Monday, September 04, 2006

Wahai Tuan Presiden

Beberapa bulan lepas, adik aku Sherli ada tumpang guitar tong pemberian kawan dia di apartmen aku. Dia tumpangkan sebab suruh aku belajar main guitar. Sebab dia tahu memang itu yang aku impikan: main guitar sendiri dan nyanyi, tak perlu lagi ada guitarist kalau terasa gatal nak perform. Sendrik boleh bikin semua. Kebetulan, Abang pula sangat menggalakkan dan merestui aku belajar main guitar. "Supaya A*n boleh main lagu Iwan Fals," katanya.

Mana nak belajar main guitar yang betul-betul boleh belajar main guitar, haa? Banyak tempat aku tanya, RM70 sebulan, sejam seminggu. Boleh meh, belajar macam tu? Aku nak suruh/upah adik-adik guitarist aku ajar main, segan lak. Depa kan jantans. Nak blaja dengan adik sepupu aku yang terror main guitar, dia pula masih belajar di Tronoh.

Aku dah siap ada target list dah, nak main lagu nyanyian siapa. Indigo Girls, Shawn Colvin, Alison Krauss, Sheryl Crow... uiii, bestnya nak bayangkan tatkala aku keseorangan di waktu minggu-minggu yang Abang kerja, aku jamming sengsorang main guitar dengan Labu&Labi duduk ala sphinx kat depan aku. Besssssst...

Kalau korang tak kenal sapa penyanyi-penyanyi yang aku sebut kat atas tu, pi check kat YouTube sana. Berlambak gak videoclip depa.

Kot sapa-sapa yang ada kenal any ladies yang pandai main guitar, habaq2 mai la sket kat aku naa? Bayaran dan jam(hours) boleh dibincangkan.

***

Aku surf site YouTube nak cari clip lagi for my weekly clip kat sidebar tu. Cari Indigo Girls, terjumpa yang depa team-up dengan Pink, lagu Dear Mr. President.

Best giler lagu ni, meremang bulu roma bila dengar liriks dia. Aku pasti penyanyi-penyanyi tempatan kita ramai yang dah tulis lagu-lagu macam ni, tapi aku pasti juga lagu-lagu tempatan yang macenggitu tak boleh diperdengarkan di sini.

Kalau aku jadi Bush Jr. ka, Bush Sr. ka, Clinton ka... aku akan terasa bila dengar lagu ni. But, you know, as if they all care.

Clip yang aku sertakan di sini adalah Pink live di NYC. Kalau nak tengok video clip serta liriks, pi kat site aku yang lagi satu di sini ok? Enjoy.



f~

4 comments:

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

Beshnyer lagu tuh.. nak carik jap..
Bgus gile lirik dier... bgus gileeerrr....

BTW, ak lin, French and Saunders bnyak kat YouTube.. Fahy gelak2 jer tengok dorg.. hehehe...

Roti Kacang Merah said...

semalam KLn baru nak carik CD Pink ni kat kedai DVD bawah tu, tgk2 dah tutup! dah kena raid kot, heh heh

Udi pun ada kat F&S byk dalam YouTube...nanti KLn nak wat weekly show of F&S lah on the blog! hehe

kak yeen said...

kalo tak dapat jumpe lagik cikgu gitar tuh cubela pujuk2 abg sanas tuh ajar teheheheh...dia tuh buleh tahan gak..wahh camnih blehla bejammin besama cousins bebile,ill play the drums!! (cewah..yo-o-o je wahohoho...)

Roti Kacang Merah said...

ala kak yeen, maunya abg shanas nak ajar kak lin. sure dia cuak. huak.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin