Wednesday, November 08, 2006

Pekung Lintang Pukang

Kahwin, cerai, mati, kahwin, cerai, affair, mati, cerai, ma…

Itu je cerita hangat musim ni.

Siti & Datuk K menikah.

Hani Mohsin meninggal.

Nora Danish & anak Tan Sri Ramli Ngah Talib menikah.

Erra & Yusry bercerai.

MG Pillai, Toer, Steve Irwin & Abg Umar meninggal.

Nurul & Ajai bercerai.

Britney & Kevin bercerai… despite their own home-made docu of their love story still aired on Astro.

Eh…. Senarainya terrrrrlallllu panjang.

Ni bertambah pula konon-konon ada cerita model dari negara ceruk mana jadi mistress Menteri pastu proxy tolong sampaikan 'silent'-cash (CASH, beb) diiringi bodyguard-bodyguard menteri sendiri pastu bodyguard-bodyguard gelap mata plak tengok duit banyak kamelar sebab duit gaji dah habis belanja masa Raya (atau Menteri kedekut tak kasi bodyguard duit raya and bonus?) jadi depa pun ambil keputusan pi culik orang negara ceruk mana tu yang sepatutnya dilindungi pastu bunuh orang tu pastu letupkan dalam hutan ceruk mana pastu amek duit tu pastu bahagi-bahagikan satu untuk kau satu untuk aku dua untuk kau dua untuk aku tapi ada setan-setan lain yang tak dapat habuan terus jadi malaikat tolong beritahu apa member-member setan lain dah buat untuk cover Bapak Setan yang kebetulan pula dipilih rakyat untuk memimpin rakyat.

Moral of the story? Apa-apa pun kebenaran atau tidak cerita di atas, kita tetap akan jadi kita, Rakyat Setan.

Fuh. Macam citer CSI:Miami. Abang kata, ni bukan CSI:Miami. Ni CISSS:M’sia. Barulah kena.

Apa-apa pun, syabas buat kawan baik Abang, Abg. Zul Noordin serta team lawyernya kerana Sukma being acquitted from the DSAI case!!! Fuh, bertempek-tempek gambar Abg.Zul & Sukma kat NST, Berita Harian dan The Star semalam. Macam celebrity gitu. Utusan Malaysia je tak da gambar depa. Ruang tak cukup kot.

Moral of ALL stories? That Allah is above all to those who think of themselves of being high, mighty, powerful and hence invincible. Kalau Allah nak tunjuk and dedah pekung kau, Allah akan tunjuk and dedahkan jua. If you’re lucky, Allah will be gentle to you. If you’re not, then better pi lari masuk ribut Katrina dan tsunami nu, agar kau lesap terkubur dengan cerita-cerita hodoh kau. Buat malu keturunan je.

Allahua'lam.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin