Wednesday, May 10, 2006

Playbuy

Aku jealous dengan Labu.

Dah setahun setengah aku mintak suami, yang ketika itu masih tunangan, tolong lukiskan aku apa-apa yang berukuran 2"x3" untuk aku muatkan dalam frame kayu mini dari Ikea. Sampai sekarang tak nampak-nampak.

Dah hampir 5 bulan aku minta suami tolong buatkan logo untuk krew Prettypeektures kerana baik-hati mereka mengambil gambar Hari Kami dengan begitu baik sekali. Sampai sekarang tak nampak-nampak.

Tapi semalam, ada mentol lampu terpacul atas kepala suami. "Ahah! Logo Labu, dari Arnab Playboy tu, amacam???"

Kami gelak-gelak.

"Kalau macam itu, apa kata 'Playboy' tu, jadi 'PLAyBUy'. " Aku.

"Ya! Ya! Betul! ESOK juga Abang akan lukis!". Suami.

"Hmph!!!" Aku. Mendengus. Atas sebab-sebab perenggan kedua dan ketiga di atas.


Logo Original














f~

4 comments:

Tenno Miyake said...

jeles dengan labu pasai pa?

Roti Kacang Merah said...

Tenno M,
Jealous sebab kita berbulan-bulan mintak suami lukih untuk kita, dia tak dak masa nak bwat. Tapi Labu si kucing punya pasai, dalam masa 12jam ja suami leh bwat.

Hmph.

sempoii said...

sib baik berbulan²..bukan bertahun² hehehe..

shRRn said...

tehehehehehe...kretif inovatifnye logo labu!!!!labu sangat comel laaaa!!!! gerammm!!!!!! ~banyak tanda seru = excited~ LOL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin