Wednesday, November 22, 2006

Scramblings

Malam semalam, ketika dalam perjalanan balik dari Keramat….

Nak dengar citer tak?

Tak nak, tak nak.(sebab aku tahu Abang akan cerita jugak)

Masa Abang Darjah 5 dulu, kami ada sorang kawan, nama Yaakob.

Yaakob apa? Yaakob Latif ke? (nama KL’s First Mayor, ni. Konon aku nak wat lawak...)

Tak, tak. Yaakob apa tah. Anyway, satu hari, dia datang sekolah, tangan dia luka-luka.

Atu?

Cikgu tanya, “Awat tangan hang luka-luka tu Yaakob??”

Hmm…

Tanpa berfikir, dia jawab, “Toka keghak, Cikgu!”

Eh???

Haa, tu lah! Kami sekelas dok fikir, apa bennnnda la mamat ni merepek. Pastu, cikgu tanya la lagi, “Haa?? Toka keghak??? Penyakit ka apa tu, Yaakob?”

Atu???

Rupa-rupanya, Yaakob tersalah cakap. Sebenarnya, kegha tokak (kera tokak)! Dia ada bela kera panjat pokok kelapa, jadi, kena gigit dengan kera belaan dia!

Laaa…
***

Mengingatkan aku.

Masa aku baru mula kerja di organisasi ni, aku dan penolong aku Jefri kena pi lawat tapak-tapak projek yang dah ‘dihumban’ ke aku selaku arkitek baru.

Dengan driver office, kami pun mulakan perjalanan… the first among 5 sites.

“Mula-mula ni Cik nak ke mana dulu???”. Masa tu aku belum kawen lagi maa.

Dengan selamba je aku cakap, “Kita pi Jalan Keling Gentang dulu ah ‘bang…”

Jefri dah gelak-gelak sakan kat seat belakang. Tapi abang Driver faham.

“Baekkkk,” kata brader driver sambil senyum-senyum tahan lawak. Maklum, aku masa tu pegawai baru, brader driver ada rasa segan nak gelakkan aku kot.

Aku tak bermaksud nak racial slandering, maa… tapi tersalah cakap. Sebenarnya nak pi Jalan Genting Kelang nu. Sorry lar…

f~

3 comments:

Zetty said...

dasat drebar tu, cakap Jalan Keling Gentang pun dia boleh paham. adakah dia..err.keling?

Roti Kacang Merah said...

zetts
hahahaha. dak, dia melayus tulinz. tah tah, djowo. hehe

lil ms d said...

LOL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin