Monday, September 04, 2006

Wahai MAXIS

I've so much work at the office, but this is so bloody ridiculous. Tensi betui.

Dipendekkan cerita, semalam, aku kehilangan handphone di rumah Auntie aku yang masa tu ada kenduri bercukur kecil-kecilan. Kami suspect hp aku dicuri, sebab 'orang' tu tutup hp aku tu (coz semua orang cuba call no. aku tapi tak dapat). Aku ada la suspect seseorang... and my suspicion was backed by a few others including Abang, too.

Somehow, sebelum aku dan Abang bertolak balik dari rumah Auntie, aku sebut kuat-kuat, "Hmph, tak pe lah... Jom lah kita balik! Memang akan jadi rezki tak halal orang lah tu!", in hopes that sesapa yang panjang tangan tu boleh terasa yang aku haramkan apa-apa rezki yang mendatang pada dia dari hp aku tu.

Dalam kereta, aku pun call MAXIS dari hp Abang, minta depa block simkad aku. Automatically before you can even say "Wow!", kad aku kena block. Fuh, heybat MAXIS ni.

Tapi sampai-sampai di rumah aku, Auntie call Abang. Auntie kata hp aku dah dijumpai di celah-celah rak buku, sebab ada bunyi tit-tit macam bateri habis (tapi bateri hp penuh lagi, cuma bila ada unread messages, hp kasi signal yang aku ada mesej yang tak dibaca).

Celah rak buku??? Aku letak hp kat atas meja laptop, boleh ada kat celah rak buku??? That's highly unlikely and inconspicuous, since masa kat rumah Auntie, Udi adik aku dah merangkak-rangkak mencari hp aku keliling tempat tu.

Ah well.

Aku pun call lah balik MAXIS, pukul 3pm, minta tolong sambung balik line. Dan before you could even say "Wow!" juga, the operator said, "Ok, done!". She said to allow 2-hour lead time for the line to be able to use back. Two hours?? Nak potong, automatic. Nak sambung balik, 2 jam? Whattt tha.

That was yesterday, 3.10pm.

Today, at 3.10pm, setelah TUJUH KALI aku call within this 24 hours, line aku tak disambung-sambung lagi! Aku dah on-off-dan-ganti-kad-ke-phone-lain-etc dah. Last-last depa soh aku pi MAXIS Center to ganti kad baru! Ye lah, walaupun F.O.C, that's besides the point, kan?

The point is, macam Abang rightly pointed out pagi tadi... kalau nak minta block kad, sepantas kilat boleh buat. Tapi kalau nak minta tolong sambungkan balik, huru-hara hidup dibuatnya! Padahal, semuanya dari satu sistem yang sama, bukan ke?

ha? haa MAXIS??? jawaaaaaab???!!!

Eiii gewam aku.

f~

3 comments:

Ahmad Nurfarhi Rosley said...

Tu la Maxis, mcm big boss dier gak.. bak saed ckp "ham lo ko ko tul" hehehe... seb baek tak seteruk yg bikin jalan. Kalau dak mesti jawab "Ini bukan salah saya, salahkan Tuhan sbb hilangkan hp." hahaha...

Udi kate ader hantu curik ker?

Roti Kacang Merah said...

Udi tak kata apa2 pung, tapi dia cakap dia sndri dah rangkak2 cari hp aklin tak jumpa!

eiii kalau tak kerana MAXIS ada byk agent and no ni abgzul yang sponsor, aklin dah tukar provider dah!

cumulonimbus said...

Hi Roti Kacang Merah. I've send an email to you. Please check.Thanks.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin