Tuesday, May 30, 2006

Hate Bite

"...seorang surirumah yang menjadi mangsa gigitan kucing peliharaannya 17 Mei lalu kini dilaporkan semakin sembuh..."
~ Harian Metro, 30 Mei 2006

Teringat aku kejadian 21 Mei lepas, aku balik Bangi for family lunch. Hari tu juga lah aku adopt Labi dari sana. Kucing sulung aku di Bangi, Adi, memang garang budaknya. Gurauannya kasar! Dan sangat lah tak boleh tengok kucing lain... very territorial dan possessive walaupun dah dikasi.

Akibatnya, masa aku dukung Adi berdekatan Labi yang waktu tu tengah tidur di sofa bilik, Adi mengiau kuat, menggigit ibu jari kanan aku dan mencakar lengan kiri aku mintak dilepaskan. Dia cakar & gigit baiiiiiiiikkk punya.

Dah lepas kena gigit tu lah, kami keluar makan ke Alamanda. Mak ai, aku kena kembangkan lengan aku sepanjang-panjang tu supaya bekas gigitan tu tak melanggar tepi badan... bisa! Lebam juga, kauuu!

Esoknya, Boss aku panik bila aku tunjukkan luka aku.

"Eh Harian Metro arini ada cerita pasal seorang suri rumah kena masukkan hospital sebab hampir lumpuh kena gigit kucing dia! Kena gigit dengan kucing peliharaan tu, bukannya kucing liar, tau! Baik awak pi check dengan doktor cepat! Takut awak jadi Catwoman pulak!" Boss aku.

"nnnrrrRRRraaaaauuuu....!!" Aku.


Dan inilah dia, 'dak Adi yang ganas dan nakal tu. Eiii, gerrrrrammm. Rasa nak genyeh peyut dia.







f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin