Tuesday, June 20, 2006

Sudoku

Ahad lepas. Suami ada buat kelas untuk Puan Ainon di Taman Permata. 10 pagi sehingga 5 petang. Bengkel Motivasi Berkarya II.

Aku pula, telah dilanda suatu penyakit. Tapi sebenarnya, penyakit tu telah menyerang satu pejabat aku. Dibawa oleh Boss II aku.

Penyakit main Sudoku.

Bermula dari suratkhabar NST, Star, sehingga ke beli majalah Sudoku. Huiiii, ghalik woo. *Ghalik kalau dah tahu teknik-teknik dia lah. Tak boleh berhenti. Asyik nak nak nak. Gian woo. Tapi kalau tak tahu teknik-teknik dia dan main pakai hentam kromo je, memang mudah give-up. Di pejabat tu, tiap-tiap pagi Boss II akan men-xerox Sudoku di belakang NST untuk setiap seorang dari kami mencuba. Berlumba-lumba pula tu. Tiap-tiap pagi! Mana ada Boss macam tu? Tapi, Sudoku NST mudah bagai kunyah kacang. 5 minit dah boleh buat. Sudoku Star agak payah sikit. Tapi kalau nak lebih thrill, beli buku atau majalah Sudoku... ada peringkat-peringkat yang lebih payah dan advance.

Anyway, I digress.

Sebelum ke Bengkel pagi Ahad tu, aku buka balik suratkhabar Star yang lama-lama di stor apartmen dan aku koyak muka-muka di suratkhabar yang ada Sudoku. Aku sumbat dalam handbag, dan di bengkel Suami, aku buat habis sampai berkeping-keping.

Ah... tak puas, tak puas! Mau lagi. Lagi!

Jadi, lepas makan tengahari, aku minta izin suami untuk ke kedai buku di tingkat paling atas di Giant. Aku tengok, buku-buku sekolah je banyak di situ. Mesti tak da buku Sudoku ni, detik aku dalam hati.

"Bang, buku Sudoku ada bang?" Aku.

"Su...? Su apa..?" Abang kaunter kedai buku.

"Hmm, tak pe lah bang... tak de lah tu kalau tak tahu. Heh." Aku.

Tiba-tiba, di rak buku di luar kedai, aku terjumpa buku poket Majalah Sudoku terbitan U.S! Ohhhhh!!!!!

Aku bawa buku masuk dalam ke kaunter dalam, dan dengan girang aku tunjuk ke Abang Kaunter, "Haaa, ni lah dia buku Sudoku!!! Best wooo buku ni!" Abang Kaunter gelak-gelak, tutup kebodohan kerana tak tahu buku tu sebenarnya ADA di kedai dia.

Dan dengan girang aku bawa buku poket tu ke bengkel Suami. Aku duduk di barisan belakang. Sambil-sambil Suami buat lawak dan mengajar ke pelajar-pelajarnya, aku cuba buat Sudoku. Dua belas Sudoku dalam masa hampir 2 jam, non-stop!

Fuh. Ghalik! Mahsyuuuuuuk!

Dalam kereta, aku sambung buat lagi. Di rumah sambil Suami tonton World Cup, aku sambung buat lagi. Memang mahsyuk!

Itu, hari Ahad. Kelmarin.

Pagi tadi, aku bangun tidur, aku terasa otot leher kejang-kejang. Aku adu ke Suami.

"Itu, lah. Tekun sangat terbongkok-bongkok buat Sudoku. Dahsyat sungguh." Suami.

Fuh,
mahsyuuuuuuk!

Nah, cuba buat. Hui, besssssst!

f~

* Ghalik :
Mahsyuk



5 comments:

sinaganaga said...

oit oit

Tok Rimau said...

Tok kalau tengok nombor je terus give up.

"Murid yang bodoh sekali." kata cikgu add math aku.

Roti Kacang Merah said...

Abg Naga,
apa oit oit. Ni Dudette, lahhh ;-p

Tok,
Bodoh tak bodoh lah... cikgu add masih cikgu, tapi Tok dah jadi lecturer! Heybat!

sempoii said...

nampak nombor je trus rasa cam loya²..fenin²..fitam² hehehe..mana taknya kat opis doploh pat jam ngk nombor. tu je la kejenye.

Harus cuba ni, kalau dah satu opis leh mahsyuk, seswatuhh ni.

Roti Kacang Merah said...

sempoii,
gua rasa lah kan... tah-tah kemahsyukan ini lah yang membuatkan org2 yang mahsyuk main tikam nombor, rasa very mahsyuk main tikam nombor!

mahsyuuuuuuk mahsyuk. yum yum.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin