Wednesday, May 10, 2006

Kaki

Semalam. Aku godek-godek Flickr Badge. Nak ditampal ke blog aku. Menggunakan step-by-step instruction dari Tok Sifu. Eh. Tok Rimau.

Ayat terakhir Tok ialah:
7. Lihat hasilnya. Tersenyum bangga.

Setelah berjaya. Aku pun hantar sms ke Tok.

"Tok! Tok! Terima kasih di atas tunjuk ajar! A*n tengah tersenyum bangga ni! Terima kasih Tok!"

10 minit kemudian. Tok balas.

"Dah letak dalam blog ke? Ni mesti penuh dengan gambar kucing ni!"

"Ya! Ya! Mana tau??? Kalau ada anak esok, penuh dengan gambar anak pula!"

"Ajar lah anak kucing berdiri atas 2 kaki pula, ambil gambar, baru lah gambar seru! Kalau takat kelepet tinger, Tok pun boleh!"

Aku bacakan sms Tok. Ke suami. Suami gelak-gelak. Seraya menyuruh aku membalas...

"Allah kalau takat suruh Labu berdiri dengan 2 kaki, perkara enteng! Apa kata gambar Tok pula berdiri atas 4 kaki, mesti lagi seru!"

Kami gelak-gelak. Membayangkan flickr Tok penuh dengan gambar Tok. Berjalan and buat tricks atas 4 kaki.

Tut tut. Tok balas.

"2 kaki 4 kaki. Terer? Teringat entry 2 wali berentap. Buat apa megah boleh terbang? Mana-mana burung pun boleh buat. He he."

Kami berdua terdiam. Deep, tu.

Suami. Seraya suruh membalas...

"Z*r pening tak faham, perlukan minyap cap kaki 3."

***

Ya, ya. Hakikatnya aku memang pernah menyuarakan pada suami, yang aku risau kalau blog aku ini hanya pasal Labu Labu Labu dan Labu.

Suami berkata,"Eh, lebih elok lah, tu. Kat luar tu dah ada seorang TokRimau, seorang Naga, seorang AbdullahJones, seorang MatJan, BukuNota, Doctor etc. Tapi belum ada seorang RotikacangmerahDenganLabu."

Eh, eh. Betul tu.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin