Wednesday, August 02, 2006

Kucing Sedih

Malam tadi sampai rumah dari kerja, seperti biasa, kami suami isteri akan bergurau-gurau dulu di atas katil.

Bergurau-gurau di atas katil dengan Labu dan Labi, lahhh. Takkan nak berlucah dalam blog rating U ni. Kottttor la kowrang ni.

Dalam bergurau-gurau, aku puji-puji Labu Labi sebab bau wangi. Sebab aku baru mandikan diorang malam kelmarin.

"Eiiii wonginya dia niiiii, mmm, kakak caiiiyang kowrang ni tauu... caiiiyang cangat niii.... mmm wongi wongi niiii...."

Suami aku, memang tak pernah mandikan kucing-kucing ni, walaupun dia sayang Labu Labi sangat-sangat dan Labu Labi pun sayangkan dia lebih dari sayang aku (sebab suami aku suka rasuah Labu Labi dengan ikan rebus setiap kali suami aku balik dari kerja. Mana aci, kan? Binatang pun dia ajar makan suap. Ish ish ish.). Alasan suami, tak reti nak handle kucing untuk dimandikan.

Maka malam tadi, aku pun bersuara lagi...

"Bila laaaaa Abang nak belajar mandikan Labu Labi ni..."

Suami diam. Long silence.

"Esok-esok kalau A*n sakit ke, mati ke, macam mana la kucing-kucing ni..."

Dengan perlahan dan berhati-hati Abang membalas,"Mestilah kucing-kucing ni sedih."

"Laaa, maksud orang, siapa nak mandikan kucing-kucing ni larrrrr..."

"Oooo tu ka maksudnyaaaa. Mana Abang tauuuuu, hahahahaha."

Hampeh.


f~

1 comment:

Anonymous said...

What a great site
»

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin