Monday, May 22, 2006

Di Dalam Kegembiraan, Pasti Ada Ujian...

Tak semua akan suka membaca link yang akan aku titip ini, tapi aku rasa, since arwah Alesha Abriza (15 Disember 2005 - 13 Mei 2006) (sebelah) was claimed to be the first in Malaysia to have this illness, sebaik-baiknya juga aku berkongsi kepada semua.


"...Tadi kami dipanggil untuk berjumpa doktor. Ujian lanjut yang dibuat sekali lagi oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Ujian oleh Pakar Hospital Seremban dan Ujian Pakar Hospital Putrajaya mengesahkan Alesha mengalami simptom bagi penyakit HYPOPHOSPHATASIA. Penyakit yang berkait rapat dengan kekurangan kandungan Alkaline Phosphatase (ALP). Hanya itu sahaja yang kurang dalam badan Lesha.... yang lainnya normal... dan hanya itu sahaja dianosis yang terhampir dengan masalah kekurangan ALP itu.

Keadaan Lesha sekiranya dilihat secara luaran dia stabil dan cergas, cuma masalahnya dia langsung tidak mampu untuk bernafas sendiri. Masalah penyakit hypophosphatasia itu tidak ada rawatan setakat ini, dan kata doktor, mungkin Lesha merupakan pesakit pertama mengidapinya di Malaysia ini!!!! Kata doktor lagi, tidak ada apa yang mampu mereka lakukan. Hanya berharap Alesha mampu bernafas dengan sendiri dan sekiranya dia mampu nanti, Lesha akan pulang ke pangkuan kami. Hanya itu sahaja objektif utama sekarang ini..."

Aku menangis.

Semoga roh Baby Lesha dicucuri rahmat Allah s.w.t, serta ibubapanya diberi kekuatan yang berkekalan...

Al-Fatihah...


f~

1 comment:

Anonymous said...

rkm,

thank u for sharing. tersentuh baca kisah this cute bb n tak sedar air mata mengalir :(

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin