Monday, July 31, 2006

She's Baaaaack!

Dulu, kan. Selain daripada blog Tok Rimau sebagai sarapan aku tiap-tiap hari, mahupun lunch atau minum petang. Aku juga turut menyantap cerita-cerita dan penulisan dari seorang penulis wanita Melayu ni. Itu pun aku terjumpa blog dia sebab blog dia dapat award The Best Malaysian Blog ke, kalau tak silap aku. Dan juga masa aku sekolah menengah dulu, aku jaaaarang tak baca article dia dalam NST (ya, dulu dia columnist dalam NST). Aku suka cara dia tulis. Suka banget.

Seronoooooook baca blog dia! Gelak gelak gelak aku kalau dia tulis benda-benda kelakar. Kalau dia tulis benda-benda sedih, mesti satu hari aku akan teringat-ingat apa-apa sedih yang dia tulis. Tapi selalunya, kalau benda-benda sedih pun dia akan tulis macam seolah-olah bendanya kelakar. Kindalike, c'est la vie - joie de vivre kind of attitude.

Tetapi, awal tahun 2005 (tak silap aku), ada orang telah sakitkan hati dia di dalam blog dia. Bertambah pula dia pun sedang cuba nak menyusur kehidupan baru setelah dilukai in quite a big way. Lalu dia tutup blog dia. Waduh. Macam satu kehilangan! Pagi-pagi dan tengahari, aku menggapai kebosanan. Rupa-rupanya, beratus-ratus lagi peminat setia dia berpendirian sama. Kami sedih, wo...

Ditakdirkan, rakan baik suami aku (tika itu masih boyfriend aku), Kak A, adalah rakan sekerja Blogger ni. Wahlauuuu, aku jerit-jerit kesukaan! Aku minta Kak A tolong sampaikan salam mesra dan rindu aku pada dia dan penulisan dia. Aku gesa Kak A minta Kakak ni sambung blogging. Ish... betapa aku minat ke dia tahap gaban (selain dari Kak Dib Noor, 'fcourse). Blogger ni pula macam tak percaya yang she has acquired hardcore fans out there yang tahap gaban macam aku ni. Ish, macam mana lagi la aku nak buat dia blogging semula, sebab, siapa lah aku ni pada dia, kan?

Suatu hari sebulan dua lepas, Kak A reminded me that the Lady Blogger dah buka balik blog dia... aku so ecstatic! Aku gesa semula suami aku supaya interview dia untuk satu ruangan dalam suratkhabar. Malangnya kan, baru hari ni aku teringat semula yang Kak A beritahu that the lady dah buka semula blog dia.

Lantas, today, being my first day at work after being away for three weeks, I googled her and found her new space!

That's right.... DINA ZAMAN and her GONGKAPASTIMES IS BAAAAACK!!!

Ahhh.... Kakak, you, complete my mornings!!! Dah, dah, lepas ni, jangan pi menghilang lagi, okay??? Promise???

f~

1 comment:

Anonymous said...

wah kak L pasal wanita ini??????????????
ote ote nanti sy try explore pasal dia

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin