Thursday, September 14, 2006

Ketua Bilis

Abang cerita semalam, dalam suratkhabar BH ada masuk berita tentang banners/buntings yang terpampang di lebih kurang 10 tempat, yang khas ditujukan buat IGP baru kita.

Apparently, polis mencari-cari siapa pembuat banners tu. Nak berkenal-kenalan, kot. Ye lah, kalau dah betul apa yang tertera di banner tu, nak tangkap buat apa? Buat malu je.

Sesiapa pernah baca sedikit sebanyak transkrip mahkamah on the perbicaraan of Anwar Ibrahim would know that the below catchphrase, which was what being printed on the banners, could be exceptionally true:

Siakap senohong gelama ikan bilis --
Bercakap bohong lama-lama jadi Ketua Polis

heheheheheheeee. Smart-a** betul sesiapa tang buat tu heheheheheee. Have to admit the person HAS to be given the credits for such creativity.

Sayangnya pemerintah-pemerintah kita ni, tak apa lah kalau tak segan dengan kita rakyat yang bijak pandai, tapi tak takut pula dengan soalan-soalan Allah esok bila 'di sana' kelak.

Allahu a'lam.

f~

1 comment:

Anonymous said...

TAHNIAH MUSA HASAN

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Disember 1998

Fernando: Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?
Azizan: Ya.
Fernando: Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?
Azizan: SAC1 Musa bin Hassan (Pegawai Penyaisat).

Adegan di atas adalah keterangan saksi utama kes Anwar, Azizan Abu Bakar ketika disoal balas dalam mahkamah oleh peguam Anwar Ibrahim, Christopher Fernando.

Keterangan yang dibuat di bawah sumpah (under oath) ini tidak disanggah oleh pihak pendakwa atau dinafikan oleh Musa sendiri.

Anwar kemudian di jatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Tidak menghairankan Musa selepas itu, dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya, Pengarah Siasatan Jenayah dan Timbalan Ketua Polis sebelum dilantik sebagai KPN menggantikan Mohd Bakri Omar 12 September lepas.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin