Friday, June 09, 2006

AF Punya Pasal

Sejak tahun 2003, ada satu pet-shop a.k.a klinik haiwan mini di Bangi yang memang aku dan adik-adik frequent. Depa dah kenal kami dan Adi si kucing. Selalunya aku hantar Adi ke situ untuk boarding tika kami hendak bercuti ke mana-mana. Bayaran pun boleh tahan murah kalau nak dibandingkan dengan hantar ke Hospital Vetrinari biasa.

Hari Khamis lepas, aku call pet-shop di Bangi ni untuk book tiga tempat kucing (untuk Adi, Labu & Labi) in advance, sebab hari Ahad tu kami nak balik Kelantan untuk kenduri kahwin hari Isnin. Macam book hotel jugak lah kan. Kena call in advance.

Maka, pada hari Sabtu sebelum Ahad, pukul 8pm, aku dan suami bawa Labu & Labi untuk boarding ke sebuah pet-shop tu. Rancangannya, selepas hantar Labu & Labi, nak ambil Adi pula di rumah mak untuk diboardingkan sama.

Sampai ke kedai pukul 8.30pm, aku dan suami terkejut. Laaa, kedai tutup??? Tapi, tiap-tiap malam depa tutup pukul 9pm, aku beritahu suami. Aaaa sudah. Karang budak-budak ni nak kencing-kencing karang niii!

Lalu suami turun dan tinjau dia hadapan kedai. Ketuk ketuk ketuk roller-shutter, tapi tak ada jawapan. Suami dail nombor h/p yang tertera, dan suakan ke aku supaya aku bercakap. Uncle yang tolong isteri & anak-anak jaga kedai tu yang jawab panggilan.

Uncle! Assalamualaikum! Ni tuan Adi ni! Kenapa kedai tutup awal Uncle?!

Wa'alaikumussalam! Uncle tak tahu lah. Uncle dah tak jaga langsung kedai tu sekarang!

Habis macam mana ni Uncle, saya dah book tiga tempat dengan anak-anak Uncle, esok pagi saya nak balik Kelantan ni! Aiseh!

Hmm, Uncle tak tahu lah nak tolong macam mana! Tapi kalau terdesak sangat, boleh hantar kucing-kucing ke rumah Uncle di Semenyih! Jauh sikit lah. Nak ke?

Hmm, Uncle tak boleh kasi nombor hp anak-anak Uncle ke? Kot diorang ada kat dalam dan saya call land-line, dorang tak dengar ke...?

Uncle tak tahu lah no hp dorang la Dik!

Pelik, aku fikir.

Agaknya dorang tutup awal sebab nak tengok Akademi Fantasia, kot!

Aiyohhhhh like that also got ka? Tak pe lah Uncle, kami usaha cara lain! Assalamualaikum!

Arghhhhh. Masa tu, aku dan suami rasa macam... macam... macam nak pi bakar Astro tu!
Aku suruh suami berenti di 7-11 berdekatan dan beli suratkhabar untuk tadah si Labi pee-pee dalam bakul dia!

Dan bayangkan kena ambil Adi lagi di Bangi, dan adik lelaki aku yang ada sinus dan allergic dengan bulu kucing tu, juga akan menumpang sama ikut kami balik ke Cheras untuk ke Kelantan esoknya! Kesian ke adik aku... tiga ekor kucing dalam tempat tertutup! Bersin bersin srrruppp srrruppp clearkan kahak di belakang hidung. Mujur dia sabaaaaaar je... kesian dia.

Akademi Fantasia punya pasal. Menyusahkan orang!

Dah. Lepas ni, sebaik-baiknya sahaja kerajaan declare cuti umum bila tiba final Akademi Fantasia nanti. Tak lah menyusahkan orang waktu-waktu terakhir macam gini. Taubat.


f~

2 comments:

intan_ZN said...

antik nyer bakol mengalah kan kecantikan asli LABI N LABU

Anonymous said...

Kebanyakan klinik haiwan, especially satu yang kononnya MESRA di bandar baru Bangi ni yang pentingkan urusan manusia saja..ada kes diKlinik yang saya dulu pergi membiarkan customer menunggu kat luar dengan kucing sakit kerana LUNCH HOUR..Dan jelas nampak staff kat dalam labuh kaki atas sofa. Kebanyakan bisnes ni bukan TOKAY yang ada pun,bila lepaskan kat pekerja ..HABISLAH.
Kena cari yang " duduk atas kedai"
Apalagi yang tutup hari AHAD..Alamak maknanya kucing tu tak makanlah....macam tu buat aper boarding? kalau kita pun boleh tinggalkan kucing tu kat rumah dengan sebaldi biskut berperisa ayam,
Agaknya MEReKA yang buka bisnes ni hanya boleh dabik dan bersuara kerana kucing tak leh cakap..
Kes saya lagi sedih...selama 3 tahun promote dan support kedainya, adalah sampai almost RM 10,000 dilabur kat sana...lagi kita lama, lagi dia buat kita macam TAK KISAH. Bila tanyakan ubat dan apa yg diberi untuk kucing boarding kita..dia jawap doktor punya hal PNC ( Private and confidential)..ahh? kita nikan Tuan kucing tu dan nak teruskan rawatan dirumah...nampak sangat nak suruh bawak kucing ke situ selalu...agaknya merekani gembira tengok KUCING SAKIT...
Saya dah tekad akan boycott kedai itu dan seru semua yang ke kedai itu diBangi ni..hentikanlah hantar disana...sebab mereka disana lupa yang manusia adalah ciptaan Allah yang berakal yang ada diantara kami yang hidup untuk memberi pembelaan kepada haiwan bernama kucing ini..dan terpaksa berdepan dengan mereka YANG BERILMU yang hanya pentingkan bisnes buat duit.
Sekian
Johar Johari
Bandar Baru Bangi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin