Saturday, June 10, 2006

Hitz '91

Ada satu lagu top. Masa tu aku tengah buat Persediaan A-Levels di MRSM Seremban. Pertengahan tahun 1991. Lagu tu tersangatlah topnya. Dan untuk tahun-tahun berikutnya, mana-mana kompilasi CD lagu-lagu cinta mahupun rock ballad pasti akan ada lagu ni.

Siapa tak kenal lagu More Than Words oleh kumpulan Extreme!

Tapi sangkaan ku meleset.

Suatu petang, aku dan suami ke kedai DVD berdekatan rumah. Tuan Kedai buka lagu More Than Words.

Aku, "Aiyoh, nostalgianya!"

"Lagu siapa ni?" Suami.

"OHHHHH My God. Abang tak tahu lagu ni?? Satu dunia tahu woo!! Labu & Labi pun tahu lagu ni tau!" Aku.

"Tipu, lah. Abang tak tahu pun lagu ni, pasti lagu ni tak se famous yang di sangka." Dengus Suami.

"Tak caya? Nanti A*n tanya orang. Tunggu!" Aku.

Aku pergi ke kedai dobi-cum-kedai jahit di sebelah. Auntie pertengahan umur, Tuan Punya Kedai, sedang melayan pelanggan hantar dobi. Suami menjenguk, tapi tak masuk.

"Auntie! You kenal tak lagu kedai sebelah sekarang?" Aku.

Auntie pertengahan umur pasang telinga sekejap.

"Kenal, maah. Famous apa. More Than Words neeeeh..." Auntie.

Aku terus gelak-gelak, ucap terima kasih pada Auntie pertengahan umur dan paling semula untuk keluar dari kedai untuk berjumpa Suami.

"Kan? Kan? Kan dah kata, lagu ni very famous! Makcik tua pun tahu, Ha Ha Ha Ha". Aku.

Suami mendengus lagi.

"Meh A*n dedicate lagu ni ke Abang, otey? Lepas ni, kalau orang tanya, Abang kena jawab, 'Wah, ni lagu very famous woooo!'." Aku.

Suami sengih-sengih.

Maka, videoclip streaming yang aku tampal kat bawah ni, di dedikasi buat Suami tersayang. Tapi kan Bang, rasanya liriksnya lebih ke arah Abang dedicate ke A*n daripada A*n dedicate ke Abang. Heh.

Love!




f~

2 comments:

Tok Rimau said...

Tok selalu confuse dengan penggunaan grammar "Conditional If" dalam lagu ni.

Roti Kacang Merah said...

hmm.

bukan 'conditional',like, 'bersyarat', Tok. Tetapi 'conditional' as in 'kemungkinan'.

Kot la kan... heh heh.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin