Tuesday, May 16, 2006

Teka-Teki

Di sini ada satu teka-teki.

Al-kisah di sebuah negara tropika "A" yang aman makmur dan kaya raya (kononnya). Datanglah seorang Taukey, cuba menjual buah yang berduri-duri serta berbau kuat. Sangat kuat sehinggakan di setiap tempat yang Taukey lalu, orang-orang di sekeliling akan menutup hidung berserta dengan mimik muka menahan busuk seolah-olah dalam kesakitan yang amat.

Taukey:
Elo2 Tuan-tuan Menteri! Mari, mari rasa ini buah! Duri banyak punya tapi isi banyak leng, wo! Cantik, kuning,
lemak-lemak, lembut-lembut! You rasa, baru you tau ini buah best in the world punya! Belum rasa, tak tau! Mari, mari rasa ini buah!

Tuan-tuan Menteri:
Eiiiiyoooo. Gila la lu apek, mau bunuh orang ka? Busuk ini macam pun, you kata buah ada best ka? Ini buah misti ada racun punya! I mau haram ini buah! Orang tak boleh makan! Tak payah rasa pun sudah tau ini buah banyak bahaya! Bla bla bla bla...

Machai-machai Menteri:
Ya ya ya *angguk angguk angguk*

Maka buah tersebut pun diharamkan tanpa dirasa oleh kebanyakan orang. Padahal, orang-orang kastam dan pertanian dah pun rasa buah busuk ini dan buah ini telah pun mendapat kelulusan mereka untuk dipasarkan di dalam negara.


Tetapi di sebuah negara jiran tropika yang lain, "B", yang juga aman makmur dan memang kaya raya. Datanglah Taukey yang sama menjual buah yang berduri-duri serta berbau kuat. Sangat kuat sehinggakan di setiap tempat yang Taukey lalu, orang-orang di sekeliling akan menutup hidung berserta dengan mimik muka menahan busuk seolah-olah dalam kesakitan yang amat.

Taukey:
Elo2 Tuan-tuan Menteri! Mari, mari rasa ini buah! Duri banyak punya tapi isi banyak leng, wo! Cantik, kuning, lemak-lemak, lembut-lembut! You rasa, baru you tau ini buah best in the world punya! Belum rasa, tak tau! Mari, mari rasa ini buah!


Tuan-tuan Menteri:
Eiiiiyoooo. Gila la lu apek, mau bunuh orang ka? Busuk ini macam pun, you kata buah ada best ka? Ini buah misti ada racun punya! Tapi tak pa, mari sini I cuba.

Tuan-tuan Menteri serta machai-machai mereka pun mencuba sebutir. Dan sebutir. Dan sebutir lagi!

Tuan-tuan Menteri:
Ya, ya. Betul lah! Banyak leng, lah! Busuk-busuk pun, rasa sedap jugak lah Taukey!

Wah, kebanyakan mereka menyukainya, sampaikan keluarlah idea untuk membina sebuah bangunan yang meraikan keunikan buah berduri itu. Macam bangunan "berduri" di Temasek, Esplanade: Theaters-On-The-Bay itu. Maka terkenal lah seantero dunia akan kemajuan negara jiran tropika "B" ini kerana Menteri-menteri mereka yang tidak berfikiran sempit dan cetek.


Soalan teka-tekinya, negara manakah agaknya di antara "A" dan "B" ini yang akan mengharamkan penayangan Lelaki Berduri Terakhir?

f~

2 comments:

Naimisa said...

kerna nanti negara itu akan terkenal juga kerana mengharamkan penayangan filem itu. ha3.... kasihan. Cuba kalau anak sedara Pak Menteri yang bikin filem tu, mahu diharamkah? Kenapa filem itu diharamkan tetapi SIS tidak diharamkan? Jawab sendirilah ya?

Komunis Bapok Kedua said...

Aku teringat masa kat Jakarta Disember tahun lepas. Aku pun tah macam mana terikut rombongan orang kenamaan Malaysia (KM) di majlis yang dianjurkan oleh orang ternama Indonesia (KI) di Bogor.

Kerana nak menyambut orang Malaysia, orang ternama Indonesia itu pun sediakan buah durian (masa tu belum kena haram lagi agaknya).

Maka makanlah kami satu persatu secara sopan. Aku pun mau tak mau terpaksa sopan.

Sambil makan, orang kenamaan Malaysia tu pun biasalah pujilah akan bagusnya buah durian Indon tu, tanam dimana, benih apa dan sebagainya.

Lalu disambung dan aku pun dengar perbualan mereka dari dekat.

KM : Wah enak sekali Pak.

KI : Terima kasih.

KM : Tapi macam mana mahu hilang baunya?

KI : Sulit, ada yang usul supaya minum air basuhan tangan.

KI 2 : Ada yang bilang dicuci dengan busa pekat.

(Aku pun dengan tak sengaja menyampuk)

Aku: Senang saja, tutup hidung Pak.

Semua mereka ketawa. Kenamaan Malaysia pandang aku dengan mata merah. (Maaf tak sengaja Pak, kata aku)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin