Thursday, May 04, 2006

Rahmat's Utopia

Aku tak sempat nak bercerita apa-apa sangat minggu ni. Kerja banyak! Tapi bila aku buka balik folder-folder gambar aku di komputer, terbukalah folder "Rahmat's Utopia", pelancaran art exhibition dan buku antologi sajak oleh Rahmat Harun pada akhir April yang lepas.


Aku suka genre lukisan dia. Kalau kau kenal dia sebelum kau menatap kerja-kerja dia, pasti di kala kau menatap kerja-kerja dia kau akan berkata,
"laa, lukisan-lukisan dia sebijik macam dia..".



Dalam lukisan hitam putih bermedia pena, setiap liuk-lentok garisan penuh ketelitian, pada aku. Dalam garisan, ada garisan. Dan kadang-kadang dalam garisan, ada garisan, dan ada lagi garisan! Fuh, tekun betul. Kadang kalau teliti lukisan dia betul2, tak boleh bayang kalau
mata dia tak
keneneng
langsung kadang.


Dan kalau kau kenal dia sebelum kau menatap kerja-kerja dia, pasti di kala kau menatap kerja-kerja dia kau akan berkata,
"laa, tak sangka dia pandai betul tulis jawi...! Pandai! ".



Orang-orang artis ni kadang-kadang ibarat saintis. Semakin diperhatinya dunia dengan dekat, semakin jauh dunia dari hati, semakin dekat hati dengan Pencipta Alam. Kadang-kadang.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin