Friday, May 05, 2006

Si Labu bin Kundur

Kalau sejuk-sejuk begini, aku tak sabar nak balik rumah.

Tak, tak. Bukan nak peluk suami aku. Tapi nak peluk Labu.




Kalau kami sampai rumah, Labu pasti nanti kami di depan pintu, tunggu kami dukung dan peluk-peluk dia. Kalau aku yang dukung, dia pasti akan gesel-gesel kepala dia ke bibir aku. Manja! Mujur aku mandikan dia. Wangi!






Lepas kami letakkan dia di bawah, dia akan terus acah-acah Abang Z untuk diajak bergurau senda. Pantas dia lari masuk ke bawah kubu dia... sebuah bakul baju berjaring warna biru berbentuk lonjong yang kami telangkupkan dan sendal di tepi dengan kotak supaya dia boleh susup keluar masuk ke bawah bakul tu, supaya kami boleh mengacah-acah jari dan bulu-bulu permainan di jaring bakul tu dari luar.





Aku paling suka kalau bawa dia jalan-jalan dalam kereta. Kasi dia duduk kat atas glove box, tengok-tengok dunia luar.









Kadang, aku lipat kedua-dua belah telinga dia. Walau dia tengah tidur pun, dia buat dek je. Kami kekek-kekek ketawa sebab muka dia jadi sangat comel. Sporting habis si Labu ni!


Ish. Tak sabarnya nak balik rumah kalau sejuk-sejuk begini. Nak rasa kehangatan Labu dan bulu-bulu dia. Nak lipat-lipat telinga dia. Nak cium-cium kepala dia.

f~

2 comments:

Tok Rimau said...

Telinga tok boleh lipat macam kucing. Tapi bila tok lipat, orang kata Tok kelihatan macam alien.

Roti Kacang Merah said...

Tok kalau dilipat telinganya nanti orang tak takut dengan taring Tok.

Nanti orang panggil tok "Tok Labu", bukan "Tok Rimau". heh.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin