Monday, May 22, 2006

Labi Anak Bawang

Ya, ya.

Selepas Labu Bin Kundur, here is our latest edition, as of semalam petang, nama dia Labi Anak Bawang. Satu genetic make-up dengan Adi, kucing "sulung" aku kat rumah mak. Mak Labi ialah adik-beradik Adi. Tapi Bapak Labi dan Bapak Adi adalah bapak kucing yang sama. Yuks. Talk about incest to the utmost.

Suami kata, dalam bahasa Indon, Anak Bawang means "budak mentah". Labi memang seekor "Anak Bawang".... kecik chomey chomey, baru 2 bulan. Banyak bulu, tak macam Labu! Warna oren kaw-kaw, perut bulat, mata kuyu, kaki sontot dompot kecik-kecik... come to think of it, macam Garfield! hahahaha.

Ke, macam aku dan suami? heh2.

Tak da gambar Labi lagi buat masa ni sebab pantang aku dengan anak kucing: jangan ambil gambar masa depa kecik sangat, nanti depa mudah sakit-sakit.

Labu tak berapa happy ada Labi. Mungkin sebab Labu dah remaja, maka berkongsi ruang dan kasih sayang adalah perkara yang tak disukai mana2 remaja sekalipun, baik kucing mahupun orang. Tempat kitty litter Labi yang aku sediakan, dah Labu pancutnya dengan air kencing dia, sebagai penanda territory.

Tapi Labi cuba gak nak berkawan dengan Abang Labu... mengiau ngiau tak sudah, ajak berkawan! Muka je kecik, tapi ngiauan dia satu blok boleh dengar! Abang Labu pula duk jauh-jauh, perhati Adik Labi dalam diam. Harapannya waktu kami tak da di rumah waktu kerja ni, depa berdua tak buat hal!

Mak baru je YM aku (ya, hebat, aku dengan Mak main YM), dia kata Mak Labi ngiau2 bising pagi tadi cari Labi dia yang dah hilang! Alahai. Mak pulak yang terasa sedih bila tengok Mak Labi ngiau-ngiau cari Labi.

Tapi semalam adik-adik lelaki aku kata, waktu siang Mak Labi selalu tak da dengan Labi. Dan Labi selalu exposed to danger... kepada kucing-kucing jantan lain yang suka makan anak kucing; angsa-angsa putih tiga ekor kat rumah tu yang suka menggigit tak kira siapa; musang; dan kadang-kadang biawak. Adik-beradik seperut dengan Labi - dua ekor dah MIA. Tinggal lah Labi saorang, eh, seekor.

Jadi, aku rasa, tindakan aku bawak Labi balik ke rumah aku adalah tindakan wajar, walaupun sukar untuk Labu menerimanya, for now lah, I hope.

Maka sekarang, sempurna lah nama-nama di rumah aku... boleh lah suami aku jerit, macam Hj.Bakhil dalam cerita Labu Labi....

Labuuuuuuuuu, Labiiiiiiiii.... selaluuuuu kau berdua menyusahkan akuuuuu.... sekali aku lesssssing baru tau!!!

f~

Jalan-jalan juga di:-
1. Labu Labi
2.
Nasib Si Labu Labi
3. Ask P. Ramlee: Pluralism and Malaysian Identities

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin