Friday, November 03, 2006

SELAMAT TINGGAL UMAR TAN ~ a eulogy

by S.Arutchelvan
[Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram)]

Pada 3.47 petang, saya menerima sms dari kawan saya Lee Kang yang berbunyi, "Tan died of heart attack today. Hav u heard of this?". Disekeliling saya pada masa itu beberapa orang komrad dari PSM dan wakil 15 orang peneroka bandar dari 6 kampung.

Kami berada di Pejabat SUK Selangor menanti satu rundingan mengenai isu pengusiran. Saya terkejut dan diam sahaja melihat sms dan tidak menunjukkan mesej ini kepada orang lain. Mesyuarat di SUK nak bermula pada 4 petang. Saya harapkan apa yang yang terpapar dalam telepon bimbit saya itu satu gurauan dan saya sengaja takut sangat nak confirm sms tersebut.

Setelah 15 minit, saya tak dapat tahan lagi. Saya telefon Lee Kang dan tanyakan dengan beliau beberapa kali samada berita ini adalah sahih. Beliau kemudian memberitahu dia dengar berita dari Eli- seorang lagi kawan baik ku. Sekali lagi, saya enggan bertanya kepada Eli kerana takut berita itu adalah benar dan tidak mahu menerima hakikat tersebut. Saya terus balik kepada rundingan saya dengan pihak SUK. Kawan saya, Selvam melihat kegelisahan saya bertanya apa dia. Saya tunjukkan sms dan berita kepada dia. Beliau turut terkejut.

Setelah mesyuarat SUK tamat pada jam 6 petang, saya sekali lagi meneliti handphone saya yang memang saya senyapkan semasa rundingan tersebut. Saya melihat tidak ada mesej baru dan saya gembira sedikit, kerana jika betul Umar Tan yang meninggal, mesti ada banyak sms yang masuk. Saya harapkan ada member lain yang akan beritahu bahawa mesej itu adalah palsu dan satu lagi spekulasi kosong, seperti banyak spekulasi lain yang sering dicakap-cakap oleh geng-geng reformis.

Saya kemudian telefon Pak Din pula, seorang lagi veteran Reformis dan Pak Din mengatakan dan mengesahkan memang Tan meninggal. Maka hakikatnya sudah menjadi realiti. Tan memang sudah meninggal.

Saya tidak faham mengapa saya sedih sangat. Saya terasa sedih semasa Fadhil Noor meninggal, semasa V.David meninggal dan semasa Rashid Maidin meninggal baru-baru ini tetapi pemergian Tan memang lebih menyedihkan. Seperti ada satu kehilangan besar dan gerakan perjuangan kita.

Saya tidak kenal keluarga beliau, saya tidak kenal umur beliau, saya tidak tahu dimana beliau bekerja atau dimana beliau tinggal. Tetapi kematian beliau amat memeranjatkan dan seperti ada satu kekosongan tiba-tiba dalam kehidupan saya. Saya tidak faham mengapa? Nak dikatakan saya rapat dengan beliau dan selalu bersama beliau, memang tidak benar dan tidak betul. Maka apakah yang merungsingkan fikiran saya. Bagaimana seorang aktivis yang tak mempunyai jawatan tinggi memberi impak yang begitu besar?

Umar Tan adalah seorang pejuang reformis yang tulen. Ramai reformis yang lahir pada tahun 1998 tetapi ramai mereka mati begitu sahaja. Mereka tidak dapat bertahan lama, sudah berputus asa atau mula memikiran benda-benda lain. Tetapi dari golongan itu, ada segelintir kecil yang boleh katakan reformis "hardcore" yang tidak mahu menyerah. Masih memberi komitmen seolah-olah kita berada di bulan September 1998.

Tidak ramai yang akan mati sebagai reformis tulin. Tan adalah seorang pejuang yang gigih, berdisiplin, boleh diharap, akan menepati masa, seorang yang peramah, baik hati , amat komited, suka duduk bersama minum teh, akan sentiasa berani turun ke jalanraya, sentiasa berendah diri, tak angkuh, berani dan pandai bergurau. Beliau adalah seorang pejuang yang boleh diharap dan dipercayai. Beliau tidak memegang jawatan tinggi atau mempunyai pangkat. Namun setiap orang yang melihat mukanya akan mendapat satu bentuk keriangan. Inilah mutu dan tahap seorang pejuang yang susah hendak dicari penganti.

Saya sering tertanya-tanya, bagaimana beliau menyara hidupnya kerana saya boleh melihat beliau dalam hampir setiap demo dan aksi massa.. Bila kita duduk minum teh, beliau berlumba-lumba nak belanja kita pula.

Satu lagi kelebihan Umar Tan adalah saya tak pernah melihat beliau bermain politik kaum, malah beliau seorang yang amat popular di kalangan semua kaum dan agama.

Komitmen dan pengorbonan Umar Tan harus menjadi piawaian bagi setiap aktivis di tanah air kita. Beliau adalah seorang aktivis yang menyeluruh dan jika kita mempunyai lebih orang seperti beliau, perjuangan kita sudah pasti menjadi lebih mantap dan kukuh.

Saya mendapat berita bahawa beliau akan dikebumikan pagi esok dan apabila saya dan kawan-kawan hendak berlepas pada jam 10.30 malam, kami mendapat berita bahawa beliau sudah dibawah ke kubur. Saya tidak sempat ke Bangi kerana maklumat yang diperolehi tidak tepat. Namun pemergian beliau masih mengusik fikiran dan minda saya. Saya tak dapat tidur dan terpaksa saya menaip artikel ini.

Ada sedikit bisikan mengenai agama dan keturunan Umar Tan, siapa ahli keluarganya dan sebagainya. Bagi saya, yang meninggal adalah seorang manusia dan pejuang yang berjuang untuk keadilan dan kebenaran. Saya tidak kisah cara beliau dikebumikan, apa warna kulitnya, apa agamanya, apa makanan yang beliau makan. Bagi saya, Umar Tan lebih tulin daripada semua itu.

Besok, lusa dan masa depan, semasa saya turun untuk berdemonstrasi, satu muka yang sering bersama kita akan tidak ada lagi. Kekosongan dan ruang kosong itu susah hendak diganti…

Umar Tan (24 Oktober 1953 - 02 November 2006)
Demo Terakhir, 30 Oktober 2006

Marx pernah berkata, selagi ada ketidakadilan, selagi itu ada perjuangan menuntut keadilan. Selagi ada perjuangan, memang ada orang-orang yang bersinar seperti Umar Tan yang akan sentiasa bersama kita dalam perjuangan ini.

Selamat Tinggal Tan….Perjuangan ini akan kami teruskan.

S.Arutchelvan
3 November 2006
1.20pagi

3 comments:

Tok Rimau said...

1. Takziah untuk keluar Omar.

2. Layout Blog anda kelihatan okay. No problem. Saya menggunakan I.E. 6.0

Roti Kacang Merah said...

Tok,
thank you kerana 'pantau' layout!!! itupun setelah saya spend hampir sehari-suntuk untuk memperbetulkan layout!

Yang saya tahu sekarang, kalau saya nak key-in entry, kena guna IE... baru lah compatible untuk IE dan Firefox.

Kalau guna key-in thro Firefox, alamatnya mungkin kat IE nampak tak balanced.

Anonymous said...

Assalaualaikum

Memang sedih sangat, walaupun abg tan bukan sdr mara jamil tetapi jamil terasa kehilangan sangat, jamil kenal abg tan hampi 7 tahun sejak mula reformasi, selalu berjumpa tiap-tiap minggu di rumah dsai, bila dah tak mengikuti politik jamil menjalankan kerja amal jamil meyelamatkan kucing terbuang, hanya abg tan sahaj raformis atau ahli keadilan yg sentiasa menjengok jamil di bukit bintang, kadang-kadang 2-3 kalis eminggu, selalunya abg tan akan datang dalam pukul 8.30 malam, abg tan selalu menyakat jamil dengan cara cuba-cuba berselindung untuk mencuri mengambil gambar dengan hp, selalu abg tan akan pura-pura menyorok belakang orang, masih terasa gelagat abg tan, dan kehilanganya, tiada seorang pun yang menghubungi jamil menyampaikan berita, jamil hanya di beritahu oleh seorang reformis yang berkerja sebagai pemandu bas metro itu pun dan pukul 8.25 malam, jamil marah beliau kerana bergurau, tetapi beliau tetap mengatakan ya. jamil menghantar sms ke kedua-dua hp dsai meminta kesahihan tapi sampais ekarang tiada balasan, buat abg tan akan tetap di hati jamils ebagais eorang abang,rakan,shabat, yang baik. abg tan tiada gantinya bagi jamil. semoga roh abg tan di cucuri rahmat insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin