Monday, November 06, 2006

Dua Perkara

Dua Perkara aku dan Abang pelajari minggu lepas:-

1. Walaupun kucing-kucing anda (seperti Labu & Labi) tidak pernah dilepaskan keluar untuk bergaul dengan kucing-kucing lain, mereka masih perlu divaksinkan supaya ada perlindungan viral-infection ke atas mereka. Terutama sekali bila kucing-kucing anda (seperti Labu & Labi) akan dihantar 'boarding' ke klinik semasa cuti-cuti yang panjang dan akan dikelilingi oleh beratus-ratus lagi kucing yang lain yang entah sihat entah tidak sekor-sekor tu... maka perlu sekali kucing-kucing anda divaksinkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan untuk boarding, ok?

Kalau tak, walau hanya selepas 3.5 hari bersama rakan spesis yang lain, kucing-kucing anda (seperti Labu & Labi) akan dapat penyakit-penyakit meragam, tak mboh makan, viral infection dalam tummy, muntah-muntah, berak-berak, kencet-kencet, gusi merah & sakit lantas tak boleh makan, dan depressed. Kesian diorang, tau. Dan amat menyusahkan sekali bagi anda, kerana setiap kali balik dari kerja atau bangun pagi nak bersiap-siap pergi kerja, anda perlu mencuci dan mengelap tempat-tempat muntah-berak-kencet mereka. Tapi, kesian diorang, tau.

2. Apabila ada di antara rakan non-Muslim anda yang masuk Islam (alhamdulillah) di rumah kawan-kawan ustadz dan bukan melalui Jabatan-jabatan Agama, sila pastikan rakan anda itu cepat-cepat pergi mendaftar secara formal di Jabatan-jabatan Agama yang berkenaan. Supaya rakan anda itu cepat-cepat dapat sijil / kad masuk Islam. Ada registration. Ada bukti. Supaya kalau ditakdirkan rakan anda itu pergi menyahut seruan Ilahi, segala proses pengambilan jenazah dan pengkebumian akan lebih mudah dan tidaklah berlaku lagi seperti kes Moorthy.

Setelah hampir 15 jam jenazah Abang Umar ditahan dalam bilik mayat, mujur ada terjumpa slip resit zakat di dalam dompet Abang Umar at the eleventh hour yang membuktikan bahwa beliau adalah seorang Islam maka perlu dikebumi cara Islam... Sikit lagi nak berlaku kes Moorthy kala di bilik mayat hospital. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Besar dan Berkuasa, 3 1/2 jam selepas Abang Umar dapat dikeluarkan pada pukul 7pm, jenazah Abang Umar selamat disempurnakan dan disemadikan di Kawasan Perkuburan Islam Teras Jernang, Bangi iaitu pada pukul 10.40pm. Disaksikan dan dihadiri oleh rakan-rakan seperjuangan yang maha ramai, termasuk yang non-Muslim juga, dengan tenang dan redha. Alhamdulillah.



Jangan lupa beli keluaran Suara Keadilan terbaru (esok, Rabu, 8 Nov 2006) untuk mengetahui kisah dan cerita lanjut mengenai Abang Umar. It'll be a feature dedication story (However, Abang's online version is here).

Do read also a very vivid and heart-rendering eulogy, Perginya Seorang Pejuang by Elizabeth Wong.


f~

2 comments:

Anonymous said...

Hari ini jamil menerima berita sedih dan terkejut, seorang pemandu bas metro juga seorang kawan jamil memberitahu bahawa sdr umar tan abdullah atau jamil selalu panggil abang tan telah pulang ke rohmatullah, Abg tan adalah seorang reformis , beliau memelok agama islam sebaik sahaja Dato Seri Anwar Ibrahim di bebaskan, jamil kenal abg tan sewaktu sebaik sahaja mengikuti reformasi dahulu. sampais ekarang hampir 7 tahun kami kenal. beliau seorang yang sangat baik, selepas jamil meninggalkan politik hanya banag tan sahajalah yang selalu datang mengunjungi jamil di bukit bintang, malah dalam seminggu beliau mesti sekali datang menjengok jamil. tidak ada pemimpin atau ahli keadilan mahupun reformis yan gd apat menandingi abg tan, beliau banyak memberi nasihat kepada jamil, apabila abg tan datang ke bukit bintang beliau mesti pura-pura menyorok dan menghalakan handphone nya ke arah kucing jamil,kononya nak curi ambil gambar, tapi jamil memang dah tahu gelagat beliau. memang terasa sekalu terhadap pemergianya, tetapi jamil begitu bersyukur beliau pergi dalam islam. beliau ada seorang sahabat yang sukar di cari ganti, buat abg tan semoga rohmu du cucuri rahmat dan di letakan bersama para shuhada. amin.

Roti Kacang Merah said...

Abg Jamil,
Kita doa banyak-banyak untuk Abg Umar, ya? Ramai betul yang rindu dan sayangkan Abg Umar. Mudah-mudahan bila tiba waktu kita untuk pergi esok, ramai yang sayangkan ke kita mcm ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin