Saturday, July 29, 2006

I'm Back!

Rabu malam Khamis. Aku tidur 2 jam aje. Menelaah beribu-ribu buku dan hand-outs. Untuk peperiksaan induksi pada hari Khamis. Yang memerlukan aku untuk lulus. Agar jawatan tetap aku dapat diperakukan. Dan pada malam itu, aku. Ditemani oleh Labi yang beralih-alih tidur di atas buku aku tangan aku perut aku belakang aku.

Fuh. Bahasa Malaysia baku giler, entry kat atas nu. Maklum, 3 minggu belajar Perintah Am la Pekeliling Perkhidmatan la Sejarah la Pentadbiran Malaysia la. Adui.

Yang best tu, satu kelas duk menghafal "akibat-akibat dari peristiwa 13 Mei 69", "butir-butir Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948", "Dasar Persyarikatan dan Dasar Penswastaan", "Cabaran Wawasan 2020" dengan "Tonggak Dua Belas". SATU pun tak keluar! hahahahahaha padan muka semua.

Alah, boleh la... cemerlang, tidak. Tapi lulus? InsyaAllah. Yang penting, LULUS. Kalau cemerlang pun, bukannya dapat hadiah ke apa.

***

Macam-macam berita kematian berlaku dalam masa 3 minggu tu, kan? Pemergian seorang blogger pada 13 Julai. Pemergian seorang kerabat diRaja di tangan anakandanya sendiri. Pemergian mengejut Hani Mohsin.

Bak kata rakan aku atas semua pemergian-pemergian ini... "Ahhh, the impermenance of life..." .

Hati kecil aku sangat ketakutan. Hati besar aku degil tak bertaubat...


f~

2 comments:

Yonne said...

Allo, Dasar Penswataan keluar apa... Gua jawab soalan tu...

Roti Kacang Merah said...

ehhh ya ka ada?

Lar gua tak nampak ah soalan tu. Padanla lu jawab berbuku-buku. heybattt!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin