Friday, May 19, 2006

Bodoh

Aku jadi hilang sabar bila tadi ada orang kata, "Dia nak tunjuk act yang dia tu senior dan berpengetahuan sebab you officer perempuan, takkan you tak tahu?".

Aku jadi hilang sabar sebab aku tak pernah fikir tentang keupayaan sesuatu kerja berdasarkan jantina. Melainkan lah kerja-kerja tu kerja fizikal yang memerlukan kekuatan lelaki, kan.

And so, when someone throws me that sort of remark, I feel utterly silly and stupid for being so credulously naive, believing that other people are believing the same belief that I believe.

Bodoh.

Aku ke yang bodoh? Mungkin.

Tapi tak apa, biar masa yang membuktikan siapa yang bodoh sebenarnya.

Seperti masa yang akan membuktikan mereka-mereka yang sangat "pandai" mengharam dan menghakimi sesuatu tanpa memeriksa dengan lebih lanjut terlebih dahulu. Macam pengharaman cerita Lelaki Komunis Terakhir tu. heh. Menyelit pulak aku.

Oh ya. Hari Rabu malam lepas, suami aku ajak jumpa Amir Muhammad kerana hal kerja. Aku ecstatic! Dia memang lah tak ingat rupa aku, tapi aku ingat lagi berlawan National Elocution Contest dengan dia pada suatu masa dahulu. Dah pasti lah dia menang pertandingan tu dan aku antara yang mendapat saguhati, heh.

Ya, seperti biasa, aku minat orang, tapi orang minat suami aku.

Macam aku minat Tok Rimau, tapi Tok Rimau minat suami aku.

Begitu juga Amir, yang pernah review kerja suami aku di suatu masa dahulu.

Hmph.

Tapi, aku bersyukur, kerna suamiku minat aku sa-owrang sajja. Ihik hik hik hik.


f~

Baca juga:
1. Article by Yasmin Ahmad
2. Cahaya Islam Pasti Bersinar

2 comments:

pikaMErah said...

ala, lantak pi la saper yg nak kata kiter bodoh @ pandai. asalkan kiter pandai buat keja kiter dah la. tak perlu nak tjk atau 'gah' pd org yg kiter dah buat keja...biar kiter ngan Tuhan je yg tau..cukuplah.

p/s: lain kali kalo A.Zul g jumpa mr. Amir..tanyer camner kalo nak g tgk citer tu

Roti Kacang Merah said...

Pika,

Nanti kakak tolong tanyakan Abang.

Aritu nak pinjam dah DVD Amir "The Big Durian" yang kakak missed, tapi amir park keta jauh nah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin