Tuesday, November 21, 2006

Kuih SeRemp-It

Hari ni dah 29 Syawal. Esok dah bulan baru. Sebulan lagi bulan Haji. Ish, kejap je kan. And ish, aku sempat buat PuasaNam selama 2 hari jek tahun ni... dok tangguh, tangguh. Makin Syawal nak habis, masa tu lah jabatan-jabatan sibuk nak buat 'open house' lah, aku tak sihat lah, aku takleh puasa lah.

Tapi Raya Puasa baru-baru ni, bagi aku, seronoknya ada lebih sikit... sebab Raya pertama aku beraya dengan 'extended family' i.e keluarga Abang di Pendang. Kami balik Pendang on 2nd Raya after first celebrating in Bangi.

Huiii hingaq tak hengat beraya dengan keluarga Abang. Bessst! Yang aku rasa paling selesa adalah sebab bukan aku sa-orang je yang bersaiz German Dompot kat sana, tapi orang lain juga, termasuk anak-anak saudara Abang. Maka jadilah kami sekaum ~ German Dompots bermuka Paki (arwah Abah Abang asal dari Pakistan). So, in Pendang, size does not matter coz everybody's on the same boat...heh2.

Kalau beraya kat belah aku lak, saudara-mara aku asyiklah nak kutuk-nyakat-tegur saiz badan aku and Abang... macamlah tak de benda lain yang nak dibuat bahan perbualan ~ like, tucing-tucing aku ke, kerja aku ke, kerja Abang ke...

Aku paling suka anak-anak sedara Abang. Depa refer Abang as 'Pak Ngah'. Semua anak-anak saudara Abang pandai-pandai belaka. Dan yang paling penting, depa semua taiiiiiyaaaangggg kat Mak Ngah depa ni...hehehehehe. Tu pun sebab Pak Ngah dorang memang sayangkan dorang sejak kecik lagi.

Dalam semua anak-anak sedara Abang yang 20 orang tu, ada 4 orang se-beradik yang tak reti-reti nak panggil aku Mak Ngah or Cik Lin, and panggil aku Kak Lin instead. Tak pe tak pe aku suka aku suka sebab jadi muda gitu.

Empat beradik ni (Shafiq 20, Syamiem 17, Shasha 14 and yang bongsu umur 6) adalah anak-anak kakak kedua Abang, Kak Tun. Hari kedua kami di Kedah, Kak Tun buat open house. Ada banyak biskut-biskut Raya yang sedap.

Aku:
Hmmm... sedapnya biskut-biskut ni...! Rajinnya korang tolong Mak buat biskut!

Miem:
Eh semua tu kueh tunjuk ja la Kak Lin. Ada satu ja hat Mak buat.

Aku:
Ya ka? Kueh hat mana satu?

Miem:
Alah, yang mudah tu... serundit, serindit ka apa nama dia..

Aku:
Kueh Serindit? Ropa macam mana tuuu???

Shafiq mencelah:
Ihhh addddaaa ka nama dia camtu, Miem. Kueh Serendit lah!!!

Shasha pulak mencelah:
Eh bukaaaaaaaannnn. Bukan lahhh. Nama dia lain sikit! Hmm, Serempit ka. Eh, bukaaaan... tapi sikit-sikit maaacam Serempit lah...!

Aku:
Hmm... kuih Semprit kot...??

Shafiq, Miem & Shasha:
Haaaa... itu lah diaaa. Sempriiiit!

Hahahahaha. Bestkan diorang? Heh heh.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin