Thursday, October 05, 2006

Sepatula

Kome seme nak tau dak berapa pasang kasut aku yang dah terkopak dalam masa dua minggu terakhir bulan lepas?

Not one, not two, but fllllamin' four pairs, folks. Satu black flat pump (circa end 2004); satu beige heels (late 2005); satu brown sandals (Raya 2005); and a black sandal (early 2004) ...which is alllllmost dead for good.

Itu lah dia Murphy's Law dalam erti kata yang sebenarnya.

But my luck takes that I work vewy near to Sogo... where the sales is practically all-year round. Dan Abang pulak asyik berseloroh, "Tiap-tiap hujung bulan kata nak beli kasut bila gaji masuk. Dah 4 pasang kopak pun, tak beli-beli gak lagi."

Ya, ya. Aku ni ada 'sakit' sikit... tak macam pompuan lain, aku malas pi shopping. Try try, tak muat. Try try, tak cantik. Try try, muat dan cantik tapi mahal. Eiii... self-degrading and humiliation, you. Tapi aku bersyukur sebenarnya that Allah jadikan aku tak muat dan tak cantik... kalau sentiasa muat dan sentiasa cantik, alamatnya..... habis hancur punah ranah.

Tapi semalam, lain cerita. Ambik, cuba, angkat. Ambik, cuba, angkat. Hah... EMPAT pasang kasut sekaligus. Alah tau lah kalau orang lain beli 4 pasang sekaligus tu, tak menghairankan. Tapi ni aku la. Nak beli dua pasang setahun pun, payah tau!

Kasut mahal yang Abang belikan awal tahun ni pun, aku punya lah suka kasut tu sampai aku pakai til lunyai hancur reput alas tapak kat dalam kasut tu, sampai aku malu kalau kena buka kasut untuk cuba kasut lain. Semalam dah kena dah dengan sekor budak kecik ni... dia lalu tepi kasut ofis lunyai aku, and dia bitau mak dia, "eiii Mommy Mommy, what shoe is thiiiis?". Aku gelak malu je. Mujur mak bapak dia ada... kalau dak, Auntie luku Sayang, tau. Sayang tak sayang mulut, neiii.


Dan bila sampai rumah, habis aku buang semua kasut-kasut lama yang durjana tu!!! Puas hati aku.

Okeh, lepas ni, handbag lak. Brown and Black (ya, ya... beg-beg aku brown, black or beige, je. No pinks of fuschias or pastel blues or flowery greens or whutever. Malas carik kasut -and the humiliation- to go with the bag, mahhhh). Next month lepas Raya punya gaji, that is.

Beli bag tak pe... no self-degradation would take place.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin