Saturday, July 15, 2006

Not At My Desk

Dari 7 Julai 2006 (Jumaat) sehingga 27 Julai 2006 (Khamis), aku akan berada di salah satu Hotel No-Star di Ibu Kota kerana menjalani kursus wajib... induksi jawatan tetap. 45 orang kami. Dari pelbagai jabatan. Dari pelbagai umur. Jawatan Kelas A dan B.

Seronok? Pasti! Dapat kenalan-kenalan baru. Mudah-mudahan dapat mempermudahkan lagi tugasan aku selepas ini kalau ada 'cable' di jabatan-jabatan lain.

Macam-macam kami belajar dalam kursus tu! Bagi pendapat aku, sepatutnya Induksi I perlu dilakukan serta-merta apabila penjawat mulakan tugas di Organisasi, dan kemudian barulah Induksi II dilakukan apabila mendapat jawatan tetap atau naik pangkat... bukan macam sekarang (ini induksi pertama aku setelah 2 tahun di Organisasi. Sesetengah tu, induksi pertama setelah 7 tahun berkhidmat pun ada!). Barulah penjawat-penjawat baru tak bengong bila mula masuk bertugas, lebih-lebih lagi macam di Unit aku ni, di mana hampir semua staf yang masuk adalah penjawat baru untuk jawatan-jawatan yang aku atau ketua-ketua aku tak berapa peduli untuk memperduli sebelum ini! Sekarang ni lah baru nak berterabur cari skop kerja dan Arahan Kerja!


Alhamdulillah, di kursus, aku dah lepas tugasan sebagai Day-M.C (yang diafdhalkan) dan Pengucapan Awam (yang diwajibkan). Dan aku pasti aku lulus agak cemerlang dalam arena-arena bercakap tu. Ha ha syiok sendiri, tapi apa nak buat, itulah kenyataannya, ha ha! Lepas ni ada 7 esei yang perlu disiapkan sebelum 25hb, dan peperiksaan wajib induksi pada 27hb. Siapa ingat kursus ni berholiday, wehhh...

Dan ya, ya... kursus-kursus begini memang semua makanan ditanggung. Sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang... tak lupa gula-gula di setiap meja, setiap masa. Bak kata, makan tanggung, be*ak duduk. Mujur di Hotel No-Star... maka makanan pun No-Star juga. Dan dengan makan No-Star tu pun, kain aku dah ketat, dah. Kalau dibuatnya di Hotel Ada-Star dan makanan pun Ada-Star, mau aku kena ganti seluruh wardrobe aku.

Baiklah. Aku nak sambung buat kerja pejabat, lepas tu esei-esei aku.

Jumpa lagi jumpa lagi jumpa lagiiiiii.

~f

2 comments:

intan_ZN said...

hahahahahahah rase nak terburai perot baca hahahahhhahahah,.
kalau nak tau system filing kite pun ade macam2 mazhab.
peninggggg leh berperang dibuatnyer.
kak L***** bila la nak balik rindu ar.......

kak L***** gi kursus sunyi je opis ni tau

Roti Kacang Merah said...

alahhh hari Isnin sampai Khamis awak suma pi kursus, Kakak pulak sunyi... huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin