid Mohyideen fan, of course.

Click here for the synopsis of Gubra.

I love Malay movies when they're done beautifully as this... I mean, just even look at the poster! Orked's looks just says everything! Go and see first, then you'll understand.

And oh, in the Gubra synopsis it says "Do not leave the theater until the credits have rolled. You will not regret it." I did leave before the credits ended, and man am I regretting it now!


f~

The Passing Over

Penulis & wartawan veteran MGG Pillai, 65, meninggal
dunia 10.45pagi ini di Universiti Hospital akibat
sakit jantung. Beliau seorang pengkritik lantang
kerajaan BN.

28 April 2006, 12:19

___________________________________________________________
NEW Yahoo! Cars - sell your car and browse thousands of new and used
cars online! http://uk.cars.yahoo.com/

Takziah buat keluarga Mr. Pillai. He who was a very close friend to my husband. Even helped promote my husbands books during my husband's heydays. His writings will be missed.


You know, if you google MGG Pillai, there would be 69,300 results on him.

Daripada tanah dia datang, kepada tanah dia kembali...

f~

Jahannae

heh heh.

Aku suka entry Tok Rimau yang ini...

http://tokrimau.blogspot.com/2006/04/lagu-jahanam.html

best!

f~

Thursday, April 27, 2006

Yew ahhh


Pejabat Baru Saya





Ini. Ofis baru yang belum lagi siap sepenuhnya. Belum ada gambar-gambar di belakang si receptionist. Belum ada gubahan ala-ikebana menghiasi meja receptionist. Belum ada computer untuk si receptionist. Pintu tempered glass pun belum ada cut-out sand-blasted effect sticker pattern ala-kerawang. Dan sebagainya yang berbagai belum.

Ini aku tunjuk bahagian yang agak membanggakan sahaja, w'pun hakikatnya meja receptionist tu macam ta*k workmanshipnya. Banyak lagi workmanship yang macam ta*k dalam pejabat baru aku tu, sampaikan aku malu sebenarnya nak buka pejabat ini untuk mesyuarat-mesyuarat antara konsultan. Malu.

Kerana hakikatnya mereka (konsultan-konsultan yang kebanyakannya terdiri daripada designer bangunan-bangunan terbilang) bukannya akan berkata, "Ish, siapa kontraktor depa ni...? Teruknya finishing work."

Tapi hakikatnya, seperti Lee Sticker the I.D Contractor yang sangat berpengalaman membuat kerja-kerja I.D di renovasi jabatan lain di organisasi aku memberitahu aku pagi tadi, "Kesian *yew ah... nanti your consultants ah, diorang kata, aiyah, siapa designer ofis ni ah? I kesian yew."

Ya, aku lah designer ofis ni dengan segala detail datang dari kepala aku benak aku naluri aku turun ke kertas lukisan dan dokumen tender. Tapi hakikatnya, kontraktor aku sendiri tak pernah melakukan kerja-kerja binaan dalaman sebelum ni. Roller blinds pun dia tak tahu apa, apatah lagi natural timber veneer.

Aku beritahu Lee, "Itu ar yew, Lee. Siapa suruh your people terlupa masukkan addendum masa yew masuk tender renovate ofis I?? Kalau yew tak kena reject, mesti yew yang buat ofis I, dan bukan si mangkuk haiyun ni, maa..! Choiii."

Lee gelak-gelak. Dia balas, "Apa bley buat, Puan. Tak ala(ada) rezki."

Pandai pulak Cina ni. Respect.

Okay, laki gua tengah tunggu tu.

f~

*yew : you

Tuesday, April 25, 2006

Ofis Baru

Yeayyy Yeh ofis baru!!

Yeayyy Yeh ofis baru!!

Heh heh. Letihhh, sey, mengangkat barang. Barang banyak karun. Gila banyak. Ish. Tapi...

Yeayyy Yeh ofis baru!!

Yeayyy Yeh ofis baru!!

Dan sejak minggu lepas hari Jumaat, the internet and power have been down di ofis lama. Gua bengkeeekkk siut. Gila rindu nak update life on the blog, rindu nak baca blog rakan-rakan, rindu nak dengar my new James Blunt album that I've downloaded onto the comp.

Anyhow, ni di bilik adik di rumah Mak. Adik sedang tidur. Esok ada 1-day course di Putrajaya. Hence, I could only update this further on Thursday afternoon, insyaAllah. The points i'd like to update later on would be as such:

My new office, the film Gubra, my Labu, an art exhibition by a fellow friend, my mundane life.

huih, banyak tuuuu.

Nanti gua susul dengan gambars, lagi. Tungguuuuuuuuuuuu.

Yeayyy Yeh ofis baru!!

Yeayyy Yeh ofis baru!!


f~

Thursday, April 20, 2006

Ford di Proton

Abang:
Abang dah baca dah most of your entries. Very touching, lah. And sapa your friend yang ada kucing nama Jimmy tu?
(See entry Dear Ford...)

Me:
Laa, kan dah sebut kat opening of the entry tu. She was my old schoolmate. Kami panggil dia 'Ford'. Kerja kat Proton.


Abang:
..hah?? hahahahahahahahaaaa kelakarnya!

Me:
Apa yang kelakarnya?

Abang:
Nama Ford. Kerja kat Proton. Tak double-face ka tu??
hahahahahahahahaaaa


Addddaaaaa adddddaaaa sajaaaaaaa kau ni Labuuuuuuu.


f~

Wednesday, April 19, 2006

Dah Seminggu

Dah tepat seminggu Labu balik rumah. Aku ada dapat phonecalls, emails dan smses dari orang-orang yang juga sayangkan kucing, bertanyakan khabar Labu.

Labu dah sihat, Alhamdulillah. Masih terjengket-jengket, tapi sekurang-kurangnya dia dah makan dengan baaaaaaaaaaaaanyak sekali, juga tidur deng
an baaaaaaaaaaaaanyak sekali (healing process, barangkali), dan bila Abang Z dia ada di rumah, dia akan bermain dengan baaaaaaaaaaaaanyak sekali.

Sekurang-kurangnya kaki dia (atau tangan? tah lah) yang patah tu, dah boleh dipegang-pegang, tidak lah lagi dia mengiau-ngiau macam kesakitan.

Alhamdulillah! Kami happy
baaaaaaaaaaaaanyak sekali! Thank you, All, for the wishes!!!

Labu tengah tidur dalam bakul dia: 17 April 2006


Labu terjaga dari tidur dia: 17 April 2006


Labu lepak atas peyut Abang Z dia


f~

Hari Ini Hari...

Hari ini hari sedih.

Yang pertama, blog SiNagaNaga tutup since petang semalam. Aku sms Abg Naga, kenapa kenapa kenapa. Aku dpt indication yang dia terima sms aku, tapi dia tak reply pun sms aku.

Ohhhh. Kenapa kenapa kenapa??? Tim kaiiiii..?

Tapi aku rasa ada orang "ganggu" Abg Naga, macam Kak Dina Zaman (gongkapas.blogspot.com yang juga dah terkubur) dulu. Sekurang-kurang Kak Dina sekarang adalah Editor Rentakini dalam malaysiakini.com... jadi, terubat jugalah rindu aku.

Minta dijauhkan blog Tok R atau AJ tutup macam ni. Merana aku pagi-pagi dan petang-petang.

Ohhhh.

***

Hari ini hari sedih.

Keluar berita malam tadi dan surat khabar hari ini tentang seorang ibu dan dua anak mati di langgar keretapi di Sg. Petani.

Ish. I don't even want to write their names here, for fear of "attaching" them too much on my mind.

Ish. Aku tak boleh bayangkan perasaan si suami dan anak yang masih ada.

Sampai-sampai si suami ke tempat kejadian, anak isteri terkulai berdarah-darah tak bernyawa.

Baru dua jam lepas bergurau senda, sekarang kalau di panggil pun tak menyahut.

Baru dua jam lepas anak isteri di cium, sekarang hanya tinggal bau-bauan di selimut di bantal di katil di bilik di rumah.

Ish. Sakitnya, mereka. Kalau aku jadi si suami dan anak yang masih ada, aku dah tak nak balik rumah. For fear of counting back the last times of breathing them and seeing them.

Surat khabar tunjuk gambar suami meraung, dan mencium jenazah anak sambil anak yang masih ada sayu menatap adik yang dah tak bernyawa.

Ish. Aku tak boleh bayangkan perasaan si suami dan anak yang masih ada.


Takziah buat mereka sekeluarga. Semoga Allah s.w.t berikan kekuatan.

Al-Fatihah...

***

Hari ini juga adalah hari bengang aku di tempat kerja.
Seperti semalam.
Dan dua minggu lepas.

Pejabat baru untuk Unit baru aku yang aku design (aku design ruang pejabat tu, bukan Unit), sudah hampir siap. Sepatutnya dah siap pada 3 April lepas, tetapi lewat siap disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan di tapak.

Malangnya, inilah pertama kali aku jumpa a so-called Site Manager, yang, dah lah just refuse (or plain malas) to read my drawings and details yang aku bersengkang mata buat, lepas tu tak study the drawings and details, hence tak aware akan detail-detail yang sepatutnya ada.

Maka, alamatnya, di saat-saat stressful begini, banyak lah kesalahan di tapak yang dilakukan.

Maka, alamatnya, di saat-saat stressful begini, bergaduh-gaduh lah orang-orang di tapak kerana aku jadi The Biatch yang berleter & bitching around akan kerja-kerja yang sangat tidak memuaskan hati.

Maka, alamatnya, setiap kali balik kerja, aku jadi pening kepala sebab aku memang tak suka marah marah berleter marah marah berleter marah marah berleter.

I'm a lover, not a fighter.

Eiiih. Rasa nak picit-picit hidung dan dahi mamat-mamat tu. Eiiiih.



f~

Tuesday, April 18, 2006

Dear Ford... Promosi Ayah Kita Bos

Ford ialah kawan aku masa sekolah dulu, dari Form 1 sampai lah A-Levels! Dah 12 tahun tak jumpa, tapi kami tak pernah putus hubungan. Birthday dia pun aku ingat lagi... 24 Jun. Heh.


Ford:

"Aku dah tengok dah video kucing tu, anak2 aku tekekek2 gelak!


Kucing aku dulu name jimmy, jantan,idung penyek color oren... After a few months size die membesa dgn jayanye macam anak singa!... Hubby slalu outstation, lama2 aku pun tak larat nak tukar pasir die slalu and time to aku tengah pregnant my first one.. bile nak cedok biskut die tu, tak bole tahan oo itu bau... berak die lagi lah kan..


So aku pun tepakse laa bagi balik kat brother yg aku beli dulu tu.. sedih jugak.. cian die..sayang .. dr kecik sampai die jadik kingkong cam tu dulu aku jager die, gomol2 memang beeest. Tapi kene let go gak sebab kucing jantan aku tu dah lonely kan.. and berak2 die pun tak bagus utk pompuan pregnant.


Skarang ni tiap kali anak2 aku tejumpe gamba jimmy, diorang sure tanye "knape Mummy tak bela cat lagi?".


So Labu dah OK ker?? Ciiiian die, die boring kot duduk sekor2 kat umah, tu yg die buat aksi stunt tu..


By the way aku dah bace blog ko.. DAHSYYAT aa...ko dah jadik writer ke skarang? Ape name nyer.. "ayah kite BOSS"... awat tak crite kat kawan2.. bole kawan2 beli... tapi tajuk die cam "kisah benar" ko jer... nanti la aku carik nanti yek.. kat MPH ade?


Katun pun ko boleh buat?? fuyyyooooo...lu aa manyak DAHSAAAAAAAAAAAAttt ooo.... "



RotiKacangMerah:

"... Buku Ayah Kita Bos tu, kalau kau nak, kena contact Tok Rimau atau Abg Naga. The best is, kau contact Abg Naga, sebab Abg Naga duk kat KL and Tok duk kat JB. Buku tu MEYYYMANG best! Aku memang tak dapat sesen pun dari buku tu, cuma dapat complimentary copy, each utk aku and laki aku. Tapi, entry2 yang depa kumpul memang kelakar!


Katun yg aku contribute kat dalam buku tu, laki aku yang tutor aku daa. 1st time aku lukis; tah2 tu la yang last, heh. 3,4 kali gak la aku kena redraw tu. Sampai gaduh2, hat yang last tu! Yang paling penting, katun yang aku lukis tu sebenarnya inspirasi daripada aku dgn laki aku berdating kat hutan simpanan FRIM kat Kepong, awal tahun lepas. Watak-watak ikan-ikan tu sebenarnya wujud, woo!


AND, no lah, I am SOOO not a writer! Tapi blog ni macam ibarat "penyambung" antara aku, family and kawan2. Kadang aku rasa guilty giler tak call kawan2 baik aku, relatives aku, adik-beradik aku and adik-beradik laki aku... especially adik bongsu aku yang kat Bath Uni tu. So, satu caranya ialah depa can all "jumpa" aku kat blog aku kalau depa nak... Allahu a'lam.


Tapi kan, sejak aku ada anak kucing ni, aku makin dah tak sabar nak ada anak. Cepat lah rezki mendatang... and aku pun tak sabar nak suruh anak2 aku panggil aku mcm anak2 kau panggil kau gak, "Mummy". heh.


So, kau jgn la envious sangat eh Ford, aku LAGi envy kat engkau... "

f~

Hmph.

Friday, April 14, 2006

Di suatu pagi di hujung minggu. Beberapa ketika dahulu.

Semasa aku sedang bersaorang-saorang di rumah. Sementara Suami bekerja mengejar deadline. Di pejabat. Aku pula di rumah. Membuka Astro channel 70. Untuk menghibur hati. Dan. Berkumandang tah apa-apa lagu. Dari Astro channel 70.

Hmph.

Aku pun ke dapur. Untuk memasak air. Dan. Membakar roti. Dan. Menyidai baju dari mesin basuh. Sambil di ruang tamu. Berkumandang tah apa-apa lagu. Dari Astro channel 70.

Hmph.

Tetapi tiba-tiba. Kedengaran satu lagu yang melodinya agak sedih. Yang tak pernah aku dengar sebelum ini. Tetapi liriksnya. Sungguh menyentuh hati. Seolah-olah. Membawa aku semula. Ke suatu masa. Enam tahun yang lampau. Di suatu pagi di hujung minggu. Beberapa ketika dahulu.

Hmm... sigh.

Klik sini
untuk lagu serta videoclip, kerana video rated 18PG. heh.

f~


Thursday, April 13, 2006

Janji


Rasa macam kerja gila, tapi dari pagi sampai baru sekejap tadi, mau tiga, empat kali aku telefon rumah walaupun aku tahu hanya Labu aje ada di rumah.

Supaya Labu tahu kami tak lupakan dia. Supaya dia tak rasa sunyi dan tak cuba nak buat apa-apa stunt lagi.

Ini baru jaga anak kucing. Belum anak sendiri lagi.

(Ya, ya, aku tahu. Macam ni juga lah rasa Mak, Ayah, adik-adik atau rakan-rakan kalau lama aku tak call. Mereka rasa sunyi atau rindu. Ya, ya, aku tahu...)

Malam tadi kami ambil Labu dari Vet Hospital. Abang punyalah lega dan happy, maka aku pun offer untuk drive balik ke rumah supaya dia boleh duduk kat sebelah jaga Labu. Kalau kebiasaannya, Abang akan kata "Tak pa tak pa, Abang drive". Kali ni, Abang terus tak cakap banyak dan seluk saku ambil kunci kereta.

Tiba di rumah, Abang bawa Labu berkurung di bilik tidur dulu sambil aku siapkan makanan Labu. Lepas tu Abang tutup segala pintu dan tingkap. Abang jadi paranoid gila! Aku cakap, tak payah lah paranoid macam tu sampai kita pun lemas sama. Tapi sedikit sebanyak aku faham perasaan dia sebenarnya.

Malam Labu jatuh dan aku asyik menangis dan asyik teringat balik apa yang berlaku, Abang kerap ingatkan aku supaya cuba lupakan benda-benda yang lepas dan cakap benda-benda yang positif atau topik-topik lain.

'Thing is, not denying the fact that you're sad and talking about it is the way to lessen the burden. It is. I know. I been through losses and heartaches way so many times before that I know, THESE ARE some of the most effective ways to heal the aching heart. But maybe cara Abang lain, so I just kept quiet, and I know I'll just resort to writing instead. Which is, without fail, is always the best way to deal with pain.

Little that I know that masa siangnya, Abang dah call beberapa kawan to share his feelings over Labu.

One of his friends that he called was Pak Rustam (Rustam A Sani), the son of Allahyarham Ahmad Boestamam, one of our great historical figures who helped Malaya in gaining independence from the British.

Pak Rustam told Abang that when one of his favourite cats ran off from home, it took him and his wife at least 2 weeks to accept the loss. And Pak Rustam's late father, whom during his lifetime spent much of his life in jail, was a really fierce man. But somehow his dad's softer side surfaced when he cried over the death of his much beloved cat.

That conversation with Pak Rustam somehow helped Abang a lot in dealing with whatever that he had suppressed inside. I hope...!

What I know is, aku tak sabar nak balik rumah. Nak golek-golek dengan Labu. Nak belai-belai dia. Nanti dia pun pandang aku dan baring kat tangan aku. Nanti dia hidu-hidu dan cium aku kat hidung. Nanti dia ikut aku mana-mana aku pergi, walaupun terjengket-jengket kepayahan.

Kadang, aku rasa macam tak sabar nak ada anak, boleh depa berdua berkawan-kawan nanti...

Malam karang aku janji aku akan call ramai orang. Janji.

f~

Wednesday, April 12, 2006

Passion

Dr. Chee called from the Vet Hospital at 3pm:

Dr. Chee:
Pn. F, Labu seems like he's stabilizing well, he is now eating though slowly. I really think he can be discharged today while we let his liver rest till next week before I anasthetize him to bandage his broken leg, okay? I takut the longer he's here, he may be more vulnerable to other diseases from other pets lah Puan...

Me:

Alhamdulillah.... thank you Dr. Chee!! Thank you!!!


***

Me:
Abang! Doc kata Labu dah bley balik!!!

Abang:
Yeay! Yeay! Alhamdulillah! 5.30 sharp I pick you up, okay?? SHARP, tau!!

BAIKKK!!!

***


You know, I've had people telling me, ek elleee dengan kucing pun nak syahdu macam tu ka? Rilllekkkk arrr...

'Thing is, you... kucing ka, anak ka, ayam katik ka, pet biawak ka... no one would ever understand unless one has that deeply-embedded Sayang and Passion.

Orang tak faham kenapa ada orang sanggup belanja beribu-ribu untuk bela kuda, or ikan, or burung merbok..and sometimes at the expense of menyusahkan orang lain kerana diri bukan orang senang tapi guna duit punya lah banyak. But because we have different passion in different areas does not mean that the other people's unique passion is just plain illogical.

Well, the nearest similarity I could think of is like complusive shopping: I don't understand kenapa orang sukaaaaaa pi shopping sebab bagi aku, dah la meletihkan. Pastu, membazir membeli benda-benda yang kita dah ada. Tapi, seperti yang aku kata, having different passion in different areas does not mean that the other people's unique passion is just plain illogical.

Tak pa. Abang kata he would contribute something in this blog regarding this. Yeay!!!

Yang penting, malam karang, Labu will be with us at home!!! Alhamdulillah!!!

Praying hard that he'll heal fast... Aamiiiin.

f~

Mujur ... A Long Therapeutic Piece

This entry is a testament of a unique bond between beings… in this case, between human and animal. Between Me, Abang and our kitty Labu.

Yesterday, the same day I was overtly excited about penning Labu on the blog, a tragedy struck Labu that night. Well, for some, ‘tragedy’ may be a tad too dramatized in this case, but where love and bonding are concerned, it could still be considered as an understatement.

We came home pretty late that night, since Abang had to stay back late for the much graphical error prior to the deadline. It was, however, the first time ever that I kept telling Abang, “Jom la balik, jom la… rindu kat Labu. Kesian ke dia, sorang-sorang…”. Usually, it’d always be Abang who’d be saying that.


At our place, upon getting off the lift on the 5th floor, as usual we called out Labu's name and coo-ed him before entering the house. That night, we heard him loud and clear, meowing back at us. He sounded like he was at the wet-area which was pretty adjacent to the corridor. And he would always, ALWAYS, greet us at the door, waiting for us to carry him around.


As it turned out, he did not greet us at the door, nor was he around in th
e house. But we could still hear him calling out on us!

Fearing the worst, like, him falling down the air well, we took the lift down, and when we found nothing at the air well on the ground level, we ran up on every level to check on his whereabouts. Lo and behold, he was on the metal awning above the grilles that covered our wet area!


God knows how he could’ve climbed up there! We just couldn’t imagine how he did it! Looking back, it was as if some invisible being took him from the floor of the wet area and placed him safely right on the awning!


Abang protested me from extending my arms over at him, fearing
he would slip and fall, and instead asked me to get the chair for him to climb over! No way am I gonna risk my husband falling over into th air well!

I took instead, a big huge round basin and a stick, for Labu to jump into. But since Abang still wanted the chair, I ran back into the house to get one, and before I knew it, I heard Abang screaming, and to our horror, told me that Labu had just fallen down the air well! I could feel like my heart skipped so many beats! I was praying hard that Labu managed to land safely on his paws.

We ran to the lift, seconds felt like hours, and found him lying motionlessly on the floor of the ground level air well! He had fallen six floors from above (that’s a minimum of 18m or 60’!), didn’t have the time to land properly on his feet, lying on his side, blood oozing from his lips.

Abang quickly climbed over the wall and took Labu on his arms while I was already screaming at the sight of it a
ll!

As soon as Abang took Labu, Labu peed incessantly and we knew that he was in so much pain! Labu was gagging to breathe; Abang’s shirt covered with Labu’s blood. That sight was just about too much for me; I wailed and cried, attracting a young couple near us. I couldn’ t even bear to hold Labu so that Abang could climb over back the wall. I just couldn’t!


The husband of the couple then helped Abang holding Labu, and as soon as he passed back Labu to Abang, Labu excreted yellow faeces, and we knew that the pain was unbearable for him! Labu was still gagging to breathe, his eyes bewildered, his left front leg limping. God, the sight of him! God, the sight of him! I cried and cried.


The lady, who also cried at the sight of Labu and our desperation, offered to call up her girlfriend who was living on the other bloc
k, who also has pet cats, if she would know which vet could entertain such emergency at 10pm.

I ran up back to our floor, grabbed my handbag, locked the doors, and came down with the couple’s friends (the one who has cats, also a young couple) arriving to help.
The lady friend, also teary-eyed, told us that there is a Vet Emergency at Taman Segar.

Without moments to spare, we ran to the car. In the car, while driving, I called up my vet cousin, Niza, to ask her on any emergency vet hospital around. She also told us the same, at Taman Segar, and helped diagnose Labu on the phone. She agree
d that Labu required emergency attention.

The stench of Labu’s faeces on Abang’s hand was almost unbearable, but I kept calling out to Labu, coo-ing him. He kept looking back at me in his efforts gasping for air, as if trying to tell me that he’s okay though in terrible pain. I just couldn’t stop crying even though Abang had been reminding me even from our place to remain calm.


We were very very lucky that the Vet Hospital was near enough from our home, and though closed at that time, still entertain animal emergencies. I was crying over the phone, calling the emergency number from outside their metal grille, begging the doctor to allow us in and him checking on Labu.


Inside, a certain Dr. Chee examined Labu, ran x-ray on him, and told us what he found.


Labu’s bottom skin at the mouth had peeled off from the mouth, hence the bleeding; his left foreleg is broken; his heart is a lil bit misplaced due to
the fall; his liver looked enlarged… but other wise, his lungs looked pretty okay and so was his bladder.

We sighed with relief; that info calmed us a lot. Labu seemed clearly exhausted by the incident, slowly dozed off on the emergency table. He opened up his eyes when we called out to him; his eyes were dreary and tired. So unlike the photos taken of him… all eager and mischievous.


And then I saw tears from the corners of his eyes. I cried, asked him to be strong, to rest well, to heal fast. I was missing him already, dreading to go back home. I know both me and Abang would feel the emptiness without him being around…


In the car, Abang reminded me not to think of the Kalaulahs… but to think of all the Mujurs …


Mujur bukan Abang yang panjat and risked the fall…


Mujur ada couple berdekatan yang
kenal orang lain yang sayang kucing dan tahu mana Vet Emergency…

Mujur Labu kecik lagi, hence impact badan dia tak seteruk kalau Adi yang jatuh. Adi sangat gemuk, woo…

Mujur Vet tu dekat kat rumah kita…

Mujur Labu tak jatuh masa kita kat ofis...


Mujur bladder Labu tak pecah and kencing taik suma tak terpecah kat dalam...


And for The Powers that be, Mujur Labu selamat walaupun cedera… kalau tak, patah hati Kakak and Abang Z, Labu…


Mujur Mujur Mujur…. Alhamdulillah..!!!


At home, I cleaned up his toilet tray, and cried. I missed Labu terribly, messing about my feet whenever I’m doing things around the place.

I just couldn’t imagine Labu’s hopelessness, whilst we were away, when he was trapped up there on the awning, not being able to come back down.

I just couldn’t imagine his shock and pain after the fall.

I read somewhere that animals don’t actually feel pain. I’d like to refute that, excuse me. If animals really don’t feel the pain, Labu would surely jump up again after the fall, ignoring his torn lips and broken foreleg. Orang-orang yang tak da rasa kasih je yang boleh keluarkan statement macam tu!


For all you know, the reason why they announced that animals do not feel pain becoz they want to convert the vegetarians back in
to eating meat.

Anyway, I digress.


Back at home, Abang was quiet. Knowing him, I know he was deeply affected as well, but didn’t dare showing it to me. He has to be strong. I know he missed Labu the most. Malam-malam sebelum tidur, Abang wajib bawa Labu jalan-jalan and main-main dengan Labu sampai mereka dua-dua letih. Mana mungkin dia tak sedih. Tak mungkin.


During bedtime, I took in Labu’s sleeping basket to the bedroom. I missed him leaping on to our bed, sleeping at our feet or behind our backs, se
eking heat and comfort.

While Abang holding me to sleep and me still in tears, I whispered that I could almost hear Labu’s bell, as if he’s down there beside the bed, sleeping with us.


Abang... mujur ada Abang…
Me.


I know… Dah, jangan fikir-fikir negative, sehingga Labu dah sihat. Bila dia dah balik and dah sihat, baru kita boleh reminisce back the incident, ok?
Abang.


Ok… *sniffs*. Me.

Mujur ada jiran-jiran yang faham perasaan kasih terhadap kucing.

TERIMA KASIH AYU & BAHAR, IZUWIN & FIZI!!!! THANK YOUUUUUU!!!

And,

Mujur ada blog. Boleh tulis a very long therapeutic piece, like this.


11 April 2006, Maulidur-Rasul.

Tuesday, April 11, 2006

Talking Cats

I found this video, in search of something to laugh about after last night's tragedy with Labu.

Well, it did make me laugh crying alright..! Watch this..




heh.

Rindu Labu.

f~

Monday, April 10, 2006

Cinta 2

Masa sarapan.

Krringgggg! Krrringggg!
(Bunyi hp ala telefon lama).

Tengok display. Ahhh, S rupanya. (Sila baca entry tentang S di sini, terima kasih!)

Halo halo!! Tunangan orang!!! So, apa perasaan anda menjadi tunangan orang sekarang?? Aku.

(giggle giggle giggle giggle) S.

Eiii ni mesti syiokkkkk nii!!! Aku.

(giggle giggle) Mesti arrrr... makin gatal, rasanya!! S.

Hahahahaha!!! haaa, tau tak pa!! Aku.

TAHNIAH, S&M!!!!!!! Wow... nama initial pun dah kinkkkyyyy gituuu.... Padanlah gatal. hehe.

Cinta 1

Dua minggu lepas, tarikh 28 Mac, ada stray kitten ikut aku & suami balik ke rumah. Warna oren kelabu-labuan (makna kata, bukan warna kelabu, tapi warna macam buah labu). Manja ya Rabbi.

Suami galakkan aku adopt dia sebab tiap-tiap hari aku duk "...bang, bang, jom ah pi rumah Pn.Ainon, adopt kucing dia... jom arr". Maka, ibarat kucing jatuh dari langit lah kan, free-free dapat anak kucing, tak payah susah-susah pun.

Hmm, tu belum lagi aku "...bang, bang, jom ah pi tengok-tengok B
MW kat showroom memana... jom arr". Mungkin BMW boleh jatuh dari langit, free-free dapat BMW, tak payah susah-susah pun. Heh.

Jadi, aku dan suami pun galak lah memilih nama anak kucing macam nak pilih nama anak manusia pula.

Suami minat bola. Keluarlah nama 'Berto (dari Roberto) lah, Becky (dari Beckham) lah, etc. Tapi, semua tak sesuai, gitu.


"Ah, kita panggil Labu je lah... dari cerita P.Ramlee Labu Labi. Kalau Abang nak marah dia pun, senang..... Adddddaaaa addddaaaa sajjjjjaaaaaa kau ni Labuuuuuuu! Bilakaumaubikinakusenang...???!!!" Hj. Bakhil. Eh salah salah. Suami aku.

Ya Bang, Ya... setuju banget!

***

Pre-Labu, balik dari kerja, Suami aku akan terus mandi, pastu layan Astro dengan aku.

Post-Labu, balik dari kerja, Suami aku akan bermain-main dengan Labu dulu sampai pukul 10, kadang. Peluh-peluh! Suami aku yang peluh, bukan Labu.

Pre-Labu, kalau Suami ngantuk, dia akan cakap, "Abang nak masuk tidur, lah. Jom?".

Post-Labu, kalau Suami ngantuk, dia akan cakap, "Labuuuuuuuu, jom teman Abang Z tidur jom...? jom...?".


***

Oh, oh... ada tak aku sebut kucing aku yang gemuk yang kat gambar profile tu nama apa??

Tu pun kucing mendatang. 28 November 2003, datangnya.

Nama panggilan: Adi. Nama panjang: RosmADI Wartono.


f~

Thursday, April 06, 2006

Favourite

Kelmarin. Aku dan suami memesan makan malam nasik putih penuh dua pinggan, daging halia, ulam kacang panjang dan ikan goreng masak tiga rasa. Dari kedai Wira Tomyam di Bandar Sri Permaisuri.

Mmm, yum yum. Favourite kami semua ni.

Makanan pun tiba. Aku pun tanya suami.

Aku.
Macam mana nak buat masak tiga rasa ni ek? Nak buat lah bila balik rumah Mak nanti.

Suami.
Senang je. Masak je macam-macam mana pun, pastu panggil tiga orang untuk rasa.

Hmph. Poyo je.

f~

Wednesday, April 05, 2006

Matchmaker

My first real attempt on matchmaking, jatuh pada tanggal 21 Oktober 2004. Birthday sahabat paling akrab di pejabat ketika itu, firma R di KL Sentral. S namanya. Tahun tu umur dia genap 29 tahun. Cantik manis orangnya. Jaga solat. Kelakar. Penyabar. Senyuuuuuum je. Waktu dia masam pun, nampak macam muka senyum.

Aku mula kamcing dengan S pada awal Oktober, kala Mak Ayah bepergian ke Saudi ; partly mengerjakan umrah, partly melawat saudara mara di sana. Aku di rumah terpaksa bangun sebuta 5 pagi sepanjang 2 minggu tu untuk sediakan sarapan dan masak tengahari untuk adik-adik. Pukul 7 terus kejar komuter ke kerja.

Selalunya, untuk sarapan aku akan sediakan nasi goreng dan sandwich telur atau tuna dengan hirisan cili api, seperti yang adik-adik aku suka. Hmmm yum yum! Aku sendiri akan bawa bekal nasi goreng dan sandwich tu. Tapi masa Mak Ayah aku bepergian tu, sandwich tu selalu ku hulurkan sedikit buat S. Tah kenapa. Naluri aku nak beri dia lebih sikit dari orang lain. Tah kenapa.

Dalam perkiraan aku, tak mungkin orang sebegini manis, baik dan kelakar pula tu, tidak berpunya. Tak mungkin! Kalau dia lelaki, dah pasti aku akan ingat dia gay, dan akan aku hormati keputusannya untuk stay single. Tapi, tidak! Tidak! Dia tidak gay. Dan dia adalah perempuan!

Dalam perkiraan aku lagi, aku tercari-cari akan orang yang hendak aku matchmake kan dengan si S ni. Ahhhaaah! Aku teringat seorang ’adik’ aku di pejabat dahulu... M. Dia pun manis. Dia pun kelakar. Dia pun baik. Dia pun jaga solat. Hari jadi M pada 20-01-75; harijadi S pada 21-10-75. Cantiknya nombor!!! Dan dua-dua sekufu... tidak lah keluarga belah sini terlalu kaya, atau sana terlalu miskin. Hmm, aku fikir. Terbang boleh sama tinggi ni...

Tanpa lengah, aku minta izin dari kedua belah pihak untuk memperkenalkan diri masing-masing. Dua-dua setuju. Aku pun pass no hp S pada M. M pun nula menghantar sms. Ya, sms pertama adalah pada hari jadi S yang ke 29. 21 Oktober 2004. Kristal lagi.

Aku pula masa tu masih single trang tang tang. Kelakar, kan ? Aku yang single, sibuk pula nak pasangkan orang lain. Heh.

Awal Januari 2005, aku bertemu kembali dengan seorang jejaka (suamiku yang sekarang ni) buat kali kedua setelah 5 tahun ’berpisah’. Si M dan S... bukan sahaja belum bersua, tapi bercakap dalam telefon pun belum pernah lagi! Gila ke apa. Sabar betul menahan nafsu, si M tu. Ha ha!

21 Mei 2005, aku bertunang dengan suami aku. Si M dan S... dah ada improvement. Depa dah berbual di telefon, tapi masih belum berjumpa ! Gila betul. Sabar betul menahan nafsu, si M tu. Ha ha!

24 Disember 2005, aku bernikah dengan suami aku. Alhamdulillah, by that time, M dan S dah bersua muka, jatuh cinta, dan merancang untuk bersama-sama. Phew!

Maka, 8 hb April 2006 ni, akan formalized lah dua jiwa dalam ikatan pertunangan! Malangnya, aku tak boleh hadir majlis tu walaupun aku lah Ibu of the relationship. Ha ha!

Aku tanya S, bila nak berlangsung?

S kata, bulan 12 agaknya.

Aku beritahu dia, elok, tu! Barang-barang, termasuk cincin dan hantaran, boleh beli murah-murah macam aku dulu! Year-end Sale, maa!

S pun gelak-gelak, sebab aku promote barang-barang murah agaknya.

Aku beritahu dia lagi, apa kata kau langsung sama hari dengan aku, boleh kita sambut Anniversary tiap-tiap tahun sama-sama! Jom ar!

Apa-apa pun, aku sangat sangat sangat sangat bahagia dan gembira sebab mereka berdua memang cocok banget! Alhamdulillah!! Aku doakan mereka berdua bahagia dan murah rezeki hingga selama-lama, InsyaAllah!

Buat kalian berdua, love ya both!!! Muamuah!!

***

Sekarang, projek aku yang kedua adalah untuk matchmake kan lagi sepasang kawan aku... Abang S yang bertugas di Turkmenistan, dengan kawan akrab ku juga, M. Aku rasa macam depa berdua padannnnn sangat! Sama kuning, sama manis, sama kecil molek, dan tak pernah lupa bertanyakan khabar aku, walau dari jauh! Dua-dua pun tinggal dekat je di Ampang nu.

Aku dah perkenalkan masing-masing dalam email. Allah Will Do The Rest.

Orang-orang ni semua aku sayang. Kalau Abang S dan M pun jadi juga, aku ingat nak buka kedai Matchmaking lah, heh.

Dan satu kebetulan pula… Nama couple-couple ni semua bermula dengan huruf ‘S’ dan ‘M’ !

toodoo - doodoo - toodoo - doodoo *bunyi background Twilight Zone*


f~

Tuesday, April 04, 2006

It Ain't Over Till The Fat Lady Sings


Aku nak jadi Secretary... nak pi Secretarial Week luncheon Adibah Noor kat Impiana Hotel, nak nak naaaaaaaaaaaaaakk!!!!

"My NAME is ADIBAH NOOR, but if that's too difficult for you to remember, just call me BRITNEY SPEARS..."

Heh heh, how much more can one be comfortable in one's skin, laugh on it, and multi-talented too!!

Dah tiba masa rakyat Malaysia ni di didik dengan adanya kehadiran Adibah Noor di persada dunia, that one must not judge others from their physical size! Ya, Ya... seperti yang aku uar-uarkan sebelum ini...

It's not the size of boat that matters, but the motion of the ocean !

ha ha! Quote tu untuk saiz benda lain, but same difference lah kan...

Kalau lah aku ni Datin yang kaya raya, memang dah pasti aku tolong Kak Dib terbitkan album dia!!

Tidak, tidak. Aku nak jadi Manager dia. Ya, ya. Biar kita the big-sized women takluk dunia! BWAAAAA HA HA HA HA HA HA HAAAAAH!!!

Hmm, camni aku nak ikut adik aku lah, pi Annual Dinner ofis dia Jumaat malam ni di Renaissance Hotel! Kak Dib adaaaaaaaaaa!!!! Nak nak naaaaaaaaaaaaaakk!!!!

Cuma, ada ka patut, theme colour for the Annual Dinner would be white?!! What an insult for us the big-sized women! SOOO la tak flattering for us!! Tapi tak pa. Again, the message is, One must be comfortable in one's skin!! Yeaaaaaaaah!!!

Tak pa, adik aku kata aku leh pakai telekung. Pasti flattering.

Dan kalaulah aku ni seorang Sultanah, pasti akanku pujuk laki aku si Sultan Z*r untuk bestow pangkat Dato' kat Kak Dib. Dato' Adibah Noor. Dah la pandai nyanyi, pandai berlakon, pandai buat lawak, pandai host rancangan, pandai English, pandai buat charity work... pandai pandai pandai!! Ish, memang sessswaiiii gitu dapat Dato'!!!

f~

Monday, April 03, 2006

I'm Inspired By You


Finally, Ayah Kita Bos was launched last April 1st 2006 at Gerai 33, Laman Seni, Kuala Lumpur!

It was a simple and straight-forward occasion... the kind of occasion that hubby likes the most. A 10' x 10' gerai, a small speaker and mic, and hubby launching the book amid the late morning crowd. Nevertheless, all of us had fun, and I was equally proud.

Mana tak nya... ini lah pertama kali I drew up some panels of cartoons under the tutelage of Dear Hubby, and being published too! And that my hubby bothered to be closely associated with some of My Favourite Things i.e in this case would be Tok Rimau, Naga et al... uih, bangga and besar hati, seh. Saaaaaaaaaayang Abang. Muamuah.

Ada gossip bessst diberitakan oleh Jonos of PEKATUN.

J:
En. Z*r, wife En. Z*r ni, kartunis yang kat Majalah M*ngg* tu ka?

Z:
Uish! Bukan! Bukan! Dia Arkitek! Tiada kaitan dengan kerjaya kartunis!

J:
Laaa, dah heboh orang gossip yang Kak A*n yang lukis dalam Ayah Kita Bos ni adalah Kak A*n yang kerja kat M*ngg*! Semua kata elok sangat lah tu, En. Z*r kawin dengan kartunis jugak!

Z:
Uish! Bukan! Bukan! Dia Arkitek!
Tiada kaitan dengan kerjaya kartunis!


* * *


On the first page of Ayah Kita Bos to hubby,
Naganaga wrote, apart from his sketch of Siput instead of a Naga:

Tabik Z*r,
Naga.



And Tok Rimau wrote:

Z*r,
I'm inspired by you,

Tok Rimau.



I think it is more that the both of us who are inspired by them two than them us!

Maka, dengan lafaz Bismillaa hirrahmaa nirrahiim, saya rasmikan blog public saya yang tah ke berapa ini untuk berkongsi cerita serta meluah rasa.

Semoga kali ni tak kena hack macam tahun 2003 dahulu. Terus aku malas berblogging lepas tu.

f~

Saturday, April 01, 2006

Zulkifli Noordin OTaK button

Karipap Mau Rassa

Sidebar book logo: Cartoons On Tun

Download Ringtone Icon

Bangsa Malaysia Poster

BERSIH Yellow Logo

Blog Widget by LinkWithin