Sunday, May 28, 2006

"Horn To Support!"

Waduh.

Satu minggu ni aku sibuk, mengalahkan orang kerja swasta.

Hari Selasa petang lepas, suami aku pula dikejarkan ke hospital dari pejabat dia dengan ambulan sebab pitam-pitam. Tuhan, paniknya rasa... aku yang tidak berkenderaan, terpaksa bergegas berlawan melambai-lambai dengan orang lain menahan teksi untuk ke pejabat suami. Kebetulan ketika itu memang waktu bermulanya orang-orang keluar pejabat.

Tapi berkat ujian-ujian lain yang Allah pernah turunkan ke aku sebelum ini, Alhamdulillah, aku harung dengan tenang walau keletihan. Dan aku berterima-kasih kepada Mak Abah yang sentiasa mempastikan aku okay walau dari kejauhan di Bangi. Tak lupa kepada kawan baik suami aku seorang peguam, Abg ZN, yang sanggup datang turun meneman suami aku kala aku perlu pulang untuk mandi-manda serta beri makan pada Labu & Labi.

Doktor ER kata, suami mungkin kena vertigo. Bukan, bukan cerita thriller Vertigo oleh Alfred Hitchcock tahun 1958 tu, ya. Tapi sakit Vertigo... dizziness, spinning sensation and disturbance in balance. Datang pula pakar ENT pukul 11mlm, dan memberitahu mungkin bukan vertigo tapi keletihan. Entahlah. Diberinya ubat-ubat yang tah hapa-hapa, dan di susunnya temujanji untuk suami aku datang semula pada 20 Jun.


Hikmahnya kami belum lagi ada rezki untuk ada anak. Allahu a'lam...

Alhamdulillah, setelah berehat dua hari, suami aku boleh bangun aktif semula, Alhamdulillah.

***

Tengahari tadi aku meneman suami ke Pudu Jail kerana hendak memberi sokongan kepada kira-kira 20 orang rakan suami aku (serta keluarga mereka) yang ditangkap pagi tadi di hadapan KLCC kerana berdemo kenaikan harga minyak dan letrik. Termasuk lah Abg ZN juga, turut kena tangkap.

Yang kena tangkap bukan calang-calang orang pula tu - para intelek seperti peguam, doktor, jurutera dan businessman berjaya. Penuh juga perkarangan Pudu Jail dengan keluarga, penjamin, peguam dan pejuang-pejuang Reformasi.


Kebetulan di sana, ada sekumpulan yang turut mengambil kesempatan meneruskan demo tersebut. Berbondong-bondong orang hon kenderaan mereka tanda sokongan. Bas, lori tanah, kereta, motor... serta juga monorail, semuanya hon, believe it or not!!!



Memang mengujakan, sampai meremang bulu roma aku... Macam karaoke pula rasanya, addictive!

Alhamdulillah, walaupun ada 2,3 orang pendemo yang cedera teruk, Abg ZN sekadar cedera sakit-sakit badan sebab dikatok dengan cotar dan disembur dengan FRU. Brader-brader polis dalam Pudu Jail tu layan tahanan baik-baik, Alhamdulillah.

Aku pasti sedikit sebanyak brader-brader polis menyokong para pendemo. Maklumlah, gaji purata mereka adalah RM600 sebulan. RM600 sebulan, di Kuala Lumpur? Makan pasir berak kucing, bolehlah.

I am at all cost not an advocate of bribery whatsoever, but when we have the custodians of law and the public reeking of 'duit haram', all I could say is now, Go figure.

Dan Alhamdulillah, jam 3.45pm, semua tahanan dibebaskan.

f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin